Kelahiran ELiSS

Alhamdulillah...

Syukur pada Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sudah lama saya bercita-cita untuk mempunyai rangkaian produk kecantikan sendiri. Setelah melalui pelbagai rintangan dan dugaan.. Akhirnya pada 21 November 2014, produk pertama keluaran Eliss dipasarkan. Eliss merupakan jenama yang saya dan suami persetujui. Ia merupakan gabungan nama kami dan anak-anak. Nama yang ringkas dan bersesuaian dengan produk kesihatan dan kecantikan ini dilihat dari sudut komersil boleh pergi jauh dan sesuai untuk pasaran tempatan, dalam dan juga luar negeri.. InshaAllah.. 
Jenama Eliss didaftarkan dan mendapat TradeMark pada 9 September 2014.

Pada peringkat permulaan, Eliss mempunyai 3 produk utama iaitu:
1. Eliss Natural Tropical Collagen 
2. Eliss Natural Long Lasting Lipstick
3. Eliss Natural Advanced Face Serum
Rangkaian produk Eliss berasaskan bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia yang terlarang dan boleh memudaratkan. Semua produk merupakan kajian saintis tempatan dan mendapat kelulusan KKM. Saya sangat menitir beratkan kualiti dan bahan semulajadi untuk semua wanita tampil lebih jelita. 
Berasaskan kesediaan yang simple dan natural, saya mengeluarkan produk yang memudahkan semua wanita. Ia adalah kehendak saya sendiri yang tidak berapa gemar untuk bersolek. Saya mahukan sesuatu yang natural, yang boleh menjaga kecantikan diri.. dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Produk yang mudah dan berkesan adalah impian setiap wanita. Tampil jelita dengan tidak perlu ber'makeup' tebal dan menghabiskan masa berjam-jam di depan cermin untuk kelihatan cantik.
Kenapa saya keluarkan Eliss Natural Tropical Collagen?
 
Eliss Natural Tropical Collagen merupakan Collagen yang dapat memutihkan seluruh badan, melembapkan kulit, menganjalkan kulit dan anti penuaan. Terlalu banyak produk collagen di pasaran. Tetapi kebanyakannya indah khabar dari rupa. Eliss Natural Tropical Collagen diuji khas.. dan saya sendiri merasainya. Sebanyak 5 kali saringan, barulah saya berpuas hati. Saya tidak suka sesuatu yang remeh untuk kelihatan cantik. Saya tidak suka membuang masa membancuh.. dan ke sana ke mari dengan shaker.. Oleh sebab itu Eliss Natural Tropical Collagen dicipta dalam bentuk serbuk di mana anda hanya perlu koyak sacet dan tuang ke dalam mulut. Kemudian minum air masak. Rasanya adalah kombinasi buah-buahan tropika. 
Kenapa saya memilih buah-buahan tropika? 
Kerana saya yakin.... Allah telah jadikan sesuatu itu bersebab. Buah-buahan Tropika yang ada di Malaysia adalah sudah cukup menjadi kunci kecantikan wanita Asia. Tidak perlu mendapatkan Strawberry, Orange dan sebagainya.. kerana kandungan vitamin dalam buah-buahan tempatan adalah lebih tinggi dan ia sangat sesuai untuk kulit wanita Asia. Rahsia kecantikan kita ada di bumi kita. Rahsia bumi hanya Allah sahaja yang tahu. Manusia menerokainya. Rahsia dibongkar satu per satu. Ramuan tradisi.. local.. yang ada di negara kita, kenapa perlu pilih ramuan negara luar?

Tropical Collagen sangat sesuai dan mujarab untuk kulit wanita Asia. Tidak perlu mencari sumber negara Barat. Kerana rahsia kecantikan kita ada di sini.

Kelahiran Eliss Natural Advanced Face Serum.
Wajah adalah bahagian yang paling utama dan diberi perhatian yang lebih oleh setiap insan. Untuk menampakkan wajah sentiasa segar, berseri dan menyahkan garis-garis usia, lahir lah Eliss Natural Advanced Face Serum. Serum ini dikeluarkan untuk kulit wajah yang kering, kusam, jerawat, parut jerawat dan juga jeragat. Kajian khas dijalankan untuk penghasilan serum yang berprestij ini dan saringan juga dibuat oleh saintis tempatan. Kajian dibuat oleh pihak Sirim dan serum ini sangat selamat untuk digunakan.

Wajah yang cerah dan berseri adalah impian setiap wanita. Bagi saya yang tidak suka ber'makeup' ni.. cukup sekadar berSerum selepas mencuci muka setiap pagi dan malam untuk tampil berseri sepanjang hari. Ianya mudah, menjimatkan masa dan yang paling penting efektif.

Serum ini sesuai digunakan di semua peringkat umur seawal umur bayi. Ia bukan sahaja untuk wajah, ia boleh juga digunakan di bahagian anggota badan yang lain yang mengalami masalah kulit yang kering, gatal, ruam, ekzema dan sebagainya. Kandungan utamanya ialah rumpai laut dan juga timun mampu melembapkan kulit dan merawat kulit dari dalam. Texture serum yang ringan dapat meresap ke dalam kulit dengan cepat dan yang penting ia amat selesa digunakan dan tidak berminyak.


Eliss Natural Long Lasting Lipstick

Bagi seorang yang simple tetapi mementingkan penampilan, saya tidak mahu tampil pucat bila berhadapan dengan pelanggan dan tetamu. Oleh kerana bibir yang sensitif, saya telah mencipta satu formula yang menghasilkan lipstik yang natural, selamat, warna yang cantik, shining di bibir dan tahan lama. Hasil gabungan idea dan formula yang diberikan oleh saya dan saintis tempatan maka terhasillah Eliss Natural Long Lasting Lipstick. 

Saya dan ibu sentiasa bermasalah jika mahu memakai lipstik. Bibir kami cepat kering, menggelupas dan ada ketikanya kering melampau sampai berdarah. Jadi, kami amat berhati-hati memilih lipstik. Dengan peluang yang ada, saya tidak ketinggalan mencipta lipstik yang sesuai untuk masalah yang dihadapi oleh saya dan ibu.

Eliss Natural Long Lasting Lipstick kaya dengan vitamin dan diperkaya dengan Cocoa Butter. Seperti yang sedia maklum, Cocoa Butter adalah satu bahan yang boleh melembapkan kulit. Oleh itu ia merupakan bahan yang pastinya menjadi pilihan saya bagi menghasilkan lipstik yang sungguh ajaib ini. Tiada lagi masalah kulit bibir yang kering. Apa yang menakjubkan lagi, ia sungguh menyerlah bak memakai lips gloss tapi masih mengekalkan gaya natural seseorang. Warna yang mengikut darah seseorang ini sangat sesuai untuk semua wanita. Bahkan lelaki yang berbibir hitam dan kering juga boleh mengoleskan Eliss Natural Long Lasting Lipstick untuk rawatan bibir. Tapi oles dirumah jer.. kut nanti keluar rumah berlipstik ramai pulak wanita yang tergoda.. :)

Apa lagi yang dibongkar? Jika anda seorang yang suka berlipstik dengan warna-warna yang boombastik, terutamanya lipstik pensil.. kadang-kadang ada antaranya yang akan membuatkan kulit bibir mengering. Apa yang anda perlu buat? Hanya sapukan Eliss Natural Long Lasting Lipstick terlebih dahulu dan buatlah lapisan dengan lipstik yang berwarna lain di lapisan atas. Dengan cara ini, bibir anda kekal lembap terpelihara dan yang pasti warna akan kekal lebih lama. Jadikan Eliss Natural Long Lasting Lipstick alas bibir anda sebelum mengoles lipstik lain. Its Amazing... dan saya sangat berpuas hati dengannya. Cubalah..

Alhamdullah... Ketiga-tiga produk dihasilkan dengan kajian yang terperinci dan sudah pasti kawalan kualiti yang terjaga. Jika ada sebarang cadangan dan komen, saya sangat mengalu-alukan. Jika ada kekurangan khabarkan pada saya.. jika anda berpuas hati khabarkan pada teman-teman semua. Semoga anda semua berpuas hati dengan produk keluaran ELiSS kerana ia hasil ikhlas dari saya untuk anda semua..

Salam sayang dari Pengasas,

Pn Sally & En. Sabri.







U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops