Rindu Tanpa Kata - Ain Marissa

Novel ni Sally ambik sekali dgn Aku Bukan Mistress - Acik Lana daripada Neeny.. Cuma, pilihan Sally untuk membaca ABM dulu coz Neeny kata ABM lagi best dr RTK. Untuk start citer ni.. selalu tertangguh memandangkan byk benda yang nak kena buat lately ni.. urusan rumah.. urusan kerja kat opis.. macam2 benda.. so.. hari ni adalah hari yang paling sesuai untuk aku buat marathon Novel yg mempunyai 537 muka surat ni. Sally habiskan novel ni dalam masa lebih kurang 6 jam jer.. betul2 marathon ni... Hari ni mmg x bukak notebook, tak tgk tv langsung.. berenti makan, solat dan mandi jer.. lain2 layan si adelina jer klu dia ada bertanya.. sepanjang tempoh sally buat marathon RTK ni.. Adelina dah disogok dgn 2 CD  Mickey Mouse baru.. dia pun elok jer layan CD... heheheee...

Ok.. berbalik kepada RTP, aper kata kita tgk dulu sinopsisnyer memandangkan ni adalah karya Ain Marissa yang pertama Sally baca. Normally buku2 yg Neeny suggest ni jalan citer mmg best.. 


So.. layan sinopsis dulu:

Sueraya, gadis lembut yang periang. Walauun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbit dihati untuk membenci ibunya. Persoalan bermain diminda, mengapa aku disisihkan? Mengapa aku di benci? Namun ianya berlalu tanpa jawapan yang pasti.....Perlukah Sueraya bertanya lagi?

Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad...Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan.

"Hisy...tak naklah Firr. Macam mana nak kahwin dengan dia, mak? Firr pun tak kenal dia, ini baru pertama kali tengok dia, dalam keadaan macam tu pulak... Sesiapa pun akan terfikir banyak kali mak, kalau nak kahwin dengan dia, lagi pun Firr dah ada orang lain dalam hati Firr."

Emilia gadis yang diimpikannya, hanya dia ratu hatinya, hanya dia cinta pertamanya.
"Ya Allah, jika aku boleh berkata-kata, ingin kuucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada insan-insan yang menyayangi diriku. Firrhan, walaupun Sue tidak mengenali dirimu, maafkan Sue di atas segala yang berlaku.Maafkan Sue!"

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, namun percayalah keikhlasan doa dan keagungan kasih akan merubah takdir.

Buku ni terbitan SR Publication gaks.. So, biasanya, terbitan SR Publication ni mmg tak menghampakan.. apatah lagi klu Siti Rosmizah sendiri... terbaekkk... 

Lepas baca novel ni, aper kata Sally:
  • Jalan cerita yang menarik. Penjelasan watak satu persatu dan mudah difahami.
  • Plot cerita yang menarik cuma setiap scene yang direka, Sally dah boleh mengagak apa yang terjadi disebaliknya.. Dari awal lagi Sally dah boleh agak penyebab lumpuhnya Sueraya. Bab ayah dia akan kahwin dgn Ibu Milah tu pun Sally dah bleh agak.. tak byk rahsia sgt ler citer ni.. sumernyer dah bleh agak...
  • Cerita ni tidak menggambarkan kehenseman dan kejelitawan yang melampau.. So, bg Sally Sueraya, Firrhan mahuan Dazlyn.. cam kecantikan dan kehenseman yang biasa jer..
  • Banyak iktibar yang boleh diambil daripada cerita ini. Seorng ibu dan isteri yang hanyut, mengabaikan tanggungjawab dan terjerumus ke lembah hitam dan akhirnya bertaubat sesudah kehilangan segalanya... Ia digambarkan oleh watak ibu Sueraya, Puan Sri Olida.
  • Seorang suami yang tabah, ayah penyayang digambarkan oleh ayahnya Datuk Sri Mustafa.
  • Seorang anak, kakak, isteri yang sehebat Sueraya.. Mmmm.. kalau Sally tak tau ler dpt maafkan ke tak klu dpt adik mcm si Sarah tu.. 
  • Keterlanjuran muda mudi, kebebasan hidup dan permainan dalam rumah tangga yang agak berat ditonjolkan dalam novel ini. Tapi at the end, semua org berubah  dan kembali ke pangkal jalan.
  • Pembantu rumah yang terlalu baik hati ditonjol oleh Mak Minah dan Pak Hassan.. yang akhirnya menjadi besan Datuk Seri. Kemuliaan hati Mak Minah mmg luar biasa.. sampai sanggup minta anak sendiri menikahi Sueraya yang terlantar sakit.
  • Mmm.. byk scene kereta rosak dalam citer ni.
  • Watar Earliana tu boleh diperkemaskan lagi.. Agak longgar disitu.. kalau tak der pun tak per... tapi kalau dah diadakan.. patutnya kasi strong sket..
  • Mmm.. ada ke org yg sanggup kahwin dgn org yang macam mayat hidup jer.. wpun kahwin hanya pada nama sajer... tapi.. keputusan berat tu... tapi bila si Sue tu dah pulih.. dah cantik baru ler si Firr tu nak kan... klu jalan citer dia... Firr ni mmg baik giler... si Emy tu tak der.. lagi best rasanya.. huhuuu... sesuka aku jer... dah ada scene awal2 tu mcm si tanggang pun ada si Firr ni.. nasib baik, balik kg terpikat balik dgn Sue.. klu tak.. dah nak jadi tanggang tu.. bila dpt kerja KL pun, mak kat kg dilupakan...
  • Scene2 romantik tak kesampaian sgt... Scene Sue bercuti ke padang tu pun tak memberi apa2 makna... scene ke langkawi family day tu pun.. cam tak der makna jer.. ingatkan cinta berputik kat sana ke... huhuu..
  • Mmm.. nangis tak baca cerita ni?? mmm.. wpun jalan cerita menarik.. susun atur yang teratur.. pertelingkahan ibu dan anak.. tapi tak mampu mengalirkan air mata Sally.. Biasa-biasa jer..
  • So.. sally bagi 6 out of 10 stars..




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops