Aku Bukan Tomboy

Baru jer lepas tgk citer Aku Bukan Tomboy.. Kat mana lagi, klu tak layan kat youtube... hehehee... Best gak ler layan filem terbaru arahan Syamsul Yusof ni. Pada pendapat aku, filem ini ok. Boleh dilayan, memang akan membuatkan korang ketawa. Tapi ada part yang membuatkan korang geli. Yang aku maksudkan part bila si Pengkid mengayat. Memang tak tahan! loya siot. Aku tak tau, camtu ka pengkid ayat awek sekarang. he he... agak over watak yg di bawa oleh si Zarina AF tu.. tapi ok ler.. Filem ni actually bleh pergi jauh dan dapat kutipan yang lebih lagi klu tak kuar sama2 dgn Ombak Rindu.. aper bleh buattt... ombak pukul abis.... Maybe Syamsul ingat Ombak Rindu tak der makna dan pada awalnya dia rasakan bukan pesaing pada dia.. huhuu... tapi ombak bertkar menjadi tsunami... hahaha..

Wokay.. Sally share dulu sinopsis citer ni:

Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.

Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.

Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy. Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam “AKU BUKAN TOMBOY” sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.

Selepas aku layan citer ni.. mmg hasil karya Syamsul boleh diberikan pujian.. sebab berjaya buat aku tak boleh nak kutuk jalan cerita yang dia hasilkan. Mmgh menarik dan kali ni dia berlakon pun tak kaku.. Dia dikira berjaya la bagi aku sebab dalam cerita ni dia berlakon jadi mamat skema. Mamat skema yg dia tonjolkan menjadi.. Aku suka..

Aku Bukan Tomboy memang terbaik. Ayat yang digunakan dalam dialog pun macam nampak spontan dari mulut pelakon-pelakon filem ni. Flow jalan cerita yang tak complicated dan tersusun.. Gud Job Syamsul. Apapun, memang enjoy la cerita tue. Banyak lawak yang dihasilkan hanya melalui skrip. Ada gak babak yang sebak.. tapi tak ler smpi menangis.. bila scha dihina.. bila scha and sam.. huhuuu...

Pasal pelakon plak.. watak Farisa (Scha al-Yahya) yang menjadi rebutan rakan baik, lelaki baru & dua orang pengkid tegar... mmg menjadi.. Aku suka scha.. dan pemilihannya memegang watak ni mmg menjadi. 

Bapak Farisa (Harun Salim Bachik) pun ok. Kelucuan yang bersahaja. Mmg terbaekkk..

Shaheizy Sam yang memegang watak Harry tidak perlu disangkal lagi akan bakat & kebolehan beliau untuk menaikkan seri filem ini. Sam mmg tak pernah menghampakan peminat.

Syamsul Yusof juga tidak mengecewakan dalam percubaan membawa watak komedi. Aku rasa ni filem dia yg nmpk smooth.. tak berapa kaku sgt dah... bravo..

Lakonan Salina Saibi memang mantap la jadi Pengkip, pada awalnya sampai aku tak perasan siapa yang pegang watak pengkid Sam tue. Tahniah,! 

Overall.. aku bagi 8 out of 10 stars.. best.. best...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops