Hansel and Gretel

Malam ni anak mama macam manja plak dgn mama.. lepas mama mandi jer.. anak mama ajak sleep.. tetiba terperusuk masuk bawah ketiak mama.. Mama pun mula ler bercerita dekat anak mama.. yang walhalnyer.. mama pun mata dah nak tertutup.. Mama baca story book Hansel and Gretel via ipad... Anak mama diam jer.. sampai ler ke habis cerita nyer..

Lepas tu anak mama si Adelina pengarang jantung mama tu pun tarik bantal peluk dan terus tido.. Si princess ni kalau nak tido mmg x leh tahan sesaat pun.. tetiba jer tido pengsan tak sedarkan diri.. huhhh.. babah cakap dua kali lima dgn mama nyer ajer.. kwang..kwang..kwangg... tambah2 klu dlm keter.. hehheee

So, lepas princess tido, mama kuar dan sempat berblog sket.. bukan aper.. rasa best lak citer Hansel and Gretel tu... lepas Sally bercerita kat Adelina.. meh sini nak bercerita kat u ols plak.. tak besh plak in English kan... meh sini Jah aku citer kat kau dlm bahasa ibonda kita yg ku rojakkan dan grammer yg tak berapa nak betul ni..

Citer ni aku ingat dulu mmg sampai berkali2 ler aku baca.. klu x baca buku dia pun dah bleh hafal jalan ceritanya.. Ni aku tepek gambar yg aku copy kat pak cik google.. Tgk gmbr dulu baru ada feel baca citer yg Sally nak karang kat sini...

 

So..  citer nye rbegini...

Suatu masa dahulu, dua beradik bernama Hansel dan Gretel tinggal di dalam hutan. Bapa mereka ialah seorang pemotong kayu yang miskin. Ibu tiri mereka seorang yang jahat.

Suatu hari, ibu tiri menghasut suaminya untuk menghalau Hansel dan Gretel disebabkan mereka kini kehabisan wang dan makanan. Dia mengatakan Hansel dan Gretel perlu mencari makanan sendiri di hutan.

Setelah dibawa ke dalam hutan, ibu tiri memberikan sedikit roti kepada mereka dan berpesan. " Tunggu di sini, aku akan kembali." Mereka menunggu tetapi ibu tiri tidak lagi kembali.

Apabila malam tiba, mereka tidur di bawah pokok. Keesokan paginya, mereka memakan roti masing-masing dan cuba mencari jalan pulang. Tetapi, laluan di dalam hutan tebal itu kelihatan serupa. Mereka telah sesat!

Setelah lama berjalan, mereka semakin letih. Tiba-tiba, mereka terlihat sebuah rumah kecil yang dibina daripada kek, biskut dan manisan! Mereka mengopak rumah itu dalam cebisan kecil untuk dimakan. Tiba-tiba, terdengar satu suara. "Siapakah yang sedang makan rumahku?"

Itu suara ahli sihir! Ahli sihir menangkap mereka. Dia mengurung Hansel dan Gretel untuk dimasak dan dimakan! Dia menyuruh Gretel memungut kayu api manakala Hansel menolongnya untuk memotong sayur dan perencah untuk memasak kedua-dua beradik itu. Dia kemudiannya menyalakan api di dalam ketuhar.
Sambil memotong bahan2.. ahli sihir tersebut mengarahkan Gretel untuk melihat sama ada ketuhar telah panas atau tidak.. Gretel mengatakan bahawa ketuhar masih sejuk.. Buat kali ketiga ahli sihir itu mengarahkan Gretel memeriksa sama ada ketuhar telah panas atau tidak.. jawapan yang sama diterima.. Ahli sihir menjadi bengang dan dia pergi hendak memeriksa sendiri keadaan ketuhar tersebut. semasa dia membongkokkan dirinya untuk memeriksa ketuhar, Gretel telah menolak ahli sihir tersebuut ke dalam ketuhar dan menutupnya.. Mati lah ahli sihir tersebut di dalam ketuhar.

Dua beradik itu merasa sungguh gembira dan tinggal lah mereka berdua di dalam rumah yang dipenuhi coklat dan makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak sampai bila-bila... 

Huhuhuhu... x kena penyakit kencing manis ke dua beradik ni...??? Seorg pun tak tahu cerita mereka lepas tu macam mana... hahahhaaa

Untuk entri ini, aku malas nak buat kesimpulan lebih panjang lagi...
Sekian entri kisah dongeng barat... nnt di masa lain.. aku buat entri kisah dongeng Malaya plak.. hehehhehee



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops