Darah Tinggi - Pecah Pembuluh Darah di dalam kepala mama.

15 Feb 2016, pada jam 2.30pm, menjadi titik debaran dalam hidup Sally. Sally menerima panggilan telefon daripada Kak Da mengatakan Mama pengsan dan kritikal di ICU. Ya Allah.. tak tahu nak gambarkan bagaimana perasasaan ini ketika itu. Situasi hampir sama dengan arwah abah dulu. 

Tanpa berlengah lagi, Sally booked tiket flight. Paling awal 7.30pm.

Mama menghadiri majlis di Jeli, dan pengsan secara tetiba pada puku 1.30pm. Terus dikejarkan ke hospital Jeli. Doktor sahkan ada pendarahan di dalam otak. Mama dikejarkan ke hospital Kuala Krai, kerana Jeli berada di bawah jajahan Kuala Krai. Prosedur CT Scan dibuat. Mmg benar jangkaan doktor. Pendarahan berlaku akibat pembuluh darah pecah disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi. Keadaan kritikal Mama, membuatkan beliau dihantar ke HUSM, Kota Bharu.

Pada puku 8.40pm, Sally safely landed di Lapangan Terbang Sultan Ismail, KB. My dear fren Hasanah yang menjemput Sally di airport dan Sally dihantar ke HUSM. Percaturan Allah sangat baik. Sally sampai serentak dengan ambulance Mama dari Kuala Krai. Sally mendapatkan Mama di ambulance. Kak Da turun untuk urusan pendaftaran. Mama sekali lagi melalui procedure CT Scan di HUSM. Keadaan semakin kritikal. Sangat sedih saat itu, bila mama tidak lagi mengenali Sally. Luluh hati ini melihat keadaan mama ketika itu. 

16 Feb 2016
Mama di tahap kritikal. 50/50. Punca drp tekanan darah tinggi dan pembuluh darah pecah. Pendarahan dah masuk otak. Ada dua bahagian otak yg bengkak. Jika x buat pembedahan.. Kemungkinan ada saluran lain lagi yg pecah dan bleh meninggal serta merta.
Jika buat pembedahan pulak, doktor akan potong saluran yg membengkak dan pasang klip.
Menurut doktor, Ada 2 situasi dimana jika berjaya pembedahan, akan strok atau hilang ingatan dan jika tak berjaya pecah semasa pasang klip akan meninggal serta merta.... Semoga Allah memberikan peluang dan keajaiban utk mama pulih sepenuhnya..
11.25mlm: Mama dimasukkan ke Operation Theatre.
Mama... Disetiap detik ku saat ini... Aku hanya ingin melihat kau membuka matamu.. Menatap wajah anak bongsu mu ini.. Aku pulang utk bersama mu.. Aku tahu kau kuat mamaku.. Semua yg berlaku adalah tiba2.. Baru semlm kita berbicara di telefon.. Tapi hari ini.. Kau tidak lagi berdaya membuka matamu.. Aku berdoa.. Pada Allah.. Semoga kau akan sembuh sedia kala.. Kau harus sembuh mama.... Aku blum puas berbakti padamu mama.. Aku blum puas tidur dlm dakapanmu mama... Aku rindu panggilanmu mama.. Berilah aku peluang Ya Allah.. Utk berikan yg terbaik buat ibuku... Semoga pembedahan esok berjalan lancar dan mama pulih seperti sedia kala.. Amin Ya Rabb...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops