Salam Maulidur Rasul 1434 / 2013

Salam Maulidur Rasul semua... Aper yg u ols hari ni?? Cuti kan.??? Bermalasan ler tuhhh... Sally semlm dah start kerja.. Hari pertama bekerja di tahun 2013.. hihii... So.. arini dah dpt cuti balik.. Tak der istilah malas di tahun baru ni.. cewaahh... tambah2 lagi di hari kelahiran Nadi Muhammad s.a.w..

Seawal 5 pagi lagi dah bangun.. terkejut dgn suhu badan Adelina yang semakin panas. Kejut dia bangun... makan ubat dan lap badan dia dgn air asam jawa.. terus anak mama tidur balik... Adelina demam sejak semalam... risau plak mama dibuat nyer.. hope get well soon my dear princess..

Lepas Adelina tidur.. xtvt mama mandi manda dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam... dan seterusnya mengadap laptop ler.. update bisnes dulu.. hehehee.. pagi2 lagi dah ada yg bersms tanyakan pasal SF dan wat appoinment utk COD hari ni. Ad agak yg nak dtg pick up kat umah... Alhamdulillah... rezeki Allah. Lupa lak hari ni cuti.. yer-yer jer semlm janji dgn customer nak pos arini lepas diaorg bank in... huhu... ya Ampun... luper lak pejabat pos cuti hari ni.. Sally pos esok key.. Kerja2 packing barang leh dilakukan malam ni.. So.. abic citer bisnes.. kita citer pasal Maulidurrasul lak.. sempena kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w.

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Bulan April.. bulan kelahiran my hubby jugak...:)

Seperti biasa setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Tahun 2013 ni, di Malaysia Maulidurrasul disambut dgn bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Mesti ramai yang nak tahu, apakah maksud wasatiyyah? Merujuk kepada kamus arab wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.

So.. u guys... dalam menghayati tema yang dipilih pada tahun ni.. kita hendaklah adil dalam melakukan segala keputusan baik untuk diri sendiri mahupun melibatkan orang lain... marilah kita bersederhana dalam apa jua yang dilakukan.... Sederhana dalam hidup tak bermaksud tak boleh bersungguh sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Kalau nak buat kerja, mesti lah bersungguh sungguh, jangan average jer tauuu... Islam menegaskan bahawa manusia ni perlu mengamalkan nilai sederhana dalam semua perkara...jom fikir jap dgn merenung mutiara kata kat bawah ni.. sejauh mana kita telah bersifat sederhana dalam hidup...
 
“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

Jom layan lagi bagi faham... yg ni Slaly copy paste dari websabah:
  •  Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin...
  • Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.
  • Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.
  • Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.
  • Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
  • Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
  • Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.
  • Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.
  • Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.
  • Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.
Credit to : Websabah

Selamat Menyambut Maulidur Rasul Dan selamat bercuti pada semua.... 



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops