Aku Bukan Mistress - Acik Lana

Novel ni recommended by Neeny.. bakal ibu baru buat kali ke 4.. heheh.. thanks dear Neeny. Sally sajer jer request novel kat dia coz nak bawak g KOREA.. Konon nyer selama 6 jam setgh kat dlm flight tu bleh ler Sally layan novel. Walaupun 2 novel yg Neeny bagi, Sally decide utk bawa novel ni memandangkan Neeny ckp novel ni best.. Sally dgr cakap Neeny. Matlamat Sally berada 8 hari di KOREA adalah untuk menghabiskan novel ini di masa-masa terluang... cewaahhh... tapi akhirnya.. terbabas gak ler.. coz byk sgt tmpt menarik kat Korea.. So, hari last kat dlm flight balik tu, oleh kerana sally ambik biz class.. dapat ler sally habiskan novel ini.. best sgt... Mula2 Sally share sinopsis dia dulu dgn u ols:


Sinopsis Aku Bukan Mistress

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Apa kata Sally ttg ABM?

Cerita ni pasal perempuan simpanan/pelacur kelas atasan/mistress atau senang cakap perempuan yang dibela/ditaja oleh orang kaya. Mya Arlissa memang bukan contoh yang terbaik for girls out there. Jgn plak lepas baca novel ni, ada yg berangan nak jadi mistress dpt husband hensem dan pengakhiran yg baik mcm Mya tu..  

1. Yes, mula-mula aku baca rasa macam novel ni sama dengan novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. But not actually, mungkin subjectnya saja yang sama tapi jalan ceritanya berbeza. Ada lebih kurang ler... 

2. Ceritanya memang agak romantik. Tak plak ada scene yg bleh mengalirkan air mata.. tapi jalan cerita tetap menyentuh perasaan..

3. Nama Mikail.. panggil Mika.. mcm best plak.. tetiba nama anak nnt nak letak Mikail.. hahahahaa...

4. Gaya penulisan yang matang, pengolahan yang terbaik.. tapi.. ada tapi nyer.. tak byk tragedi sgt.. semua pengakhiran baik jer... happy ending ever after gitu... Bab last2 tu.. cam nak pendekkan citer agaknyer.. semua best jer... semua positive..

5. Mya Arlissa.. seorang gadis kampung yang malag.. kehilangan kedua org tua dlm kemalangan.. tinggal dengan nenek dan ibu saudara... Mya di fitnah oleh sepupunya dan dijual oleh bapa saudara tiri.. terpaksa berkerja di club... Mya ni pada aku mmg mangsa habis-habisan.. lepas dirogol bapak sedara tiri, jadi pelacur.. pastu jadi pompuan simpanan... pastu kena rogol lagi dgn si adam tu... huhuhuuu... Mesti cantik giler smpi Mika bleh terima dia smpi mcm tu skali.. Ada ke dlm real life mcm ni yer??? huhuhuu

6. Mikail yg keciwa kerana tunang nya telah curang dan berkahwin dengan ayahnya sendiri.. mempunyai seorang sahabat baik iaitu Adam (nama mmg baik) tapi tikan kawan sendiri.. hehehe... Kerana keciwa dengan bapanya dia membawa diri nya jauh dari keluarga.. hidup sendirian..

7. Atas masalah masing2, Mikail & Mya bertemu.. Mika telah menebus Mya dari taukey club.. dengan  bayaran RM 50k... banyak oooo... sah2 la Mika nie mmg kaya.. Bkn saja Kaya.. encem plak tu.. penulis yg cakap tau.. Mya pun ckp Mika nie encam.. so kena la akui.. hehehe :)... hmmm... terbayang si Aaron Aziz plak masa baca tu...

8. Novel Aku Bukan Mistress memang aku highly recommended pada yang belum baca. My evaluation, 7 out of 10.

So, ini pendapat Sally... u ols baca ler sendiri tgk camana penerimaan u ols semua.. Tapi tak rugi kalau memiliki novel ni.. ok.. daaaaaa... tgu review Sally dalam novel seterusnya.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops