Klate menang Piala Malaysia...

Huhuhu.. blog siapakah ini??? Sallykah yang mengarang ayat2 cinta bola ini??? Hahaha... Jah.. ko jangan gelak... klu ptg semalam blogging pasal tak berapa fanatik.. tapi nampak gayanya... malam tadi..bersengkang mata sambil menghupdate status2 di FB pasal Bola.. pasal TRW.. hahahaaa.... seru tu dtg tetiba...

Wpun x berapa meriah kat umah ni... Tgk dgn hubby dan Adelina... yg mana Adelina setiap masa duk Gol...Gol... wpun tak gol lagi... huhuu... Hubby lak.. ala-ala sokong ATM gitu.. sokong dlm diam ler tu.. tiap kali ATM gol.. nmpk bersemangat bersorak... layan jer laa... Sally lak.. darah Kelantan tu ttp mengalir babe... Takkan nak sokong ATM kut... kekekee...

Pemerhatian Sally kat TV.. mak aiii... memeng Merah ler mak ngah stadium Shah Alam malam tadi.. huhuu.. klu negeri lain yang menang.. sambutan cam tu jugak ker?? huhuhu...


Kalau biasanya, x berapa nak layan bola.. tapi malam tadi.. permainan kedua belah pihak mampu membuatkan Sally terpaku di rocking chair sambil mengunyah pear dan plum.. sambil menghupdate FB.. sambil mata melilau melihat kelibat pemain kedua belah pihak... Sungguh tragis gitu...

pada separuh masa pertama, awal2 permainan.. agak memboringkan... Tapi bila Kelantan berjaya menguasai permainan dengan 1 gol jaringan sulung oleh Mat Yo.. (yang mana mlm tadi baru aku kenal si Mat Yo ni..) hahahaa.... mmg dah naik syeikh sket.. semangat...semangat...

Pastu.. yang tak tahan nyer.. bila ATM menyumbat gol pertama... x sempat nak update status kat FB.. dah gol ke2 Kelantan disorak penyokong TRW yang di'score' oleh Mat Yo again... hahahaa.. mmg lawak time ni... Tapi bila ATM berjaya menyamakan mata gol... debaran penyokong Kelantan makin menjadi.. everybody keep quiet.. x berani nak komen aper dah... Tak der lagi kata2 sindirin.. senyum2 kambing... segalanya mungkin... berbagai drama boleh ditonton.. ntah betul entah tidak.. ramai dilayang kad kuning.. ada yang cedera.. buat2 cedera... marah ref yg kononya bias.. wisel yg ditunggu tak dibunyikan... gol tidak sah (offside) pemain ATM mampu membuatkan jantung penyokong Kelantan berhenti sesaat.. huhuu...

Akhirnya, gol ke 3 yang dijaringkan Indra Putra, mampu meraih kembali semangat penyokong TRW... gelak besar mula berkumandang... kini TRW mampu tersenyum sampi ke telinga... Perlawanan seolah-olah dilengah-lengahkan.. tapi tak siapa berani membuat kesimpulan kerana miracle mungkin berlaku... dan akhirnyaaa.... Kemenangan menjadi milik Kelantan... Sally tersenyum puas.. Puas kerana menonton bola malam ni.. Yang tak minat jadi bersemangat tetiba... Syabas Kelantan... Atas ganjaran semangat rakyat Kelantan, mereka diberi cuti peristiwa khas sehari berikutan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini. Bukan aper.. sikap prihatin pemerintah negeri.. tak mo mereka rushing balik malam tu juga.. kut perkara tak diingin berlaku.. Alhamdulillah... 

Dipetik dari berita sukan:

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pemberian cuti itu diputuskan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Dengan pengumuman awal ini, diharapkan rakyat Kelantan dapat merancang cuti itu dengan baik dan tidak tergopoh-gapah untuk pulang segera kerana yang penting ialah soal keselamatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Fattah berkata, pengumuman cuti itu juga sebagai satu penghargaan buat rakyat Kelantan dan untuk membolehkan mereka hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan akhir itu dengan penuh semangat kesukanan.

Lagi petikan dari Utusan:

SHAH ALAM - Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.

Indra Putra Mahayuddin layak dijulang selaku wira The Red Warriors apabila jaringannya pada masa tambahan pada minit ke-96 hasil serangan pantas, menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia edisi kali ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.

Jaringan kemenangan daripada Indra itu seolah-olah mengesahkan kata-kata pengendali Kelantan, Bojan Hodak pada sidang media pengurus pasukan kelmarin, yang mengatakan ATM tidak dapat bertahan sehingga penghujung perlawanan kerana terdiri daripada ramai pemain berumur.

Berpunca daripada gerakan pantas Shakir Shaari dan Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya yang tidak dapat dibendung pemain ATM, Indra pantas mencari ruang kosong sebelum melepaskan rembatan menarik ke arah sebelah kanan pintu gol.

Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dua kali meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-44 dan 50, namun dapat disamakan sebanyak dua kali oleh ATM melalui Rezal Zambery Yahya pada minit ke-49 dan Marlon Alex James pada minit ke-62.

Kekalahan ATM bermakna tiada lagi magis Hairuddin Omar dalam penampilan final kelima Piala Malaysia apabila buat pertama kali pemain berusia 33 tahun itu gagal membawa pulang trofi keagungan bola sepak negara bersama pasukan yang diwakilinya selepas melakukannya empat kali sebelum ini bersama Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121021/su_01/Kelantan-cipta-sejarah#ixzz29tdgvJOZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
 




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops