Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.
Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.
Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.
Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.
Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?
- Penceritaan yang agak memboringkan... rutin harian Areen or Asha as maid yang sengaja dipanjang berjelakan.. sampai naik muak baca...
- Di awal pembacaan, Sally rasa pening pun yer gak... sekejap 10 tahun sebelum... pastu 9 tahun setgh selepas... huhuuhu.. nak buat kelainan agaknyer...
- Sally rasa penulis amat meminati drama Korea... fanatik sgt.. ataupun cuba nak create satu novel untuk peminat drama Korea... penulis kena faham.. tak semua pembaca novel suka drama Korea.. di mana Orkid menyelitkan lagu2 Korea... kata2 Korea.. yg mana bila Sally baca.. Sally rasa ntah aper-aper ntah... huhuuu... serabut pun ader..
- Jalan citer best... tapi cara penceritaan yang agak kosong dan bersahaja...
- Baik giler si Puan Sri tu... ader ke dlm dunia ni Puan Sri macam tu.. smpi maid pun disuruh panggil dia mama... huhuuu... tak masuk akal... Maid bleh layan TV.. leh lawan ckp majikan... siap leh gaduh2 lagi... huhuuuhuuu...
- Time bab kelakar tu... tak mampu nak gelak pun... bab sedih pun x kesampaian.. huhuu.
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
hehe... thanks for the review...
Orkid terime teguran.. hopefully Orkid boleh menulis lebih baik lepas nie... hehe... thanks sekali lagi ye... ^^