Adelina adalah sinar hidup kami... Cahaya kebahagian rumah tangga kami setelah 2 tahun sabar menanti untuk menimang cahaya mata. Kehadiran Adelina adalah segala-galanya. Segala kemewahan diberikan mengikut kemampuan kami dan Sally rasa dia mendpaat segala-galanya. Makan, pakai sentiasa dibuat oleh bibik... permainan ikut kehendak diri.. apa yang dia buat semuanya betul.. pantang menangi sikit kami sogok dengan mainan.. Ipad diberi seawal umur 1 tahun... tak cukup dgn ipad... kemana-mana pergi kami bagi portable DVD. Dalam kereta.. masa makan di restuarant... dgn alasan.. Adelina akan behave dan asyik dgn DVD yang dihidangkan tanpa mengganggu kami...
Sally mmg banyak baca bahana ipad dan DVD... but i think its ok.. Adelina tahu banyak benda... DVD pun.. kami bagi DVD learning... little Einstein... barney.. and all of it rasanya bg byk pendedahan kpd Adelina.. and at last,... my doter reluctant utk cakap Melayu... Mmg minah salleh celup... Cakap Melayu pun tak faham.. kalua tahu pun pelat... huhuu....
Bila dari kecil sentiasa dimenangkan.. diberi apa yang dimahu... Adelina menjadi seorng yang sentiasa ingin menang. Dan hayal dalam dunianya sendiri. Hidup dalam alam fantasi... bercakap pun ikut lenggok TV... dan Sally dah rasakan ada sesuatu dengan anak ini...
Kesibukan Sally dgn dunia Sally sendiri... huhu... pagi di opis.. malam balik dgn bisnes.. berbicara sekejap2 shj dengan anak-anak... membuatkan Sally lalai ttg perkembangan Adelina... Bila bagi buku kerja... especially maths.. dia bleh buat dgn baik.. huruf pun kenal semua... Sally rasakan OK jer anak ku ini... Tapi disebaliknya Sally tak perasan anda sesuatu dengan Adelina... pernah beberapa kali terlintas di hati... normalkah anak ini? Kalau mengamuk tidak makan dipujuk... kalau nakkan sesuatu.. amukan dia macam nak dicabut nyawa... tak kira depan prang ramai atau di mana sahaja... kadang2 ia begitu menguji kesabaran ini.. Slalu terlintas dihati.. kenapa anak aku tidak sebagus anak yang lain... behave mendengar cakap... huhu... macam mana nak dengar cakap.. kalau ibu pun tak bercakap sangat dengan anak... Sangat menyesal okay.... Sally harap ia belum terlambat lagi buat Adelina dan ARissa.
Awal persekolahan, Adelina di masukkan darjah 1. Hari pertama persekolahan, kami dah dapat detect aanak kami mmg pelik. Cikgu pun perasasan. Ada seorang cikgu.. Cikgu Salina menyarankan kami membawa Adelina untuk membuat check up... Cikgu Salina punya anak Dyslexia dan katanya Adelina mempunyai symptom yang sama dengan anaknya. Kami tak berlengah lagi... Kami daptkan date untuk appmnt dgn doktor pakar secpt mungkin... Dan kami tahu.. ia mmg agak terlambat buat kami... huhuuu
Adelina... my daughter... my lovely princess disahkan mild autism pada Rabu (21 Jan 2015) minggu lepas. Kami bawa jumpa Doctor Ranjini di HKL. Adelina diberikan beberapa kertas soalan macam exam dan beberapa tools serta observation dibuat dalam masa 3 jam gitu.. then doctor sahkan dia mild autism. Hati ibu ini sangat sedih dan Sally binggung tak tahu nak buat aper.
Adelina bersekolah di Smart Reader Kids sejak berumur 4 tahun. Education OK Sally rasa bila dia boleh mengira dengan baik... maths ok.. english ok.. cuma BM jer yang kurang. Dia lebih cenderung berbahasa Inggeris. Kami tak merasakan aper2 yang pelik dan luar biasa sepanjang dia di SRK.. sebab semua kerja sekolah dia boleh buat cuma dia cepat bosan, sukar focus tapi jawapan yg diberikan kepada soalan semua tepat. dia mmg kena guide buat homework klu tak mmg tak siap..
Adelina anak pertama kami. So, Sally tak tahu sejauh mana tahap sosial and communication bagi budak umur 7 tahun. Sally ingat Adelina mmg terover manja, dan mmg dia slalu di rumah, bercakap pun dgn maid jer... dan kadang2 jumpa cousin. Kawan2 pun hanya yang disekolah shj. Bila masuk darjah 1, Sally dapati dia jauh berbeza dengan rakan sebaya. Budak lain dah boleh bercakap petah macam orang tua.. ikut rules.. diam waktu assembly... tapi Adelina.. hanya mampu duduk diam sekejap sahaja.. dia bangun dan merayau2 serta over excited ditempat baru.. bermain sorang2 di taman dan ada satu ketika semua murid darjah 1 beratur di hadapan stage, dia dgn slambernyer naik ke stage dan buat performance frozen tanpa segan silu. Semua cikgu rasa pelik... dan ada cikgu yang bertanyakan beberapa soalan.. dia jawab dgn slamber sambil melompat. Cikgu akui yang dia bijak tapi kurang focus. Cikgu yang suggested kami jumpa pakar. Kami tak berlengah lagi untuk buat apmnt dgn Doktor Ranjini. Mmg kami sogok dia dengan ipad, portable dvd, tv.. all the time. Mmg Sally akui itu mmg salah kami... dan kesan2 gadget yang disebarkan di internet dapat kami lihat depan mata kami sendiri sekarang ini.
Dalam banyak2 symptom autism, Sally rasakan Adelina menepati 1/3 daripada ciri2 tersebut. Doktor sarankan Sally hantar ke sekolah khas. Tapi hati ini berat untuk terus menempatkan dia di sekolah biasa dan pengisian aktiviti lain selepas waktu sekolah. Sally bingung tak tahu nak buat aper. Saya rasa dia OK.. cuma kurang kasih sayang.. perhatian.. dan kurang bergaul. Tapi risau juga if dibiarkan keadaannya makin teruk..
Antara symptom yang dia ada:
- kuat berkhayal - berada di dalam dunianya
- suka bersendiri
- sukar untuk bersosial dgn kwn2. Peramah tapi tak boleh bercakap lama dengan kawan.
- reluctant utk berbahasa melayu
-sentiasa cakap berlawanan. Kita cakap YES, dia cakap NO. Kita cakap TOMORROW dia cakap TODAY.
- Cepat boring
- banyak cakap dan berimiginasi
- berjalan tanpa arah
- sensitif dan manja
- suka menari dan menyanyi.
cam symptom lain seperti: gigit diri sendiri, suka panjat, suka pusing2 barang, hantuk kepala, mencederakan kawan, tiru perckpan orang, buat bunyi aneh.. main2 dgn jari.. tu semua tak der.
Sally sangat berharap... masa yang Sally ada untuk diluangkan bersama Adelina... dan Arissa juga akan mengubah Adelina menjadi lebih baik. Mama akan buat apa sahaja untuk mu anakku... Mama mmg salah sebelum ini dan mama janji.. kita akan lebih banyak luangkan masa bersama...
Pada anda semua... luangkanlah masa dengan anak2.. Jadikan cerita diri ini satu iktibar. Jika anda sibuk... dan anak anda ok.. anda mmg bernasib baik.. tapi jika terjadi perkara sebegini... mmg sedih tak tertanggung..
Doakan my Adelina pulih seperti kanak2 lain...
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
be strong sis. she is great in academic. also pretty girl i see. :)