Sos Serbaguna HomeMade ala Sally

Dah lama tak buat stock sos serba guna ni. Kalau malas, Sally beli sahaja jenama Mae Pranom tu dari Thailand. Tapi kalau buat sendiri lebih jimat, lebih sedap dan dijamin bahan-bahannya. Tiada pengawet dan tahan lama juga. Resipi bonda ni Sally kongsi dengan anda semua.

Bahan-bahannya (jangan ditanya sukatan kerana saya memang jenis mencampakkan sahaja ikut sesedap tangan)
==============
Lada Besar Merah
Cili Padi Merah
Tomato
Bawang Putih
Bawang Merah
Bawang Holland
Cuka
Gula
Garam

Cara-cara memasak boleh rujuk disetiap gambar. Stok berbulan-bulan ni. Boleh disimpan di dalam peti ais. Sally pakai sos ni je untuk nasi ayam, nasi khau mok, pencicah ayam dan keropok juga. Jika makan dengan nasi Khau Mok biasanya Sally masukkan daun ketumbar dihiris-hiris dan digaul bersama sos. Aromanya... hmmmm... menyelerakan.



Sediakan bahan-bahan seperti dalam gambar tu. Potong besar-besar pun tak apa sebab kita nak kisar. Kenapa guna cili merah jer? Cili hijau tak boleh ke Sally? Kalau guna cili hijau nanti jadi hitam dan sambal jadi kusam tak cantik. Biarlah semuanya merah.



Masukkan kesemua bahan dalam pengisar kecuali gula dan garam. Lada besar tu Sally gunting-gunting jer. Kisar menggunakan cuka. Jangan masuk air walau setitis pun kalau boleh. Bahan-bahan yang dibasuh ditos dulu. Kurang air kuranglah chance bakteria nak membiak. Kalau cuka botol kecil 1 botol je. Kalau botol besar separuh botol Sally guna.


Kisar ler. Jangan terlalu lumat. Biar ia ada tekstur sikit. Kalau lumat sangat pun tak best.


Lepas kisar, masukkan dalam periuk. Pasang api perlahan je tau. Jangan mengada letak minyak plak tau. Tak yah minyak, masukkan bahan tu jer.


Masukkan gula dan garam secukup rasa. Dan kacau.. kacau... kacau....


Sentiasa kacau. Kalau tak ia akan mendidih dan melimpah dari periuk. Pengacauan yang lemah lembut dan pergerakan kelajuan yang consistent sangat penting. Jika dibiarkan lama, boleh jadi ia hangus juga sebab ada gula. Nanti tak pasal-pasal jadi sos karamel pula. Kacau sehingga pekat dan berkilat.



Tadaaa.. ini hasilnya. Biarkan sejuk dulu. Dah sejuk boleh masukkan dalam botol dan diletakkan dalam peti ais. Boleh guna untuk macam-macam sebagai pencicah yang sedap. Oh yer, kalau suka pedas, boleh letak cili padi lebih sikit. Sally suka biasa-biasa sahaja. Mc Megi pun boleh makan?



Sally hiriskan daun ketumbar dan kacau skali dengan sos bila nak makan dengan nasi Khau Mok Thai. Aroma dia lebih sedap. Jangan masukkan daun ketumbar untuk simpanan lama. Nanti sambal tak tahan lama. 

Selamat mencuba :)


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops