Long Live The King.. Daulat Tuanku...

Agak patriotik kah post hari ni??? Huhuhu...

Bukan aper.. cuma nak cakap....Yezzaaa..!!! Kita dapat CUTI PERCUMA TAMBAHAN lagi... dapat berehat.. berjalan2 dgn family... beradu.. dan membuat aktiviti-aktivi sehat yang lain.. Haaa.. Jah.. ko jgn nak mengulor jer...

Daulat Tuanku... Daulat Tuanku... Daulat  Tuanku...

Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April 2012 diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sidek berkata dua acara utama akan diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011. - BERNAMA

Untuk rekod, Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011.

Ini pastinya berita baik seluruh seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang berkerja kerana jadual cuti umum sebelum ini, selepas cuti umum Thaipusam lalu TIADA LAGI cuti umum sehingga 1 Mei 2012 (Hari Pekerja). Selamat Bercuti semua.... Muaahhhhhsss

 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops