CINTA Kau dan Aku - Siti Rosmizah

hmm... actually semalam lagi dah abis baca novel ni... tapi arini baru sempat nak wat review.. saper kata dlm pantang byk masa.. sibuk jugak... cepat jer siang.. cepat jer malam.. ada ajer benda yang nak dibuat.. huhu...

So, petang ni Sally wat review seperti yang dijanjikan... yang pastinya karya Siti Rosmizah tak pernah menghampakan... cam biasa.. sebelum kasi review.. meh kita baca sket sinopsis nyer kat kulit buku yang lain dari novel2 lain.. biasanya sinopsis as rumusan jalan cerita.. tapi kali ni Siti Rosmizah mangambil petikan beberapa perenggan daripada novel ini sendiri.. meh layan..

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Apa kata Sally:
Novel yang mempunyai 684 mukasurat ni mampu membuat Sally tersenyum dan menangis sendiri.. Kata mama tak elok baca buku emotional nangis2 dalam pantang ni.. Tapi nak wat camana... bila dah baca tu tak boleh stop.. dan Siti Rosmizah mampu membawa pembaca ke alam novel di mana terasa diri ni part of the story... mmg terbaikkkk...

Bacaan pada separuh pertama isi cerita... kita hanya akan tersenyum dengan keletah Farisya (watak utama dlm novel ni) yang digambarkan sebagai perempuan tomboy yang berambut panjang.. cute dan comel.. mempunyai lesung pipit di pipi... putih gebu kulitnya.. yang mampu menggoyangkan hati semua pemuda termasuk Farish Hakimi CEO FF Holdings...

Bermula dgn menjadi driver kepada CEO company besar itu.. akhirnya mereka berkahwin dan segala dugaan dan pahit maung kehidupan berumah tangga di lalui setelah bergelar isteri.. dengan kehadiran Farah dan juga Suraya yang tidak boleh menerima hakikat yang Farisya merupakan isteri kepada Farish Hakimi..

Tak nak buat banyak sangat kupasan.. u ols bleh baca sendiri... nnt tak besh plak... tapi mmg tak nyesal ler baca... meleleh air mata.. air hidung baca babe... 

So.. sebagai kesimpulannya.. Sally bg 8 out of 10 stars... Tahniah Siti Rosmizah.. Review Sally:
  • Sally suka semangat setia kawan Farisya, Milah dan Zack Kapcai.... Paling suka Zack Kapcai.. slamber.. bendul.. setia.. suka tolong kawan...
  • Cikgu Zul yg mmg baik tu... mula2 tak brapa setuju Farisya nak bersama dia.. coz hati Sally tetap Farisya dan Farish Hakimi.. tapi bila dah tahu akan keikhlasan CIkgu Zul tu.. mmm.. ada ker lelaki macam tu kat dunia ni??? bahagia betul...
  • Sally tak suka betul dgn perangai Farish Hakimi yang membabi buta tu.. ambik tindakan tak fikir panjang.. mulut lak cam celupar jer... mmg tak patut dapat peluang ke 2 pun... dah mengata macam2... pelempang.. tolak dan sebagai nyer.. klu Sally ler dpt laki macam tu... huhhh.. jgn harap nak baik balik.. naisb baik Mr Hubby jentik pun tidak.. hehehhee... Tapi SIti Rosmizah pandai membuat garapan cerita smpi kita naik benci kat Farish dan geram giler scene malam yg dia penampar Farisya dan masa dia tolak tu.. Scene tu mmg rembesan air mata ni tak boleh nak berenti... sedih sgt... macam Sally plak duk kat tempat Farisya...
  • Suka gak bila Farisya u pernah jadi model dan terlibat dgn dunia modelling lepas penceraian tu..
  • u ols jgn pikir sgt pasal logic cerita.. layan kan jer.. coz mcm ada gak ler part tak logic kan.. mula2 lagi pun agak tak logic company besar ambik pompuan jadi driver.. umur 20 tahun lak tu... klu nak kira walau lelaki 20 tahun skali pun.. xder company yg nak ambik jadi driver... huhuuu.. tapi bleh ler nak wat jalan citer kan...
  • Pastu... dalam citer ni byk lak bab-bab hujan dan guruh... huhuuu...
  • Lagi part Mak Timah.. dialog yg sama diulang.. Mak Timah kau ke Mak Timah aku... merujuk kepada perbualan Farisya dan Milah coa dua2 tu mak nama sama.. huhuuuu
  • Part paling best.. bila 1st time Farisya jumpa family farish yg dtg dr UK.. jumpa atuk dan nenek.. mm.. best jer part tu.. aku menggambarkan yg si farisya tu simple tapi cantik giler masa tu... hmm.. so sweet...
  • Bab yg gabra sket bila Farisya ingat si Farish tu yg kena langgar lori.. huhuu.. berkesan...
So.. u ols nak tahu dan nak feel sama macam aku.. baca ler sendiri erk.. tapi mmg berbaloi baca... besh.. behshhhh...

 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops