Happy Mothers Day Pn. Siti Aminah

Happy Mother's Day semua... especially for:
  1. My mom - Pn Siti Aminah Mat
  2. My mom in law - Pn Zakiah Salleh
  3. My Sister and sist in law- Suhada, K.Efa, K. Aida, Abby
  4. My biras - K.Amy, K.Gee
  5. All my aunties, my cousin - K.Edah, my dear frens - Ninie, Ba, Linda, Wah, Su Jah, Ing, Neeny, Yus, Kak Tar, Sue, Intan, Endang, Mel, Lya, Ida, Kak Sarah....
 and to all of you my follower and my secret admire... hahahaaa..

Mothers day ni xtually is a celebration that honors mothers and motherhood. Tapi byk gak ler yg Sally baca kat fb, ckp if celebrate rosak akidah ler... terpesong ler.. dan macam-macam lagi... Ada lak yg paparkan sejarah Mothers Day yg kononya celebrate Mother's of Church..bla..bla..bla... Bagi Sally yg cetek ilmu agama ni... pokok pangkal tanya niat kita.. Kita takder niat pun nak celebrate mana2 mother or sister2 kat church or aper2 yang bersangkutan.. we just want to celebrate our mom... to apprecite her.. Mmg ler hari2 mothers day.. tapi ada ker hari2 anak akan call kat mak dia... bg hadiah.. belanja makan... etc..etc.. xder kan.. at least hari ni, ada gak hari special yg mak dia rasa mcm dihargai.. selain drp bday dia...leh spend time together.. nak ckp I LOVE YOU mom.. etc..etc.. apa salah nyer?? Pokok pangkal niat kita.. Sally rasa xder salah nyer... tak tau ler kan.. masing2 ada pendapat masing2... tapi cam kesian kat mak kat umah yg bila anak org lain beria2 raikan mak dia.. tapi yg mak sorang tu... coz anak dia takut terpesong akidah.. so xder ler dia dpt ucapan2 syg dr anak dia.. kan..kan.. ada gak yg mak dia called.. siap tanya tak nak wish mother's day ker kat mama?? pastu mak plak dimarah nyer... aper mothers day plak.. tak baik celebrate... ikut agama yahudi.. bla..bla..blaa... padahal mak tu hanya nak anak dia wish dan maybe nak dgr anak dia ckp.. sayang mak... huhuuuu.... macam2 ragam org ni kan... Bg Sally.. Islam itu indah.. klu meraikan sesuatu yang baik... lagi2 meraikan dan mengembirakan hati seorang ibu.. tiada salah nyer.. pikir-pikirkan lah...

Mood mothers day mmg dtg pada hari Jumaat lagi.. Sally yg memang kaki emosi ni.. hari Jumaat hari tu duk layan puisi2 hari ibu from my fren and a few from internet.. Memang bleh buat sebak ler baca puisi kan.. lagi2 untuk Ibu... cam feeling lebih sket ler.. Mmg hari Jumaat hari tu, lepas siap buat closing summary audit, Sally layan puisi jer la 1 hari.. ya ampun boss... Boss pun half day jer ada hari tu.. 

Dalam duk layan perasaan tu, sally try2 ler tulis puisi untuk mama. Puisi kat bawah ni khas untuk mama Pn. Siti Aminah yg dah pun di telefon tadi. Jom layan puisi nukilan Sally ni:

Puisi ‘Hari Ibu’ ini khas untuk bondaku Siti Aminah

Mama,
Aku lahir tanpa apa-apa,
Engkaulah yang mengajarku segalanya,
Membesarkanku dengan segala upaya,
Segalanya kau berikan tanpa meminta balasannya.
 
Mama,
Kau saksi pertama aku mula bertutur,
Saksi pertama aku mula merangkak, melangkah dan berlari,
Caramu indah dalam membesarkanku,
Hanya yang terbaik untuk anakmu.
 
Mama,
Saat aku dewasa,
Aku mula leka, mula mengikut emosi diri,
Aku mula pandai melawan kata,
Aku lukakan hatimu tanpa kusedari,
Tapi semuanya kau maafkan dengan setulus hati,
Kau padamkan semua duka dihati.
 
Mama,
Kini bila aku menjadi seorang ibu,
Aku mula faham isi hatimu,
Andai waktu boleh diputarkan,
Tidak satu katamu ku bantah,
Kerana aku tahu,
Kasih seorang ibu tidak berbelah bagi,
Sujudmu padaNya hanya himpunan doa untuk anak-anakmu lebih daripada untuk dirimu sendiri.
 
Mama,
Dalam doaku meminta maafmu,
Dalam tangisku memohon ampunmu,
Dalam mimpiku bersujud dikakimu,
Memohon ampun atas dosaku dan semua kesalahanku padamu.
 
Mama,
Saat aku punya masalah dan bersedih hati,
Kaulah tempat untuk aku mengadu,
Kau sentiasa menjadi pendengar yang setia,
Nasihatmu tidak pernah putus,
Kau sentiasa memberikan aku dorongan dan sokongan,
Agar aku menjadi lebih tabah dalam menempuhi pahit maung kehidupan,
Kerna itu, aku ingin menjadi wanita setabahmu.
 
Mama,
Kini aku benjanji,
Aku ingin sentiasa kau bahagia,
Meski tanpa kehadiran suami tercinta,
Aku tak mampu menjadi pengganti dia,
Tapi akan ku cuba memberikan kebahagian dan keceriaan di hatimu,
Pada Allah aku berdoa,
Semoga kebahagiaan adalah milikmu selama-lamanya,
Dan semoga Allah pertemukanmu dengan ayahanda di syurgaNya.
 
Mama,
Di hari ibu ini, ku mahu kau tahu,
Satu perkara bahawa,
Kasih sayangku tidak pernah berubah,
Anakmu ini akan sentiasa menyayangi dan mengingatimu sehingga akhir hayat ini.
 
Aku sayang padamu,
Dan ku ucapkan “SELAMAT HARI IBU.”
 
Anakmu,
Suhaili

Khas untuk hari ibu, doa ini adalah doa harian Sally untuk mama. Share with u guys...
-DOA UNTUK MAMA-
Allahummaghfirlaha Ya Allah ampunilah dia..Ibuku tercinta
Warhamha.. Sayangilah dia
Wa’afiha..Tinggikanlah derajatnya
Wa’fu’anha.. Maafkanlah dia
Wa laa tahrim ajroha.. Jangan halangi balasan pahala untuknya
Wa laa taftinna ba’daha.. Jangan datangkan fitnah sesudah kepergiannya
Wa akrim nuzulaha.. Muliakanlah kedatangannya.
Wa wasi’ madkholaha.. Lapangkanlah jalan masuknya
Wannawir quburaha.. Terangilah kuburnya
Waj’al Jannatal matswaha.. Dan jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya
Warzuqhabi Rahmatika ya Arhama Raahimin.. Serta berikanlah dia reziki dengan rahmatMu ya Allah yang Pengasih dan Penyayang
Amin..

Nak dijadikan citer arini, mmg we ols bagun pagi untuk menghadirkan diri ke Smart Reader Kids Mini Olympithon Day.... Adelina's Sport day ler ni.. So, citer sport day next time ok.. ni citer khas hari ibu jer... So, balik dah kul 12.30ptg, dgn cuaca yang panas nyer.. so, balik bersiram terus terlena.. Mama in Law (MIL) called pun x sedar.. So, bila bgn tido tu.. mama called lagi.. tgk dah byk dah missed call from my MIL. Ayat yang paling best mama ckp... Ni Kakak Sulung call ni.. bukan mama tau... Kakak nak ckp Happy Mothers Day... Hahahaa.. lawak ler mama... jahat sungguh menantu ni... lupa lak wish Happy Mothers Day kat mama.. Mama ckp... dia tunggu Sally dan menantu2 dia call.. tapi x seorang pun call.. so, dia ambik keputusan untuk call menantu2 dia.. hahahhaa.. Betul ler menantu hantu ... pesanan mama untuk Mother's Day tahun ni... Thanks jaga anak dia Mr Sabri.. dan jaga cucu dia.. Adelina.. dan nak lahirkan cucu untuk dia lagi... dan jugak... pesanan paling bermakna bila mama ingatkan untuk jaga 5 perkara sebagai seorang isteri dan wanita untuk masuk ke syurga... Thanks Mama.. Love you so much.. and Happy Mother's Day.. U r d best MIL everyone could asked for... Love you more and more...

As mama, Sally gak terima kad from my doter... Share with u guys:

Ok... itu kisah Mothers Day tahun ni.. u ols plak mcm mana?




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops