Tanda-tanda saat kehamilan

Guys.. i am almost 38 weeks pregnant.. (37 weeks and 4 days) Still working and will continue to work till the 23th.. But now pun rasa macam sakit nyer duduk berlamaan di kerusi ofis.. tapi apakan daya.. need to settle a few things.. tak sedap plak nak tinggal kerja yang tak siap.. klu ikutkan hati.. nak jer MC dan baring kat umah jer... takpun.. buat kerja kat umah.. sambil baring2 kat katil.. cam Sally tgh blogging ni... huhuuu... lebih selesa dan tak sakit pinggang...

My Adelina came 38 and 4 days... mmm... klu nak diikutkan... another 7 days to go... huhuu... but.. i can't remember the signs of labour... So, mlm ni Sally godek2 ler internet nak tgk tanda2 awal bersalin... huhuu.. risau pun ada dah nak dekat2 ni... Sally ceduk dr blog: http://www.norazizah.org/

Selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas boleh lah bakal-bakal ibu memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin :
  1. Kontraksi Rahim - Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.
  2. Sakit Belakang - Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap. Ni mmg dari sebulan lepas Sally duk sakit belakang dah... Masa 1st trimester dulu pun sakit belakang giler... tgh2 tu dah tak der.. skrg dia mai lagi.. mmg skait sangat.. kenkadang rasa nak putus pinggang ni... sakit sgt.. klu dpt urut dgn mak cik urut tu.. mmg terbaik ler.. nak harapkan hubby urut... huhuhuuu.... gosok2 ler 2 - 3 kali.. pastu dia rela duk urut game kat ipad tu.... huhuhuuu...

    Tip utk sakit belakang : utk mengurangkan sakit belakang posisikan diri anda seperti merangkak (sujud seperti dalam sembahyang) dan angkat atau tinggikan badan ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda.. buat berulang kali.. mesti rasa lega... ni makcik tukang urut tu yg ajar..
  3. Pecah ketuban - Keluar air jernih dari rahim, bagi nor semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah. Sally tak pernah lagi rasa ketuban pecah ni... Masa Adelina dulu doktor yang pecahkan.. risau pun ada... klu duk diam2.. slalu tgk2 kut tak perasan ada air kuar ke aper.. coz kata org air ketuban kuar ni kita tak rasa.. tau-tau basah jer.. dia bukan rasa nak terkencing ke aper...
  4. Lendir pekat bercampur darah - Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) Masa Adelina dulu.. mmg byk darah yang kua.. kembar darah org tua-tua panggil... mmg sakit okay.. tapi ni mmg saat dah nak beranak ler ni...
  5. Serviks terbuka - hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.
  6. Kerap terkentut - Sesetengah wanita akan kerap terkentut :)
  7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar - Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati... BIasanya.. lepas breakfast pagi.. Sally akan spend time kat  toilet dulu... So, kuar umah pun dlm kul 8:00 - 8:10am untuk ke opis.. nasib baik opis dekat jer.. 15 min dah smpi.. huhuuu
  8. Kerap terkencing - Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah... Kenkadang tu ku kat opis.. sebelum lunch sajer lebih 10 kali... penat wooo.. nak ulang alik ke toilet... So, Sally slalu bawk lebih panties liner... agar rasa lebih kering dan selesa...
  9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong - Menandakan bayi dah mula turun  ke kawasan rangka tulang pelvis.. Skrg ni pun Sally rasa, baby dah ke bawah.. Rasa sakit di bahagian kelangkang kerana baby menekan.. bila berdiri atau berjalan Sally rasa macam baby nak jatuh... so.. jalan2 kena duduk jap... Duduk lama pun rasa sakit gak.. Baring pun kena cari posisi yang selesa... huhuuu... Dah mula rasa tak selesa...
  10. Berat badan berkurangan - Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.
Harap Sally lebih bersedia untuk kelahiran kali ini... dan semoga semuanya berjalan lancar dengan kehendakNya.  amin..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops