Harga rokok naik 20 sen

No... No... No... Katakan TIDAK pada Rokok... Huhuhu... bleh pakai ke ayat ni??? Pagi tadi dengar kat hotfm... mulai esok harga rokok naik 20 sen.

Meh kita baca sket berita pasal kenaikan rokok ni:
BAT: Harga rokok naik mulai esok

21 Oktober 2012

KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai
Isnin, 22 Oktober 2012.
   
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-
   
    Rangkaian DUNHILL                            RM10.20
    Rangkaian KENT                                 RM10.20
    Rangkaian PETER STUYVESANT            RM8.70
    Rangkaian PALL MALL                         RM8.70
    PALL MALL Biasa                                RM10.60
    BENSON & HEDGES                            RM10.20
    LUCKY STRIKE PLAIN                          RM10.60
    ROTHMANS INTERNATIONAL                RM10.60
   
BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau  tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama

Ada kesan ker??? huhuu... setakat naik 20sen tu... xder beza sgt ler kat perokok ni... Klu dah nak merokok tu... merokok jugak...

So.. kesimpulannya... naik ler nak naik RM2 pun sekotak... ada aku kesah Jah... Rokok nak naik takper.. Jgn harga telur naik ker.. harga gula naik ker... harga minyak naik  ker... tak gitu???




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops