JOM KIRA BERAPA KALORI KITA PERLUKAN SETIAP HARI


Ok kita berkenalan dulu dengan BMR @ Basal Metabolic Rate ye. . BMR @ Basal Metabolic Rate . BMR ini merupakan jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup.BMR adalah berbeza bagi setiap individu ini kerana BMR seseorang bergantung kepada berat,tinggi dan juga umur seseorang ye. . Cara pengiraan BMR juga adalah berbeza bagi Perempuan dan juga Lelaki. . Cara kira BMR bagi Perempuan:- . 655 + (9.6 x berat dalam kg) +(1.8 x tinggi dalam cm - (4.7 x umur dalam tahun ) . Cara kira BMR bagi Lelaki :- . 66 + (13.7 x berat dalam kg ) + ( 5 x tinggi dalam cm ) - ( 6.8 x umur dalam tahun ) . Nampak macam pening ye tak pa Sally bagi contoh pengiraan BMR bagi diri Sally ye:- . Berat : 55 kg Tinggi : 150 cm Umur : 35 tahun . Cara pengiraannya :- . = 655 + ( 9.6 x 55 ) + (1.8 x 150) - (4.7 x 35 ) = 655 + 528 + 270 - 164.5 = 1288.5 kalori . BMR Sally 1288.5 . Kira Daily Calorie Requirement @ DCR :- . Selepas dapat BMR kita perlu pula cari Daily Calorie Requirement @ DCR. Beza BMR dan DCR adalah BMRadalah jumlah makanan/kolari yang diperlukan badan kita mengikut ketinggian dan berat manakala bagi DCR pula adalah jumlah kalori harian bergantung kepada aktiviti dan keaktifan kita sepanjang hari. . Cara mengira DCR adalah dengan mendarabkan jumlah BMR tadi dengan unit keaktifan kita. . ~ BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman , kerja dimeja) ~ BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu) ~ BMR x 1.55 (senaman sederhana / bersukan 3-5 hari /minggu ) ~ BMR x 1.725 ( senaman berat / bersukan 6-7 hari / minggu ) ~ BMR x 1.9 ( senaman berat setiap hari / bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba marathon) . Sally bagi contoh pengiraan DCR bagi Sally ye. Jika tadi dikira BMR Sally ialah 1288.5 kalori dan Sally tSallyk atau kurang melakukan senaman hanya kerja dimeja jadi pengiraan DCR Sally ialah :- . BMR x 1.2 ( kurang atau tiada senaman , kerja di meja) . 1288.5 x 1.2 1546.2 kalori ( nilai DCR Sally ) . Dengan ketinggian dan berat, badan Sally memerlukan 1546.2 kalori mengikut keaktifan Sally.Jika Sally ingin mengekalkan berat badan Sally jadi Sally perlu memastikan pengambilan kalori Sally sehari adalah 1546 kalori sahaja setiap hari. Bagi memastikan pengambilan kalori Sally tidak lebih maka kita perlu kira bilangan kalori yang kita ambil dari pagi hingga malam. Jika kandungan kalori yang kita ambil berlebihan dari nilai kalori yang diperlukan oleh badan kita makan berat badan kita akan bertambah. . Bagi yang ingin kekalkan berat badan boleh kekalkan pengambilan kalori setiap hari dan bagi yang ingin menurunkan berat badan pula perlulah ciptakan kalori defisit. . Kalori Defisit. . Kalori defisit merupakan defisit daripada dua nilai ( nilai kalori keluar dan nilai kalori masuk ). * Apabila nilai kalori keluar lebih tinggi daripada kalori masuk. Cara untuk mengira nilai kalori defisit seperti dibawah :- . 1546 kalori ( masuk ) - 1546 kalori ( keluar ) = maka defisit kalori Sally adalah kosong (0) . Tetapi sekiranya Sally makan berlebihan iaitu sebanyak 1700 kalori maka . 1546 kalori - 1700 kalori = 154 kalori defisit. . Pada dasarnya kita tengok tak banyak 154 kalori tu tapi kalau disimpan lama-lama akan jadi berat yang kita tak sangka-sangka hihihi.Tapi jika anda seorang yang jenis rajin bersenam tiada masalah untuk hilangkan 154 kalori tu kan.Tapi kalau macam Sally ni yang hanya duduk je memang lama-lama boleh jadi doremon hihihihi. Apa yang penting dalam usaha untuk menurunkan berat badan ni ialah kombinasi diantara diet dan juga senaman. . Contoh untuk turunkan berat badan? ============================= . Keperluan kalori Sally adalah 1546 kalori sahaja dan sekiranya Sally makan 1200 kalori maka dengan berdiet sahaja Sally boleh dapat defisit. . 1546 kalori - 1200 kalori = 346 kalori defisit Sekiranya Sally bersenanam dan membakar 400 kalori tambahan dan ambil Leptos 6 biji, lebih kurang 600 lagi dibakar, maka untuk hari itu sahaja Sally dapat 1346 kalori defisit. . Pasti ramai yag tertanya-tanya dengan 1346 kalori defisit itu berapa kg Sally boleh turunkan.Seperti yang diketahui proses menurunkan berat badan bukan kerja sehari ia perlukan masa dimana berat yang sekian lama didalam badan kita hendak dihilangkan. . Sekiranya anda mahu turun 1 kg berat badan kita perlu membakar 7700 kalori.Oleh itu sekiranya anda dapat mencipta 1346 kalori defisit sehari, maka anda memerlukan 6 hari untuk mengurangkan sekilo. . Hari 1 : [-] 1346 kalori Hari 2 : [-]1346kalori Hari 3 : [-]1346kalori Hari 4 : [-]1346kalori Hari 5 : [-]1346kalori Hari 6 : [-]1346kalori . Jumlah kalori defisit terkumpul : 6 x 1346 = 8076 kalori ( 1kg ++) 6 hari 1kg, lebih kurang 4-5kg sebulan. . Nampak macam susah tapi sebenarnya tidak jika anda berdiet dan bersenam pasti anda akan mendapat defisit melebihi 1000 sehari.Tapi perlu diingatkan bahawa pengambilan kalori berdiet tidak boleh kurang daripada BMR kita kerana ia akan membawa kemudaratan kepada kesihata anda nanti. So, kena makan untuk jaga metabolisma badan dan bakar kalori yg diambil. Ambil dan bakar... Bakar shj tak ambil pun tak boleh... Dengan LEPTOS anda bakar, senaman anda bakar. LEPTOS hanya membantu anda bakar lebih banyak kalori yang diambil dan juga pindahkan lemak di dalam daging untuk dibakar menjadi tenaga... No wonder yg guna LEPTOS badan fit... bukans etakat lemak bertingkat.. lemak dalam daging juga... which is sangat susah utk dibakar even dgn bersenam... Senaman tinggi kardio dan freeletics boleh membantu anda untuk pecahkan lemak degil ini.. Tapi sanggupkah anda??? Kentalkah anda untuk bersenam kardio tinggi??? . Apa itu Freeletics???? Nnt sally kongsi dalam next posting....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops