Puding Roti Mables Berkismis Da bomb Ke Babooommm

Dah seminggu buat... ada yg bertanya... Akakkk mmg niat nakpost kat blog pun.. tp xder kesempatan lagi.. dats y, masa akak buat tu, akak snap2 gmbr setiap step... hehehe... Duk melepak kat starbucks ni.. sambil tgu Adelina memain kat kizsport.. so.. akak post ler resipi Puding Roti ni kat sini...

Resipi puding roti akakk pun ada org tanya tau... nmpk menarik sgt ke?? hahahaa.. mula ler nak riak tu... kekekekee...

So, oleh kerana ada org ckp nmpk cam sodap dan da bombb gitu.. wpun org ittew tidak mencuba nyer lagi... tapi mmg sodap tau... akak namakan puding roti akak itu.. Puding Roti Mables Berkismis Da bomb Ke Babooommm... hahahaa.. ok tak nama ni???

Yang pastinya.. bila dah makan tu mmg sodap.. smpi niat dihati nak snap gmbr masa hidang tu.. dgn vanila sos dan ice cream.. tapi dah abis baru teringat... huhuu.. next time ler yer...

Puding Roti ni jugak merupakan masakan pertama akakkk merasmikan oven baru rumah baru... so.. jom layan resipi dan gmbr nyer skali...

Bahan - bahan :-
8 keping roti
100 gm kismis @ kurma- ikut suka nak letak berapa banyak..
100 gm gula kastor
500 ml susu segar
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm mentega
Secubit serbuk kulit kayu manis- ikut suka

Cara Membuatnya :-
  1. Memula u ols sapu ler acuan dgn planta sket supaya tak melekat senang nak potong bila msk nnt....
  2. Pastu sapu roti dengan butter plak.. kedua-dua belah ok... yg bawah tu.. sekeping2 kasi padat tapak dia... yg atas tu u ols carik-carikkan... Akak tak suka buang tepi roti tu.. coz lebih suka ada keras2 sket.. rangup2 sket bila dah bakar... Akak guna roti Massimo.. takpun klu nak lg best Gardenia butterscotch.
  3. Tabur kismis setiap lapisan supaya terasa ler kismis kat tgh2...
  4. Then, mak jemah bleh satukan susu segar, telur , gula , esen vanilla dan serbuk kulit kayu manis.
  5. Pukul hingga sebati dan tuangkan ke atas roti.
  6. Perapkan selama 20 minit sehingga roti lembut dan bakar selama 35 minit dlm oven pada suhu 160C.

  7. Apabila masak, enak dimakan bersama sos vanilla atau vanilla ice- cream.

Resepi Vanilla Sos.

Bahan- bahan :-
500 ml susu segar
1/4 sudu kecil esen vanilla
80 gm gula kastor
20 gm tepung kastard - dilarutkan dengan sedikit air

Cara membuatnya :-
  1. Masukkan semua bahan - bahan kecuali tepung kastard.
  2. Masak sehingga mendidih, apabila mendidih  masukkan kastard yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Kacau hingga sebati dan tutup api.Jika sos pekat boleh ditambah sedikit susu segar. 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops