Hari layan video Ustaz Azhar kat youtube

Ustaz Azhar Idrus... Mungkin nama ini sudah tidak asing lagi bagi sesetengah daripada anda. Dengar nama ini saja anda dah terasa nak tergelak dan berguling-guling ketawa.. hohoho.. tetapi kepada sesiapa yang masih tidak tahu dan tidak kenal siapa itu Ustaz Azhar Idrus.. penceramah bebas yang menggunakan dialek Terengganu dalam sesi ceramah nyer.. Bagi aku dia merupakan antara ustaz2 yg menyampaikan ilmu dan berdakwah dalam pemahaman yang cukup mudah dan dia mudahkan orang ramai utk phm prkra2 yg dibahaskan ulama dgn pnjang lebar. 

Hari ni.. dgn duk boring jer kat umah.. aku bernawaitu nak layan youtube ustaz azhar idrus kat youtube. Berderet2 video dia, macam2 soalan orang tanya. Semua dia boleh jawab. Kelakar pulak tu walaupun agak kasar ayatnya ek... kelakar perlu kot supaya orang yang dengar tak mengantuk.. Kasar kat sini tak der ler melampau... kasar bg yg tak biasa.. klu org terengganu or kelantan dgr.. tak der mender pun.. biasa ajer...

Mmg best ler. Dgr ceramah sambil bergelak dan ilmu2 yg disampaikan tu melekat kat kotak fikiran.. sgt berkesan aku rasa.. Ustaz Azhar ni tetiba jer femes.. dan disukai ramai... Dah menjadi satu fenomena kat youtube.. Mudah2an dia tak terlibat dalam mana2 politik dan terus disukai dalam medium dakwah yang unik dan cara penyampaian yang bersahaja..

Aku tgk feedback kat website2 lain.. mmg klu sesi ceramah dia jer.. mmg penuh satu dewan.. alhamdulillah.. semoga satu hari ni aku berpeluang mendengar ceramah dia secara LIVE..
Ni aku dapatkan sedikit biodata beliau yang aku ceduk dari satu website lain:

Biodata Ustaz Azhar Idrus
  • Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
  • Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
  • Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
  • Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
  • Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
  • Blog rasmi: http://ustazazhar.net/v01/
  • Facebook rasmi: http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original
Melalui video klip di bawah, Ustaz Azhar Idrus sendiri menceritakan mengenai sejarah hidupnya.


Sally ingin menyeru kepada rakan-rakan, luangkanlah sedikit masa untuk mendengar ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus atau mana-mana ustaz yang boleh membantu kita belajar lebih banyak perkara-perkara berkaitan agama. Sekarang kita boleh belajar hanya depan PC sahaja, tak payah keluar rumah pun! Untuk mendengar ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus silalah ke laman web beliau: http://www.ustazazhar.com/v1/

Ustaz Azhar Idrus juga adalah seorang peminat fotografi, anda boleh melayari laman web khas beliau untuk melihat gambar-gambar yang diambil: DigitalMukmin







Gambar keluarga Ustaz Azhar Idrus:




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops