Perkongsian di Awal Muharam

Salam Awal Muharam semua...
Di pagi Awal Muharam yang indah ini... yang pastinya kita sudah pun merapatkan kedua telapak tangan... memohon doa yang baik2 sepanjang tahun baru ini... dan meminta Allah swt mengampunkan dosa-dosa kita pada tahun lalu... dan semoga perjalanan hidup di tahun baru ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya.
.
Jika kita perhatikan org2 yang berjaya sekarang ini... lebih tepat lagi dikatakan zaman jutawan hebat di era Dr Azizan ini... wpun Sally bukanlah anak murid beliau... dan tidak juga pernah melangkah kaki ke seminar2 beliau.. tapi pernah membaca buku dan kerap menonton video2 beliau... Segala yang baik kita serap dan kita jadikan pedoman dan panduan hidup untuk berjaya.... Yang Sally nak sampaikan adalah... jutawan2 sekarang ini... org2 yang berjaya sekarang ini... jauh berbeza dengan org dahulu... ini pada pengamatan saya... Bila mana apa yang mereka lakukan.. tidak lain dan tidak bukan.. ialah mendekatkan diri pada Allah. Itulah seruan atau nasihat atau tips yang seringkali tidak pernah tertinggal dalam mana2 buku/ceramah/video/ajaran mana2 org berjaya/para ilmuan/para ustaz ustazah... dekatkan diri pada Allah... memohon padaNya.. meminta.. merayu padaNya... nescaya anda akan berjaya...
.
sajer nak tanya.. berapa org kat dalam ni.. yang rasa diri dia dah tahap merayu2 pada Allah untuk berjaya... mengangkat tangan berdoa padaNya untuk kaya dan berjaya sampai mengalirkan air mata??? Berapa orang?? Tak perlu jawab di sini... jawapan ada pada diri sendiri.. Anda ada jawapannya, jika TIDAK... maka praktislah menangis utk merayu padaNya.. jika YA.. anda sudah maju selangkah... teruskan rayuan anda.. Tidak perlu malu untuk merayu pada Allah... malulah untuk merayu pada manusia... 
.
Sally bercakap... bercerita di sini.. hasil dari perjalanan hidup ini sendiri.. Jika dulu... tidak pernah terlintas untuk berdoa nak berjaya dan kaya... sampai mengalir air mata (ikhlas dari sanubari)... tapi.. betulkan niat dahulu.. Kenapa aku perlu KAYA? Jika kita minta dimurahkan rezeki.. maka murahlah rezeki kita... jika kita minta kesenangan.. maka senanglah kita... senang makan.. senang nak pakai.. dan tiada yang susah... tapi tidak sampai ke tahap kaya... Maka memintalah pada Allah.. Allah Maha Berkuasa... Kuasa yang sangat besar.. Mintalah apa sahaja... dan rayuan itu hanya pada Allah.. Mintalah nak Kaya... nak Jadi Jutawan... dan... meminta juga hendaklah disulami dengan usaha. 
.
Sally kongsi dengan anda... Doa yang tak pernah lekang dari mulut Sally... "Ya Allah... Kau berkatilah rezekiku... kau permudahkanlah segala usahaku... Kau jadikan aku orang yang kaya dan berjaya.. Kau jadikan aku orang yang pemurah dalam berkongsi rezekiMu.. Kau jadikan ELISS satu jenama yang dikenali ramai... Kau jadikan produk ELISS mujarab pada semua yang menggunakannya... Kau jadikan Family ELISS... semuanya kaya dan berjaya... dan... andai tiba saat itu... jangan kau palingkan kami dari jalanMu Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami.. tetapkanlah agama kami.. dan jangan kau lalaikan kami walau sesaat pun daripada mengingatiMu..."
.
Seringkalilah mengucapkan "Alhamdulillah" setiap kali kita Close Deal dengan customer.. Seringkalilah mengucapkan "Bismillah" setiap kali melayan customer baru.. Berbicaralah dalam nada yang paling sopan.. senyum yang paling manis.. wpun sekadar memandang handphone/komputer saat melayan customer.
.
Jika dulu... Sally slalu mengimpikan income yang banyak... kejayaan.. duit yang melimpah ruah... tapi.. tak pernah sekali pun melakukan Dhuha.. Jauh sekali bertahajud... Solat 5 waktu pun kadang2 tak cukup.. nak bersedekah jauh sekali.. cuma ada sekelumit sifat belanja kawan2.. slalu buat kenduri makan.. itu pun tak seberapa... tapi ia adalah semaian dan permulaan yang baik... Bila dah kenal ilmu.. dah tahu cara... setiap yang dibelanjakan.. niatlah SEDEKAH... dan ZAKAT jangan lupa.. Niat sedekah jadi amalan Sedekah.. niat Zakat baru jadi Zakat. Ia adalah 2 perkara yang berbeza. Berzakatlah. Bila jalan kita betul.. cara kita betul.. kita akan rasai kemanisannya... Semakin kita mendaki kejayaan... semakin kita rapat denganNya... Sebab apa?? sebab kita mahu rezeki yang diberkati.. sebab kita perlu bersedia dengan dugaanNya.. jika kita lalai.. jika kita semakin jauh padaNya.. saat kita diduga.. bagaimanakah pengakhiran hidup kita?? Nauzubillah... Minta dijauhkan perkara yang bukan2... Dan kita juga boleh tanya pada diri... di saat kita dilimpahkan rezeki.. adakah kita masih mengingatiNya?? Saat kita leka melayan customer.. adakah kita terlupa untuk bersolat... atau kita masih menjaga hubungan kita dengan Allah... itu adalah petunjuk mudah.. adakah kita seorang yang bersyukur atas nikmatNya... 
.
Berbalik pada cerita orang kaya dahulu dan jutawan zaman sekarang.. apa yang kita nampak... (tidak semua yg dulu dan yg sekarang.. ini atas pemerhatian Sally shj).. Jutawan sekarang nampaknya lebih mendekatkan diri padaNya. Org kaya dulu mungkin dr warisan harta keluarga... ada juga yang kaya atas usaha sendiri.. tapi tak banyak yang kita nampak orang kaya pemurah... Tapi sekarang... orang kaya berlumba2 invest utk akhirat... ramai sungguh orang pemurah.. Jutawan membina masjid.. jutawan membina rumah anak yatim... kerana mereka faham.. mereka tahu... sekali memberi... berganda balasannya... wpun kita tidak mengharapkan balasan itu.. tapi itu janji Allah... 
.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud. "Perumpamaan orang-orang yang mendermakan harta benda di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji dan menumbuh tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji. Dan Allah akan menggandakan (pahala) bagi orang yang dikehendakinya, dan Allah itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
.
Sally bukan nak berlagak, jauh sekali nak berceramah... bertazkirah umpama ustazah... sebab Sally tahu... diri ini masih terlalu banyak kekurangan... tapi Sally dalam usaha membetulkannya... dan tulisan ini adalah untuk peringatan pada diri sendiri juga... Saat aku lupa.. kan ku baca ia.. semoga diri ini tidak terlalai... dan menjadi tugas Sally untuk mengingatkan anda semua juga... Sebab Sally nak kita semua berjaya... Segala kekurangan dalam perkongsian pada pagi ini... Sally mohon ampun dan maaf... dan ambillah yang baik2 jer.. jadikan iktibar dan jgn ulangi kesalahan Sally dulu.. cubalah dekatkan diri padaNya.. nescaya anda akan alami perubahan hidup.. sally buka jalan melalui ELISS... dan pilihan anda untuk memilih jalan yang lurus atau bengkang bengkok.
.
Wasalam..
Suhaili Mohd zain
Pengasas ELISS.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops