Lagi-lagi flash back...
30th Nov 2012 (Jumaat)
Arini majlis aqiqah Arissa. Ramai jugak yang bertandang dan datang memeriahkan majlis.. Arissa mengenakan gaun cotton Enfant kaler putih.. cute betul anak mama.. huhuhuu… Sally plak tak bersiap pun.. x der mood plak.. kalau masa Adelina dulu siap berbaju kurung.. make up bagai.. kali ni lebih selesa berkain batik dan t-shirt ajer.. sedara mara datang pun terus ke bilik untuk melihat Arissa… huhuu..
Ma Tok macam biasa… kata nak wat kecil-kecilan.. tapi siap berkhemah bagai ler jugak.. bukan setakat gulai kambing… gulai lembu.. ikan keli goreng.. cendol.. nenas bersambal.. mm.. macam2.. mouth watering dibuat nyer..
So, oleh kerana semua org makan daging.. Sally gak dijamu daging bakar arini.. mmm.. sedap… asyik makan ikan haruan, ikan gelama.. ikan selar jer.. arini dapat daging bakar.. nikmat betul rasanya…
Kad jemputan Aqiqah Arissa:
Anak mama di hari Aqiqah:
1st Dec 2012 (Sabtu)
Alhamdulillah… berkat susu ibu dan usaha gigih Sally menjaga setiap jam masa menyusu Arissa.. akhirnya jaundice dah berkurangan ke 11.3.. Doktor cakap dah bleh monitor sendiri dan tak payah pergi klinik untuk ujian darah lagi… bersyukur sgt… So.. bg kengkawan yang baby nyer mengidap jaundice.. just bg susu ibu jer setiap 1 jam.. petua2 lain tu hanya sampingan sahaja.. dan elakkan memberi susu formula masa dalam tempoh monitor jaundice tu..
Anak mama di hari ke 8:
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment