Panas!!! Najwa Latif Anak Derhaka

Fuhhh... bikin panas betul tajuk nyer... Tadi Sally tgk Melodi.. pasal si Najwa Latif yang dikatakan anak derhaka.. huhuu... terpanggil lak nak kasi personal comment about this... klu tgk2 balik... isu ni dah lama.. since early Disember... tapi tak terperasan lak... dah tgk Melodi tadi baru tau... kesian...kesian...



Sally copy dr rotikaya.com pada 5 Dec...
Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka & Semakin Lalai Selepas Popular

Bapa Dakwa Najwa Latif Anak Derhaka & Semakin Lalai Selepas PopularBelum tamat rupanya kisah hubungan keruh antara Najwa Latif & ayahnya yang pernah menjadi isu sekitar September 2011 yang lalu. Kali ini, si bapa sendiri tampil ke’hadapan.

Abdul Latif Ismail, 51 yang merupakan seorang jurulatih renang menghubungi Berita Harian untuk luahkan perasaan terhadap sikap Najwa Latif yang seakan melupakan beliau.

“Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,” luah Abdul Latif.

Menurut laporan itu juga, Abdul Latif sebenarnya tidak kisah dengan keputusan Najwa Latif untuk bergelar penyanyi selagi tidak mengabaikan pelajaran sendiri.

“Mereka berkata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga — saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi disiplin anak”

“Selepas bercerai dengan ibu Najwa pada 2008, hubungan saya dan anak anak baik. Kami sering keluar makan & ada kala menonton wayang bersama,” tambah beliau lagi.

“Hubungan kami mula dingin pada 2011 selepas saya menegur sikap mereka. Salahkah sebagai bapa saya menegur anak?” jelas Abdul Latif hari ini yang turut mendakwa Najwa Latif semakin lalai selepas mengecap populariti sebagai penyanyi.

“Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air mereka akan menunggu — luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripada mereka yang tunjuk muka”

Dalam masa sama, Najwa Latif yang di’hubungi untuk memberikan komen tentang isu ini mengambil pendirian untuk berdiam diri kerana ingin menjaga hati banyak pihak dek melibatkan isu keluarga.

Apa kata Sally bila tgk Melodi dan baca article dr rotikaya.com ni????

Tak leh ler nak komen lebih kan.. Kang tak pasal2 kena saman plak.. tapi as peminat... (wpun tak minat sgt... tapi lagu2 si Najwa ni best.. layanzzz).. as peminat nak ler jugak say something kan.. hope tak der ler mengguris perasaan mana-mana pihak.. tapi sejujurnya sebagai peminat Sally nmpk si Najwa ni ok aper... wpun masih muda remaja budak ni.. cara dia jawab segala pertanyaan dalam Melodi tadi.. nmpk dia lebih matangdan berpikiran jauh daripada bapak dia... Ke bapak dia yg nak cetuskan kontroversi... bapak dia nak glamer kut... huhuu.... ke situ plak.. yer la kan.. mas atgk melodi tadi pun mama Sally cam terkejut cara bapak dia komen.. ke depan bercerita pasal keburukan anak dia... patut benda2 mcm tu settle ler kat belakang... tak perlu nak masuk TV bgtau satu dunia... Anak balik kul 2 pagi... gi tgk wayang.. takkan nak citer kat org.. anak dara lak tu... kut yer pun si Najwa tu buat semua yg didakwa.. takkan ler seorg bapak nak bukak aib anak nyer sendiri... tak faham betul ler kan... klu isu si Amalina Che Bakri dulu tu pun.. wpun terang2 dia pakai seksi kat obersi.. mak dia cover baik punyer.... yer la kan.. mmg patut pun dah anak dia... ni kan pulak si Najwa yg bertutup litup bapak dia lak yg buat cam ni.. sadis mak dgr Melodi tadi... pastu bapak dia tak setuju bila si Najwa tu kata masalah keluarga.. tak nak komen byk... mmg patut pun Sally rasa... tak pun lebih bagus klu dia jawab Bapak dia yg bermasalah... huhuu.. ya ampunn.... hmmm.. tak tau ler nak cakap aper kan.. cerita sebenar disebalik nyer hanya mereka dan keluarga mereka jer yang tahu... tapi kita as peminat yang dgr jer dari TV dan tgk dr mata kasar... rasa tak patut isu dan masalah yang dikedepankan oleh bapak dia tu.. keluar TV dan dimaklumkan satu dunia... Apa motif sebenar pun tak tau...  Tapi jauh disudut hati Sally... Sally mmg kesian kat budak Najwa tu... muda lagi dah di duga sebegitu rupa... bapak sendiri plak tu.. label anak derhaka ni bukan bleh dibuat main-main... tak bau syurga tu... (wpun org kata syurga di bawak tapak kaki ibu) tapi.. tu kan bapak dia... bapak kandung dia... seburuk2 mana pun bapak dia.. tapi klu bapak yg nak jatuhkan anak sendiri aper citer.. kuang...kuang..kuangg... ayat paling best tadi bila bapak dia cakap.. "dia akan cari saya jugak nnt untuk jadi wali"... huhuuhuuu... ayat standard seorang bapak... cam dlm drama lakss..

ampun dan maaf.. hanya pendapat seorang peminat dan Sally doakan dua beranak ni berbaik ler... air dicincang takkan putus kan... Najwa pun bleh mohon ampun.. takper ler mengalah kat bapak... bapak pun.. jgn ler ketegaq sgt... anak perempuan tu... kan..kannn.. tak tau ler pendapat u ols cam mana...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops