Pregnancy & Latte...

Hmmm... pendedahan kegiatan Sally meminum latte saat hamil ni mendapat tentangan hebat kengkawan.. Ada yag mengomen kat FB, message inbox personally dan ada jugak yg sms... pendapat, pandangan dan nasihat kalian amat Sally hargai... Tu tanda nyer.. korang sayang kat Sally... muaahhhsss to ols of u jugak...

Bila pregnant kena avoid caffeine? Yup.. tu ler yg biasanya diterangkan kat mana2 buku pregnant.. doctor.. dan sumber2 internet.. Sally ni... klu sebelum pregnant.. tader ler giler meroyan sgt dgn Latte.. skali skali boleh ler.. klu ke Starbucks or Coffee Bean or Gloria Jeans or Austin Chase.. tak lain tak bukan.. Mocha Ice Blanded + Caramel + Whipping Cream... hmmmm... kenkadang sgt jer nak Latte... Hot Latte.. huhuu.. tapi.. sejak pregnant ni.. kegilaan Hot Latte makin menjadi2... lagi2 Hot Latte Starbucks and Gino.. my peberettt... rasa dia.. huihhhh..... klu dapat.. ahhhhh... lega.. segar rasanya...


So.. aper kesan benda Allah ni kat wanita hamil... tetiba rasa runsing tu ada jugak.. tapi klu dah tak tahan teringin nak wat camana kan??? Tu pun kira ok.. Sally dah bleh skip Coke Light... wpun masa pregnant 7 bulan ari tu... masih ada berdozen Coke Light dlm peti ais.. hehehe... skrg ni skali skala jer.. hehehe...

Sally google jap kesan caffeine yg ada dalam latte ni kepada wanita hamil..
Mengikut sumber internet, A Starbucks Caffe Latte (or simply Latte) is an espresso coffee drink with a large amount of steamed milk and come up with a value of 75 mg of caffeine.. dan 1 tin Coke Light mengandungi 45mg caffeine.. Dlm satu flyers Sally baca, caffeine perlu dijauhi semasa hamil kerana ia boleh menyebabkan nutrient2 penting utk baby spt kalsium sukar utk diserap oleh bdn kita. Kajian menyatakan 200mg caffeinesehari adalah selamat utk wanita hamil. Haaaa... so ok ler tu kan..kan... hehehee.. Tapi seeloknya tak payah ambil... Takut jugak bila baca kesan caffeineberlebihan kepada baby... huhuuu... mmm.. semoga hari ni menjadi hario terakhir Sally minum latte.. bersabar lah wahai hati... tunggu lepas pantang plak...

Nak tahu kesan caffeinepada baby?? Takut plak bila baca:
  • Penelitian menyarankan, wanita hamil tak mengambil lebih dari 200 mg kafein sehari. Kekhawatiran tentang cacat lahir, persalinan prematur, dan keguguran yang menjadi alasannya. Hal ini biasanya setara dengan empat cawan kopi, yang masing-masing mengandung 50mg kafein.
  • Bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali  kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan. (source: http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=524)
  • Kopi dan teh mengandungi kafein. Jika sebelum ini anda penggemar kafein, elakkan pengambilan kedua-dua jenis minuman itu secara harian. Kafein yang tinggi boleh menjejaskan proses perkembangan kandungan dan menyebabkan perubahan hormon tubuh. Kafein juga mengakibatkan diuresis, iaitu keadaan yang menyebabkan pundi kecing menjadi aktif. Badan boleh kehilangan air secara berlebihan akibat terlalu kerap kencing. (Source: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm)
ok.. itu ajer untuk dikongsi.. Dengan itu.. Sally berazam untuk menjauhi.. atau paling tidak.. mengurangkan minum Latte dan Coke Light.... :)



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


2 comments:

  1. ZalinZalina said...:

    Masa kak ina pregnen yg 1st dulu memang suka minum kopi...ditakdirkan anak sulong kak ina masa keciknya sangat hyperaktif dan mild autistik..tapi alhamdulillah bila dah besar jadi anak yg baik...abang long kata dia jadi macam tu sebab kak ina banyak minum kopi ada kafein efek baby...he he...

  1. Sally said...:

    ye ker??? hehehe... leh erk cenggitu??? mmm... ni yang buat nak continue Latte ni.. hehehe

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops