Kutu oh kutu...

Slalu aku citer pasal Kutu Tupperware.... tapi ni mmg pasal kutu yang kat atas kepala tu.. eeee..... tak tau lak binatang ni wujud lagi di zaman millenium ni... ingat dulu2 jer.. mmm.. dlm seminggu ni Sally asyik tengik Nina garu2 kepala dia.. mmm... cam pelik jer kan... So, belek2 rambut dia.. mak aiiii.. terus ternmpk seekor bapak kutu tertenggek kat kepala daia.. mmg meremang bulu roma ni... bila masa lak ler si Adelina ni ada kutu.. cian anak mama.. padahal.. rambut dia mmg dijaga.. syampoo setiap hari... pakai conditioner.. baby hair lotion.. pun si kutu ni dtg gak... mmm.. mesti ada pembawak kutu kat sekolah ni.. tak puas hati sangat...

Mmg sejak Sally jumpa kutu kat kepala Adelina.. Sally mmg tak lepaskan kepala dia.. sampai dia meronta2... Mlm tu jugak Sally kol hubby untuk g beli ubat kutu. Dia dia lotion nyer... Seaboma.. mmg terbaeekkk..




Masa hubby bawak balik tu dia dah tido.. Esok nyer, Sally g beli sikat kutu.. Mlm tu Sally jalankan operasi lagi... lepas mandi jer.. Sally mmg belek rambut dia.. mmm.. dpt lagi sekor... Telur tak yah citer ler.. mmg byk dah kat kepala... Sally rasa geram sgt dgn kutu2 ni.. nak letak lotion kutu masa tu.. kut dia tak duk diam lak.. kut kena mata ker aper.. coz, lepas letak lotion tu, kepala kena dibungkus... Sally tunggu dia tido dulu. Masa dia tido, Sally sapu lotion separuh botol kat kepala dia.. Lepas lotion disapu, tetiba ada 3 ekor kutu yang mmg boleh dikatakan besar jugak.. jatuh terkulai kat cadar.. aper lagi.. Sally ambik dan lenyekkan dia.. Sally sikat rambut dia perlahan2.. kut princess tersedar plak.. Pastu, Sally balut kepala dia dgn kain lampin... Mmm.. baru puas hati rasanya... Esok pagi, Adelina dimandikan dan disyampu 2 kali... Alhamdulillah... mmg berkesan ler lotion tu.. kutu x der.. telur kutu pun tak der.. dia gugur bersama... 

Tadi, Sally kol teacher Hana bgtau pasal maslaah kutu ni. Dia mmg ckp ada budak yg berkutu coz diaorg duk nursery.. Sally bgtau dia.. tak leh ler dibiarkan jer.. kena mention kat parent budak tu untuk diambil tindakan yang sewajarnya.. Sally risau kepala Adelina dah ok.. pergi sekolah kan berjangkit lagi.. huhuhuuu.. Nak jer aku beli lotion tu dan bg hadiah kat parent dia.. Naper ler tak ambik tindakap ASAP walhal teavher Hana dah bgtau benda tu.. huhuuu.... Benda2 mcm ni ler susah nak control klu anak g sekolah..

Bercerita pasal kutu ni... teringat masa Sally kecik2 dulu... Sally mmg pernah ada kutu pun... berjangkit dgn seorg kawan yg dia mmg 2 beradik berkutu.. Mama mmg x lepaskan kepala Sally selagi semua kutu tak dinyahkan drp kepala.. Mama ku mmg brutal ler... So, bila dia found out pembaw akutu yang mmg slalu lepak umah kitaorg tu, kepala kawan Sally tu pun dikerjakan sekali... Coz kepala dia mmg banyak sgt kutu smpi tak terlarat mama nak carik.. mama bungkus kepala dia.. sembur Ridsect kat kepala dia.. mmg berkesan... habis mampu semua kutu.. Samapi skrg agaknya x der kutu pun kawan Sally tu... Mana mama dpt petua tu pun aku tak tahu... x tahan sgt kut.. coz mmg byk kutu dia.. Mama pun risau kut berjangkit lagi dan lagi kat kepala Sally... tak der ler plak apa2 bahaya yang terjadi kat dia kan... dah jadi doktor pun kawan Sally tu... dua2 beradik doktor... hahhaa... klu terbaca tu.. faham sendiri ler doktor yer... lawaks betul masa tu...

 

Ok.. Sally ada baca gak kat internet pasal Kutu ni.. untuk info u ols gak..:

Kutu kepala adalah serangga yang pipih dan tidak mempunyai sayap. Kutu kepala hidup pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah kira-kira 2-4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian belakang. Kutu kepala menghisap darah manusia. Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini menyebabkan rasa gatal.

Kutu kepala betina menghasilkan kira-kira 6 biji telur setiap hari. Telur ini yang dipanggil ‘nit’, adalah terlekat dengan kuat pada pangkal rambut. Telur ini menetas dalam masa satu minggu, dan menghasilkan lebih banyak kutu. Kutu kepala tidak hanya memilih persekitaran yang kotor sahaja. Mereka hidup dalam keadaan rambut yang bersih mahupun yang kotor. Masalah kutu kepala adalah biasa di kalangan kanak-kanak sekolah.

Kitar hidup

Kutu kepala menyerang pada kulit kepala. Parasit-parasit ini makan dengan menghisap darah perumah mereka. Kutu betina menghasilkan telur yang melekat kepada bahagian bawah lembaran rambut. Telur kutu ini akan menetas dalam masa 8 -10 hari dan menjadi matang dalam masa 2 minggu dan seluruh kitar hidup akan bermula lagi. Kutu kepala dapat disebarkan daripada seseorang kepada orang lain sama ada dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian atau cadar dan berpindah ke perumah lain, atau melalui perkongsian aksesori rambut seperti sikat, berus, tuala dan sebagainya.

Simptom
  • Rasa yang sangat gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher.
  • Sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di belakang telinga.
  • Bintik-bintik putih pada rambut (iaitu telur kutu) yang melekat kepada rambut.
  • Nodus limfa yang bengkak di sebalik telinga dalam keadaan yang teruk.
  • Dalam kes-kes yang teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan kulit yang pecah akibat digaru dengan kuat.

Apa yang anda boleh buat
  • Gunakan syampu berubat atau losen kutu kepala (Tanya doctor atau ahli farmasi mengenai losen yang sesuai) untuk membunuh kutu. Keringkan rambut anda dengan sempurna, kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus (sikat kutu). Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu yang baru menetas dibunuh. Ini kerana syampu ini tidak membunuh telur kutu. Contoh losen yang boleh digunakan untuk merawat kutu kepala adalah seperti losen yang mengandungi lindane (gamma benzin heksaklorida) dan permethrin. Bagi kanak-kanak,      lindane harus digunakan seperti yang diarahkan. Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kesan mudarat yang teruk. Secara umumnya, bagi rawatan yang lengkap, sapukan produk tersebut (50 ml losen atau 50-100 ml pembilas krim) pada kulit kepala lebih kurang 2 kali dengan selang masa 7 hari di antara kedua-duanya. Kulit kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan di situ selama sekurang-kurangnya 12 jam.
  • Buangkan telur kutu – Celupkan sikat bergigi halus ke dalam cuka suam sebelum menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan seperti gam yang melekatkan  telur kutu kepada rambut.
  • Periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu. Elakkan daripada menggunakan losen kutu pada bayi di bawah usia 1 tahun dan wanita hamil. Dalam kes-kes ini, pembuangankutu secara manual harus dilakukan secara perlahan-lahan.
  • Topi harus dicuci-keringkan.
  • Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut yang telah dijangkiti dengan kutu kepala harus direndam dalam losyen kutu atau alkohol selama beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya.
  • Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan di bawah cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering.
  • Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain.
  • Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah dengan doctor untuk rawatan.
  • Gunakan semua ubat kutu seperti yang diarahkan.
Pencegahan
  • Elakkan daripada berkongsi berus, sikat dan aksesori rambut dan sebagainya.
  • Elakkan daripada berkongsi tuala.
  • Jangan menghantar kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga mereka telah dirawat dengan sempurna. 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops