Neelofa, Tasha Shilla and Anzalna..


Baru lepas tengok Melodi.. hohohoooo.... hangat bangattt... 3 gadis sunti berperang mulut... Sally tertarik untuk tahu kisah disebalik citer/gosip yang sedang hangat diperkatakan.. Bukanlah niat nak menyibuk.. nak mengata mana-mana pihak.. tapi 3 of them dah mmg public figure... kita as peminat ada hak nak wat kesimpulan dan berikan pendapat masing2... Sally akui mmg minat sgt Neelofa.. bukan ler pasal dari negeri yg sama tau.. tapi dia mmg cantik sgt.. kejayaan dia pun cam cepat giler.. naik cam roket dlm industri hiburan ni kan... Dan dia bertapak dengan bakat yang ada... Ada bakat.. ada rupa.. 

Siapa tak kenal Neelofa? Dari kecik, besar, tua dan muda.. semua kenal... Tapi si Tasha Shilla plak.. Sally kenal bila dia menang dlm Anugerah Berita Harian hari tu... dan Anzalna plak.. baru tgk muka kat Melodi tadi.. Hari tu mmg ada terbaca artikel yg dia bidas Neelofa tu... tapi tak plak tertengok muka dia kat paper tu... So, tadi baru tgk muka.. tgk gaya dia bercakap.. waduhhhh..... nak komen byk pun tak guna... Kita as peminat ni nampak kat luar jer la kan.. tak pernah plak kenal personally.. nak komen lebih pun tak tau.. Tapi berdasarkan cerita2 pelbagai pihak dlm Melodi tadi... Sally suka cara Tasha Shilla...bila wartawan tanya dia komen pasal Anzalna dan Neelofa.. dia tak nak masuk campur.. buat apa nak campur tangan.. Anzalna nak wat pendedahan pun bukan diaorg ada komplot apa.. kan..kan...Baik dia fokus kat karier dia.. Dia melenting pun sebab Neelofa yg sentuh dia dulu... komen pasal ketidakwajaran kemenangannya... wpun Sally minat Neelofa ada gak part yg tak berapa berkenan tu.. yerla kan.. dah rezeki org tu.. doakan yang terbaik jer laa.. jgn ler terang-terangan ckp tak patut dia menang.. ada yg lebih baik.. wpun kita as peminat pun rasa yg sama.. tapi dah rezeki dia.. maybe mata kita tak nmpk.. mata org lain nmpk bakat dia yang patut diberi penghargaan... Anzalna plak.. huhuuuhuu.. rasanya dia tak yah masuk in d picture... means isu utama between Neelofa and Tasha... u ols rasa macam mana? Kisah lama tu biar ler berlalu.. Allah ada... tak yah nak jadi nasi tambah.. kan..kan.. Kalau betul si Neelofa tu berperangai buruk... orang akan tahu jugak.. jgn smpi terkeluar dari mulut kita.. kan dah susah.. tak pasal2 kena saman.

Sally nak tgk kronologi kisah gosip hangat ini... Joms kita sama2 baca...

Neelofa mengeluarkan kenyataan di dalam sebuah majalah yang berbunyi
"Sebanyak 95 peratus kawan-kawan atau orang yang Lofa jumpa semua bertanya, siapa dia (Tasha)? Jadi, bila ada cerita yang mengatakan kononnya pemenang itu membeli suratkhabar untuk menang, Lofa pun tertanya-tanya. Pada Lofa, nak sangat menang, bagilah. Dia menang pun tak menjejaskan apa-apa. Katakanlah Najwa Latiff menang, itu logiklah kan? Ini sebaliknya. Tolonglah. Sebab itu Lofa cakap Lofa tak kisah kalah di tangan Najwa Latiff sebab dia memang popular. Bukan di tangan pelakon itu. Kalau labur berpuluh ribu semata-mata nak dapat award, bagi Lofa lupakanlah. Lebih baik Lofa gunakan duit it utuk bayar wang pendahuluan rumah atau benda lain. Tak berbaloi langsung."

Luahan hati Tasha Shilla selepas membaca kata-kata Neelofa:
"Bagi saya, semua calon Top 5, popular dan mereka berpeluang untuk menang. Hanya Lofa seorang sahaja yang dilihat seolah-olah mempertikaikan kemenangan saya, calo lain tak cakap apa-apa pun, malah ucap tahniah lagi. Dari situ saya dah nampak, Lofa seorang sahaja yang bermasalah. Mungkin sebelum ini Lofa memandang rendah terhadap saya.

Lofa nie depan saya lain, belakang lain. Selepas membaca kenyataannya, saya rasa Lofa seorang yang bermuka-muka. Bagi saya, dia ada perasaan busuk hati, sebab tu dia boleh mengeluarkan kenyataan berkenaan. Lofa sendiri yang menunjukkan dirinya tidak berpuas hati dengan saya menerusi kenyataannya sebelum ini. Orang yang membaca kenyataannya, boleh membuat penilaian mereka.

Melalui twitter, Lofa tulis “next year kita pun kena beli paper satu lori juga”. Bagi saya, sekiranya tahun depan dia tercalon sekali lagi dalam Top 5, beliau nak beli satu lori, terpulanglah. Itu usaha dia. Masing-masing ada peminat. Apa yang ditulisnya itu menunjukkan Lofa tak boleh terima kenyataan. Bagi saya, Lofa tak perlulah mengaibkan saya, cakap saya macam-macam.

Apabila saya ada kawan seperti Lofa, lebih baik saya menjauhkan diri daripadanya. Sepatutnya dalam industri, tak boleh ada perasaan busuk hati kerana kita perlu sokong kerjaya masing-masing.

Kalau kita tak menang, sewajarnya kita berusaha lebih gigih. Sekiranya nak bersaing, biarlah sihat, bukannya mengeluarkan kenyataan negatif untuk menjatuhkan pihak lain.

Bagi saya sebelum kita nak mengata perihal orang lain, cerminlah diri sendiri dulu. Kenyataan Lofa ibarat meludah ke langit, terkena mukanya sendiri."

Tetiba... ntah wahyu mana yg turun.. membuatkan Anzalna nak buka cerita plak menerusi BiPop. Anzalna membuka kisah Neelofa yang pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu. Anzalna berani membuat pendedahan ini selepas membaca cerita daripada Tasha Shilla. Menurut Anzalna, apa yang diceritakan adalah fakta dan bukannya fitnah. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir. Menurut Anzalna, pendedahan ini dilakukan untuk orang ramai mengetahui warna sebenar diri Neelofa.
"Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.

Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.


Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.

Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.

Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini."

Kredit foto dan info kepada OhBulan
Neelofa buat sidang media di One World Hotel untuk memberikan penjelasan dan menuntut 2 perkara daripada Anzalna. 2 perkara tu tak dinyatakan plak aper dia... Sidang media ini ialah susulan kenyataan Anzalna yang disifatkan oleh Neelofa sebagai fitnah 100% di dalam sisipan BiPop Ahad lalu.
"Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah. Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang. Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi. Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya."

Anzalna nak minta maaf.. mohon berbincang???
"Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman. Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali? Industri ini tidak besar mana pun. Saya tidak kisah untuk bersemuka dengan Lofa, memberi penjelasan dan meminta maaf untuk tidak memanjangkan cerita. Saya terima dengan hati terbuka untuk berbincang secara terbuka."

Petikan di atas dicedok daripada blog Abg Nara... tapi klu ikutkan pemerhatian Sally masa Melodi tadi, air muka Anzalna macam takut pun ada.. egois pun ada.. Benda dah jadi.. nak tarik pun x bleh dah... So.. hadap jer laa... Tak pasal2 kena pasang lawyer. Tahu plak nak bincang... Masa nak buka mulut hari tu.. nape tak call Neelofa jer.. ckp jer.. nape nak sakit hati dgn org yg menang... gaduh ler depan2.. tak tahan bila dgr Anzalna cakap.. "Don't talk back.." Macam sama jer.. dua2 belah pihak cakap belakang.. So aper beza nyer? Message tu untuk saper sebenarnya? mmm... ntah ler...

“Neelofa busuk hati,” kata Tasha Shilla. Neelofa pula menjawab, “Saya tak pernah nafi kemenangan Tasha.” – (BiPop, Berita Minggu 27 Mei 2012, m.s 14 & 15)

Apabila berlaku tuduhan dan dakwaan begini, maka Seniman selaku persatuan yang membela artis turut memberikan kata dua kepada mereka. Hentikan pergaduhan atau menerima hukuman disekat untuk berlakon.

Memang tegas bunyinya tu. Zed Zaidi selaku Presiden Seniman yang baru memberitahu mstar online, pihak Seniman tidak teragak-agak menghukum artis jika mereka didapati bersalah setelah satu Jawatankuasa ditubuhkan menyiasat apa punca pergaduhan mereka sebenar.

“Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’.

“Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.

“Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang,”

Kronologi cerita diceduk daripada Abg Nara, mstar online..

Untuk Neelofa: Bakat dah ada.. rupa dah ada.. so, jaga ler percakapan.. Sally rasa Lofa dah ada semua.. lebih berjaya daripada 2 kwn yang lain.. lebih cantik dr diaorg pun.. so, x yah nak komen lebih.. jaga tingkah laku dgn wartawan.. maybe ada masalah disiplin ke aper.. kita tak tahu.. tapi Sally doakan yang terbaik untuk Neelofa.

Untuk Tasha plak: Biar ler org nak ckp aper... kita pun dah menang... naik jer tangga kemenangan supaya kita setaraf dgn yang lain.. Org yg berkata tu x dpt aper.. tak lebih drp sakit hati dan juga sebenarnya menarik mereka setakuk ke belakang... Kita yang bijak ni.. terus melangkah ke hadapan..

Untuk Anzalna: Yang dah berlalu.. biar berlalu. Jernihkan mana yang keruh. Dgn gosip ni.. at least ramai org kenal dia.. tapi nak ke org kenal dgn cara ni? Biar ler org nak gigit saper pun.. wpun kita pernah digigit.. doa supaya taring yg ada akan tumpul dan dia sedar satu hari nanti.

Salam... dan ya ampunnnnnn....




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops