Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet


Malam ni Sally layan facebook cam biasa sambil tunggu Mama yang akan sampai bila-bila masa sahaja dr Kelantan. Mama akan bercuti beberapa hari di KL sempena cuti sekolah sambil bawa cucu jenjalan .. So rasa sungguh tak sabar nak jumpa Mama. 

Dalam duk browse2 FB.. ternampak lak video ni. Sebak bila Sally tengok. Kesian sangat. Tergamak sungguh anak dia buat macam tu.. Ibu yang lumpuh ditinggalkan begitu sahaja. Nasib baik tokey tu baik dan pekerja2 kat situ ambil berat pasal ibu tua ini.. Aper nak jadi.. si bahalol yang tak pernah nak kenang jasa seorang ibu.. senang2 jek tinggalkan mak. klu betul tak mampu nak bela, antar elok2 kat rumah org tua. Astaghfirullahalazim..! 4 hari dibiar dalam bilik??? Makan ke mana.. minum ke mana??? Tidak timbulkah soalan2 itu pada anak nyer?? Kesian makcik ni, sedih sangat... Harap anaknya itu insaflah sebelum terlambat. Perasaaan marah dalam diri tetiba timbul tanpa berfikir panjang apa yang terjadi pada anaknya.. Apa masalah dia sebenarnya kita tak tahu... Tapi, walau sesusah mana pun, takkan ler ko tergamak tinggalkan seorang ibu yang tidak punya kudrat untuk bergerak keseorangan begitu shaja.. huhuhu..

Sally browse tgk kat Metro, kat sini Sally share cerita nyer semoga jadi pedoman buat kita semua.. 

KUALA LUMPUR 9 Mac : Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan. Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

Sally browse lagi.. macam timbul persoalan di situ... cam sumthing wrong lak.. baca forumer2 lain mengutuk bagai.. tetiba Sally terbaca kat cari.com.my:

"Untuk maklumat semua anak lelaki dia adalah seorang yang penyayang.. tetapi anak lelaki dia telah meninggal dunia kerana accident ..."  tapi xder bukti pun...

wallahualam...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops