Hari ni... pepagi lagi dah dapat blast WhatsApp from my fren.. gmbr makcik Org Asli menang keter Merc coz beli dan simpan Sijil Simpanan Premium (SSP).. Perghh... Rezeki makcik tu.. Jom kita baca dulu laporan terperinci yang Sally ceduk dari Sinar Harian:
SEREMBAN - Rezeki terpijak. Itu ungkapan yang sesuai diberikan kepada
Sapiah Aping, 45, Orang Asli suku kaum Semaling dari Bera, Pahang,
apabila memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz E200 CGI.
Sapiah yang bekerja sebagai penoreh getah, memenangi hadiah kereta
mewah itu, hasil menyimpan sejumlah wang dalam Sijil Simpanan Premium
(SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Menurutnya, dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi
hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi
idaman ramai.
“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba
mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta
sendiri.
“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta
adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di
sini, semalam.
Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui
panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta.
“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya
dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi
milik saya,” katanya.
Alhamdulillah... best giler... Kalau ler aku yg dapat...??? Ada chan ke..?? Hahahaa... Ramai ler pengomen2 blog dan forumer memberi sedikit sebyk pendapat they ols pasal kemenangan Mak CIk ni.. ada yang excited... ada yg mengata.. ada yang jeles.. ada yg buat propa.. ada yg menuduh BSN.. macam2 ler... perangai manusia... Perangai manusia ni takkan berubah... Best mengata jer.. Bukan nyer nak ambik iktibar... Pada kengkawan semua.. Jom.. serbu cawangan BSN berhampiran.. dapatkan SSP anda.. Tak der rugi nyer.. still simpanan gak.. Nak pakai duit leh g tebus... klu simpan.. mana tau Audi.. Merc.. milik anda... Yg mengata tu.. biaq pi ler.. kering air liur.. penat jari menaip.. berenti ler dia... Rezeki di tangan Allah.. klu Allah kata Kun Fayakun.. Benda nak jadi.. Rezeki tu mmg hak kita... Maka.. dapatlah kita... Tapi klu dah SSP pun tak beli.. camano nak menang kan?? Usaha dulu (beli dulu) baru dapat.. hehehe...
Kat sini Sally share reaksi Rakyat Malaysia bila Mak Cik ni menang Mercedes:
So, tgu aper lagi... dapatkan SSP anda sekarang.. hahahhaaa www.mybsn.com.my
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment