Mama... Aku perlukan semangatmu

Mama masih dlm icu. dah scan otak pg tadi.. keadaan Ok.. Stabil. Dah scan utk wave dlm otak.. Pun ok. Czer sepjg sejengkal dr bhgian atas blkg telinga smpi ubun2. So far no bleeding dlm otak. Mama x sedar lg. Keadaan stabil dan tadi dah ada pergerakan tangan 2x. 



Mama.. Hjh Siti Aminah
Aku tahu semangat mu kuat
Aku tahu semangat itu yg ku bawa dlm diriku
Aku tahu kita semua sentiasa redha dlm menempuhi qada dan qadarNya.
.
Mama..
Aku bersyukur Allah masih memberikan aku peluang
Peluang utk berbakti pada seorang insan
Insan yg mengandung, melahirkan, menyusui dan mengasuh serta membesarkanku..
Sehingga aku jadi seorang insan
Insan yang kuat, tabah, dan mewarisi segala kepandaianmu.
.
Mama..
Aku ingin kau tahu
Aku ingin kau baca coretan ini
Aku ingin kau mengerti tiada insan lain dihati ini
Yang aku sayang, yg aku sanjung yg akan kupenuhi segala mahumu.. Segala hajatmu.. Kerana apa yg aku buat.. Yang akan aku buat.. Tidak ternilai dgn setiap titis air susu mu dan keringatmu membesarkan ku.

Mama..
Semalam.. Tanganmu ku genggam..
Kerana aku rasa sungguh lemah..
Dan aku perlukan aura semangatmu..
Dan ku berdoa pada Allah..
Semoga tangan itu akan kembali ku genggam..
Tangan itu akan kembali mengusap kepalaku..
Dan aku rindu makan dr suapan mu..
Tangan yg memeluk dan mendodoiku setiap masa dan ketika bila kita peluang bersama

Ya Allah..
Aku bersyukur padamu..
Syukur sgt Ya Allah..
Kerana memberiku peluang untuk terus berbakti pada ibuku..
Mana mungkin aku mampu membalas balik semua jasanya..
Tapi kan ku cuba utk memberikan yg terbaik.. Kerana diambang kegundahan semalam.. 

Ia cukup perit utk dilalui.. Ia cukup pahit utk ditempuhi.. 
Dan kami diambang keredhaan antara hidup dan matimu.. 
Tidak terjangkau gambaran hari esok tanpa insan yg bergelar ibu..

Mama..
Aku mahu kau membuka matamu..
Dan membaca ikrar ini..
Kan ku jaga hatimu..
Kan ku berikan yg terbaik buatmu..
Hanya buatmu.. Mamaku..

.
.
Suhaili.. anak bongsu mu
.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops