Huhuhuuu... lama benor gap nak samb citer HCM kan? Bukan aper, sibuk plak Sally lately ni. Dah nak dekat saat-saat pindah rumah ni, masa utk blogging terpaksa dikorbankan.. So, pagi ni rindu plak nak berblog. So, kita samb citer HCM.
Masih di hari ke 2. Selepas jer balik dr Chuchi Tunnel tu, we ols terus ler ke Restaurant Halal Baba's Kitchen. Indian Food gitu. Tak berapa best sgt kat sini. So, oleh kerana lapor sgt berjalan lama kat Chuchi Tunnel tadi, we ols melantak jer. Tapi 1 boleh dipuji, diaorg punya nan sodap.. yang lain tu.. so..so... jer la.. Sepatutnya we ols akan makan 2 kali kat sini, oleh kerana x berapa suka dgn masakannya, we ols request nak ke Seri Penang lagi... ohhh.. gitu....
|
Di hadapan Baba's Kitchen |
Lepas dah kenyang, we ols dibawa ke Binhtay Market. Keadaan di Binhtay Market ni ala-ala pasar Siti Khadijah gitu ler.. Banyak gak jual kain pasang, baju2 budak, bag, kasut,.. macam2 ler.. tapi x berapa ada kelas kat sini.. huhuuu... Sally tak beli aper2 pun kat sini. Klu kat area kain pasang tu, jadi pening kepala coz, lalu jer kena tarik tangan dgn diaorg. Penjual pun tak berapa peramah kat sini. Org tak nak beli, nak marah2 orang plak. Bg peminat kain cotton, bleh gak beli kat sini. Harga dm RM45 ler untuk sepsg baju. Sama jer harga dgn kat Ben Than Market. Pilihan tak banyak sgt Sally rasa kat sini. Baju budak pulak, ala-ala buatan tempatan gitu. Cam beli kat Thailand jer... begitu jugak dgn kasut dan bag. SO, Sally tak berapa berminat sgt. Tapi, bg yg nak prepare bday party anak, klu nak beli bag princess byk atau bag cartoon character lain as goodies masa bday party, bleh beli kat sini. Murah. Tapi kena beli byk ler. Mmm.. kalau lah Sally larat nak bawak brg byk, Sally dah beli prepare utk bday Adelina.
|
Pandangan hadapan Binhtay Market |
Lepas tu, we ols dibawa ke Phuong Nam. Kat sini, kita dpt tgk mcm mana diaorg buat hiasan dinding tu yg ala-ala lukisan berkilat gitu. Mmg cantik. Sally berangan nak beli, tapi amatlah berat untuk dibawa balik. Sally syorkan juangan beli kat sini. Tgk jer proses pembuatannya coz harga kat sini mmg mahal giler. Beli jer kat Pasar Ben Than. Jgn beli kat pasar malam jugak coz diaorg just balut dgn kertas surat khabar jer. Compare harga boleh. kalau beli kat Pasar Ben Than, diaorg bleh letak dlm kotak siap2, senang untuk dibimbit naik flight. Kayu ni mmg berat sgt untuk dibawa. Yuh beli satu kat Pasar Ben Than. Sally tak beli pun coz memandang takder kudrat untuk membawanya. Mmg murah giler. 3 papan sepasang lukisan yang bersambung dlm RM70 jer. HUhuuuu.... nyesal jugak tak beli.
|
Penerangan ttg proses pembuatannya. |
|
Setiap lapisan kulit tiram diambil dan ditampal diatas lukisan.
Sungguh merumitkan. |
|
Yg ni plak dia guna kulit telur. |
|
Proses dr satu stage ke satu stage. |
|
Selepas dilekatkan di atas board, kena gosok lak.. |
|
Lepas gosok2, kena cuci dgn air.. huhuuu |
|
Painting part |
|
Antara hasil yang dah siap |
|
Sally berkenan dgn dulang tu, tapi mahal sgt ler kat sini.. |
Next, we ols dibawa ke Saigon Square. Kat sini tak smpt nak ambik gmbr coz busy shopping baju Adelina. Kat sini ader ler yg berkualiti sikit. Cantik2 gak baju budak. Sally tak usha lain selain menyopping baju untuk anakanda. So, tak tahu ler nak bg review kat barang2 lain tu. Tapi yang pastinya kat sini tak bleh bargain byk2. Ada gak kedai yang fixed price. So, bleh bargain sket2 jer. Ingat tau.. nnt tak pasal2 kena marah. Baju2 Adelina dalam 200K - 400K Dong ler.. Boleh ler..
Then, we ols dibawa ke butik baju kurung. lupa lak nama dia aper. Banyak baju yang dah siap kat sini. Harga semua dia akan ckp dlm USD. Kat sini leh guna credit card. Kena bukak kasut nak masuk kedai ni. Lepas dah tgk2 baju, Sally keluar ke kedai sebelah. Kat kedai tu, ada set table plate yg Sally berkenan. Dia dlm kotak cantik sgt. Harga yang dia letak RM170 dah tak bleh kurang dah. Mintak RM150 pun tak bagi. Tapi hati dah melekat dah.. Takperlah try cari kat Ben Than Mkt nnt. Tetiba masa kat dlm kedai ni, hujan ler plak. So, mintak Sam belikan baju hujan dgn harga RM1.50. Hehehhe... berbaju hujan ler we ols...
Lepas dah bershopping bagai, we ols dihantar ke hotel untuk bersiap keluar makan malam. Malam ni, we ols makan kat Restaurant SHamsuddin. Boleh tahan ler jugak tapi tak sesedap Seri Penang. Lepas balik dinner, we ols ke Pasar Malma lagi di sekitar Ben Than Market. Malam ni, Sally g tukar baju bibik yg dibeli malam 1st tu. Coz balik hotel rasa kecik plak. Nasib baik dpt tukar cuma corak jer berlainan coz xde saiz dgn corak yg sama. Malma ni Sally beli t-shirt hard rock local untuk diberi souvenir kepada sedara mara dan kengkawan. Sally dpt 70,000 dong untuk adult dan 60,000 dong untuk kids. Beli 10pcs dpt free 1 pc. Dah rasa mcm murah dah tu harga yg Sally dpt. Lepas dah memborong malam tu, we ols pun menapak balik ke hotel dengan kepenatan. Tidur dan rehat untuk perjalanan esok hari.
To be cont...
klik
sini untuk part 4
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment