Teater Gerimis Mengundang



TEATER: Teater Muzikal Gerimis Mengundang
TARIKH: 27 Mac hingga 8 April 2012
MASA: 8.30 Malam
TEMPAT: Panggung Sari, Istana Budaya
TIKET: RM25, RM55, RM75, RM105, RM155 & RM305
 (Untuk info lanjut, layari laman web rasmi Istana Budaya, www.istanabudaya.gov.my. Tiket-tiket boleh diperolehi melalui kaunter box office Istana Budaya atau secara online di www.ticket2u.biz)

Bertemakan cinta romantik, TMGM mengisahkan Zamani (Kamal) bakal juruterbang muda, bertemu dengan seorang gadis Indonesia bernama Mikha (Mikha Tambayong). Pertemuan itu berlaku ketika insiden beg Mikha diragut di kolejnya. Di situlah bermulanya perkenalan mereka dan kemudiannya membawa kepada bibit cinta. Namun ketika itu, Zamani sudah mempunyai cinta hati, Yana dan harus membuat pilihan antara dua gadis yang telah mencuri hatinya itu.

Undangan untuk menonton teater Gerimis Mengundang semlm tidak Sally lepaskan.. Sally dgn hubby ke Istana Budaya terus dr ofis.. Nak tgk aper kelainan yg diberikan oleh Ahmad Idham.. hehehee.. Ahmad Idham kan slalu menjanjikan satu kelainan.. cewaahhh... Kali ini, Ahmad Idham mengetengahkan actor actress bukan shj dari Malaysia.. tapi gabungan Indonesia dan juga Singapore.. Mmg dahsyat.. Ada yg dtg semata-mata kerana nak tgk Mikha Tambayong.. ada gak yg admire Kamal Adli... Sally lak nape??? huhuhu.. bg support ler.. mengisi masa lapang.. dan yang paling penting Sally bleh buat review kat sini.. free PROMO untuk teater Gerimis Mengundang ni... cewaahhhh..

Teater Gerimis Mengundang telah dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Kamal Adli, pelakon sinetron Indonesia, Nada Cinta iaitu Mikha Tambayong, Shenty Feliziana pelakon dari Singapura dan pelakon-pelakon tempatan lain seperti Taiyuddin Bakar, Najua P. Ramle, Msutazim Mohamed Zaki, Rosi Taib dan ramai lagi.

Teater itu sebenarnya dinspirasikan dari filem Gerimis Mengundang lakonan Kamal Adli dan Olivia Jensen yang bakal ditayangkan pada tahun ini juga. Tapi bila teater Olivia diganti dgn Mikha coz maybe Mikha lebih popular di Malaysia dek kerana lakonan nyer dlm sinetron Nada Cinta tu...

Kisah percintaan tiga segi remaja ni, mmg boleh layan ler.. Kalau seblm tgk teater Sally xder ler minat sgt dgn si Kamal Adli tu.. cam poyo jer.... Tetiba lepas tgk teater rasa kamal adli tu cam best plak.. Dulu x minat, sejak mlm tadi minat plak. Lakonan dia best.. Romantik.. Klakar.. Nyanyi dan dance pun best.Nak tambah lg... Mmm... Takde le rasa org pergi sana nak tgk Mikha je.. Coz Mikha tu cam typical artis indon je.. Xde le gempak sgt... Kamal Adli paling best semlm... Dgn si Tai apa celop tu.... U ols g le tgk... Best part bila si Mikha tu ckp Eden Cinta Ekau... Dan tak lupa jgk credit for Kumpulan Zero... Besttttt sgt..

Kalau dlm impak maksima, abg idham bawk masuk keter, kali dia bawak masuk helikopter plak.. cayalah... Ada tak pengarah/penerbit teater lain yg berani bawak keter kebal plak lepas ni.. hahahaaa.. So, u ols.. jgn tunggu lagi.. g ler tgk.. mmg tak rugi.. best.. lagu pun best.. jalan citer layannnn... Kamal Adli mmg memberikan yg terbaik... d best... Vote 5 bintang for Kamal Adli... Layan gmbr Sally yg muka berminyak abis dgn pelakon2 Teater Gerimis Mengundang..

Sally dan Kamal Adli...
 
Sally & Maya Lembayung..

Hubby, Mikha & Sally

Tai & Sally






U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops