BSN LANCAR PROMOSI BERSAMA ETERNAL EYEWEAR (M) SDN BHD

Hari ni BSN menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Eternal Eyewear (E&E)  untuk kempen “Promosi Bersama BSN & E&E”. Majlis diadakan di Wisma BSN, Jalan Ampang dan dihadiri oleh Pengurus Besar/ Ketua Eksekutif BSN, Adinan Maning dan Calvin How, Ketua Pegawai Eksekutif, E & E.
 
Program ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan dan memberi maklumat kepada orang ramai berhubung kelebihan untuk membuat pelaburan melalui Sijil Simpanan Premium (SSP). Dengan pembelian sebanyak RM 350.00 dalam satu resit untuk barangan optikal di mana-mana rangkaian E & E melayakkan pelanggan mendapat SSP percuma sebanyak RM50.00 dan pek hadiah bernilai RM300.00. 

Melalui pembelian tersebut, pelanggan juga bakal mendapat pelindungan insuran ke atas sebarang kerosakan kacamata  dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pembelian dari syarikat optikal yang menyertai rangkaian E & E dan menikmati pelindungan insuran kemalangan diri secara percuma.

Turut hadir di majlis pelancaran adalah Ketua Eksekutif Bernama TV, Dato’ Hj Mohd Suhaimi Abdullah, Pengarah Urusan Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang merupakan rakan media rasmi untuk kempen yang dijalankan sepanjang tahun.

Cam biasa.. yg lain tu x ler menjadi pilihan untuk bergambar kecuali Engku Emran.. hehehee... BHEK ambil kesempatan untuk bergambar dengan Engku Emran... :)







U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops