Salam Ramadhan u ols...
Sajer jer nak kongsi menu kat Sally's Kitchen sempena Ramadhan Al Mubarak ni... Baru ler aktif sikit blog akakk ni... kan kan... Jom layan menu dan resipi utk u ols.. mana tahu bleh bagi sumber inspirasi nak masak aper kan.... jom layan menu Day 1 Sally's Kitchen:
Day 1, Sally masak:
- Gulai Kensem Kepala Ikan Kerachi
- Kentang Goreng Pedas
- Kangkung + Carrot Goreng
- Onde-onde
- Kurma Milk Shake.
So, hari ni Sally kongsi resipi campak2 from Sally's Kitchen:
Gulai Kensem Kepala Ikan Kerachi
U guys blend:
bawang putih 2 ulas,
bwg merah 5 ulas,
bwg besar setgh biji,
lengkuas 1 inci
kunyit sikit
cili padi ikut kepedasan
belacan
bleh jer semua... masukkan dlm air mendidih. air tu kira byk mana kuah yg u ols nak ler.
pastu masuk ikan.
biar mendidih jer, masukkan sedikit asam keping dan kangkung.
Ada daun kunyit lagi sedap. bau wangi.
garam dan serbuk perasa.
dah siap
Kurma Milk Shake
Fresh milk + susu pekat manis + susu cair ideal + kurma + ice --> blend... Its yummy.
Segar jer badan...
Kentang Goreng Pedas ( versi kering rangup)
Bahan-Bahan:
3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Camana nak masak:
Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.

ok guys... akk mmg main masak campak2... simple jer... u guys campak pun gerenti jadi.
selamat mencuba...
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment