Malam tadi Sally rasa mmg lenguh2 badan coz ptg nyer ke Jusco untuk beli barang2 keperluan dapur... So, lepas makan malam semlm, Sally lending kat sofa jap tak sedar bila plak terlelap. Bibik kejutkan dan Sally masuk tidur kat bilik around kul 12mlm gitu. Hubby lum balik ada perjumpaan kawan2 plak.. Bior ler...
So, coz penat sgt gamak nyer.. Masuk bilik jer terus tido, tak pikir aper dah. Tetiba Sally dgr bunyi "nehhh... nehhh..." Sally terjaga coz rasa macam dekat jer bunyi tu. Sally yang tidur mengiring sebelah kiri malma tadi, tgk Adelina kat tepi.. Macam lena jer anak mama.. tak mungkin Adelina yang bunyi.. Tetiba dgr lagi.. "nehhh... nehhh.." Sally pusing kanan,.... Astagfirullahalazim... terkejut giler bila ada seekor kucing yang berbulu lebat warna brown campur hitam ada kat tepi bantal Sally... Dan dia berbunyi tepi telinga rupanya.. Mana ler Sally tak sedar.. Mmg terkejut beruk... ehhh.... terkejut kucing... Sally terus bingkas bangun dan duduk di hujung katil... Sally tengok dia... Dia tengok Sally.. then dia bunyi lagi.. yang Sally pelik nyer.. nape kucing tu tak bunyi meow..meow... lagak macam kucing bisu yang meneran suaranya keluar... lepas pandang Sally dan berbunyi lagi 2 kali.. dia terus turun dari katil dan keluar dari bilik yang pintu biliknyer terbuka sebesar 5cm jer.. Kucing tu meloloskan badan nyer melalui pintu yang terbuka sedikit itu.
Sally yang memang takut kucing mmg terkejut sangat.. Sally mengusap2 my tummy... minta Allah jauhkan segala yang tidak diinginkan. Sally teringat kisah seorg sedara di kampung yang dia terkejut tgk ular dibelakang rumah semasa pregnant dan anaknya lahir tidak sempurna.. lembik dan tidak boleh duduk langsung mahupun bercakap sampai sekarang ini.. Kesian CN. Tapi CN mmg seorang ibu yang tabah... Sally rasa Sally tak mungkin setabah itu jika ia berlaku pada Sally.. Nauzubillah... "Ya Allah kau jauhkanlah perkara2 seperti itu kerana aku tidak mampu menanggung dugaan seberat itu" Semoga Allah menjaga keselamatan kandunganku dan anakku lahir dgn sempurna... amin..
Berbalik kepada cerita kucing malam tadi, setelah dia keluar dari bilik, Sally terus bangun dan tutup pintu bilik. Ntah dari mana datang nyer..?? Macam mana dia boleh masuk dalam rumah...?? Tidak diketahui.. Sally tgk jam, hampir tiga pagi. Dari saat itu, mata ini mmg susah untuk dilelapkan... Puas Sally cuba.. tambahan pula tetiba jer selsema dan rongga hidung ni tersumbat.. Sally lapik bantal bertingkat untuk melancarkan pernafasan. Tetiba dgr pintu dibuka.. Hubby baru balik rupanya. Dia pun terkejut tgk Sally tak tidur lagi.. Sally ceritakan apa yang terjadi.. Dia keluar melihat kucing tadi.. Mmg tiada di dalam rumah... oh.... apakah??? Tak tahu nak cerita apa yang terjadi sebenarnya... Semoga Sally dan keluarga dijauhkan dari sebarang musibah dan perkara seumpama ini tidak terjadi lagi...
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment