Bil letrik melambongggg... macam Mail Lambong ler..


Mukadimah blog, Sally copy paste apa yang ada kat utusan online:

"Tarikh: 01/06/2011
Tarif elektrik tidak membebankan
TARIF elektrik telah dinaikkan sebanyak 7.1 peratus mulai 1 Jun yang lalu. Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) 75 peratus pengguna tidak akan terlibat dengan kenaikan ini. Hanya pengguna isi rumah yang tinggi penggunaannya dan pengguna industri yang akan membayar lebih.

Maknanya majoriti rakyat tidak akan merasa kesan daripada kenaikan tarif tersebut. Sambil kita bercakap tentang mereka yang mengikat perut memastikan bil bulanan mereka tidak melebihi RM20 sebulan, kita dapati memang terdapat banyak pembaziran elektrik yang berlaku.

bla..bla...blaaa..."


huhuuuu... 1 Jun hari tu Sally ada dengar kat hotfm.. celoteh Fara Fauzana pasal harga elektrik naik.. Ramai yang cakap kena berjimat la.. catu letrik ler.. ada gak yang bagi suggestion instead of pasang air cond, dia letak baldi berisi air bawah kipas untuk merasa hawa sejuk dalam keadaan Malaysia yang agak panas sekarang ni..., ada gak yang rebus air pakai gas semata2 nak jimat tak nak guna water heater... ada gak yg bgtau balik kerja terus tido.. so, jimat letrik... tidur pun dalam gelap.. huhuu.. bagi Sally semua tu mengarut..

Petikan lagi:
"pengguna domestik yang menggunakan elektrik dengan bil RM20 ke bawah adalah PERCUMA dan mereka yang dikenakan bil di bawak RM77 tidak mengalami sebarang kenaikan.

Pengguna yang dikenakan bil berharga RM77 ke atas pula cuma mengalami kenaikan sekitar RM6 sahaja manakala berlaku kenaikan dalam gas industri dan penjana tenaga bebas (IPP)," kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Rujuk petikan kat atas, Pak Menteri kata kenaikan tarif elektrik ni tak menjejaskan sesiapa yang guna elektrik bawah RM77…huhuuu  Dengan kepanasan global yang melampau ni siapalah agaknya yang bernasib baik tak terkena tempias kenaikan tarif elektrik ni.

"bagi pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membantu memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada mereka yang bil elektrik RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember ini. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun bagi membiayai pemberian bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di semenanjung,” kata Chin. Petikan dari MyMetro

Yang bil bawah RM20 plak tak yah bayar...ada subsidi... RM122 juta ditanggung... fuyooo.. banyak tu.. tapi at the end of the year.. TNB untung RM200 juta... opsss..

Ubah gaya hidup!...ubah gaya hidup… ubah gaya hidup… macam pernah dengar je ayat ni…   Susah nak diungkapkan dengan kata-kata.
Ada yang kata… ubah gaya kepimpinan… dan yang lebih dahsyat… ubah pemerintahan… tu orang ler yang kata.. Sally tak kata apa-apa.. huhuu

Mula-mula sejak dgr hotfm pagi tu ler.. macam tak nak ambik kisah sangat.. nak naik ke nak apa ke.. suka hati ler.. berbuih mulut sampai sawan khinzir pun, keputusan dan kenaikan tak berubah gak... Tapi.. sehingga ler semalam.. sampai bil letrik.. huhuuuu... Sally macam terpanggil untuk nak bagi luahan perasaan... Naik siottt.. bil letrik umah aku.. gilo apooooo...


Sally ni bukan aper.. kalau aku duk banglow 2 tingkat tak der ler kisah sangat... tapi aku ni duk apartment jer.. Nape orang duk apartment?? Coz tak mampu nak beli hartanah atas tanah yang naik lebih dari Mail Lambong.. Baper orang kat umah apartment yang luasnya 1000 kaki ni?? 3 orang jer babe.. Sally, Hubby dan si kecil... Siang gi kerja, malam je kat umah. Air cond pun satu jer.. Tu pun bukak bila nak tido.. Iron baju pun 2 minggu sekali time bawak balik temporary bibik.. cam mana bil leh sampai RM170??? Tak masuk akal betul ler.. Kalau nak compare dengan umah teres.. cthnya masa duk umah kat Keramat.. bil around RM150 tapi ada 4 air cond, ada kolam ikan, duk pun ramai2.. ada freezer... huhuu... Kata orang duk apartment ni kadar taksiran air dan elektrik adalah lebih tinggi dari kediaman biasa. Apartment berservis begini akan mengikut kadar taksiran kormersial. Tapi naper yer??? Sedangkan kita yang duk apartment ni ler harus diberi penjimatan lebih supaya leh kumpul duit nak beli rumah lain yang ada halaman... huhuhuu..

Tu ler.. Sally doa sangat2 supaya urusan pembelian rumah baru we ols disegerakan... En Mr Lawyer... tolong ler percepatkan proses pemilikan rumah kami... u ols pun doa-doakan ler yer.. Nnt Sally buat housewarming,... masyak sedap2... tak sabar rasanya....

Pada pihak-pihak berwajib.. tolong ler tgk2 apa yang patut... apa yang bleh dibuat.. pandang ler sket org2 yg duk kat apartment ni.. nape nak diketepikan.. nape bil we ols mahal dari yang lain..?????


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops