Puasa Nazar Seminggu

"Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah berperoleh ataupun berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu. Jika apa yang kita nazarkan itu tidak berjaya maka tidaklah wajib keatas kita untuk menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa." - petikan daripada satu laman web (http://halaqah.net)

4 tahun yang lalu, Sally telah bernazar untuk berpuasa seminggu jika Allah kurniakan seorang anak. Maklumlah masa tu memang nak sangat anak.. Dah hampir 2 tahun kahwin tapi belum lagi ada tanda-tanda untuk menimang cahaya mata. Pertanyaan demi pertanyaan daripada saudara mara dan rakan taulan membuatkan diri ini lebih tertekan. Tambahan pula adik ipar yang baru sahaja kahwin telah pun berbadan dua. Dengan itu, Sally bernazar untuk berpuasa seminggu sekiranya Sally dianugerah Tuhan seorang cahaya mata.

Kenapa Sally berniat untuk berpuasa?? Puasa merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa."
(Hadis riwayat Bukhari).

Setelah mendapat cahaya mata, Sally lupa akan nazar yang dibuat. 1 tahun lebih selepas kelahiran Adelina, Sally didatangi oleh seorang lelaki berjubah putih disaat Sally risau akan Adelina yang lambat untuk berjalan. Katanya.. "puasalah". Sally bangun dari mimpi dengan keadaan berpeluh dan teringat akan nazar Sally dulu. Keesokkan harinya Sally terus berpuasa. Tapi sempat 2 hari jer coz sebelum itu Sally hendaklah selesaikan semua puasa ganti dahulu sebanyak 8 hari. Bila masuk hari ke 3 puasa nazar, uzur pulak. Selepas itu sambung pula dengan puasa Ramadhan. Selepas habis raya, Sally mesti habiskan ppuasa ganti untuk Ramadhan yang baru pula. 7 hari puasa ganti telah Sally lunaskan semalam.

So, hari ni boleh lah diteruskan dengan puasa nazar yang berbaik lagi 5 hari. Hari ni selamt sudah sehari. Another 4 days to go. semoga tiada halangan lagi selepas ini untuk Sally lunaskan hutang dan janji Sally pada Allah s.w.t. Next time, Sally akan lebih berhati-hati untuk nazar puasa. Dulu, Sally selalu nazar puasa jika dapat keputusan exam yang baik. Dengan senang sahaja Sally langsaikan puasa nazar.. tapi sekarang kenapa rasa susah sangat nak habiskan puasa seminggu.. huhuuu..

Dan, seperti biasa.. hari ni.. menu berbuka daripada Sally's kitchen adalah Siakap Samrod dan juga Kangkung Goreng. Selamat menjamu mata. Sally sharekan jugak resipi Siakap Samrod bagi yang ingin mencuba.... selamat mencuba.. :)



Cara2 Memasak Siakap Samrod
Seekor ikan siakap digoreng garing
Angkat dan asingkan
Tinggalkan minyak menggoreng tadi sedikit di dalam kuali
Cincang 15 ulas bawang putih
Cincang 10 biji cili padi
Ketuk akar ketumbar yang sudah dibersihkan
Goreng bawang putih, cili padi dan akar ketumbar
Masukkan 4 helai daun limau purut yang dikoyak2kan ke dalam kuali
Masukkan 4 sudu sos ikan
Masukkan 5 sudu madu
Masukkan air perahan 1 1/2 biji limau nipis
Masukkan tomato (tomato cherry lagi sedap)
Angkat sos dan tuang ke atas ikan siakap.
Taburkan daun ketumbar.
Siap..
Sodappp...
*kalau ada mangga muda, bleh parut dan masukkan together.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops