7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah

Selepas membaca 2 novel Siti Rosmizah, Lafazkan Kalimah Cintamu dan juga Andai Itu Takdirnya... Sally yakin gaya penulisan Siti Rosmizah mmg tiada tolok bandingnya. Jalan cerita yang mmg padat.. tersusun.. menarik.. mampu menarik minat Sally untuk terus memburu karya Siti Rosmizah. Novel ke tiga Siti Rosmizah yang menjadi santapan Sally ialah 7 Hari Mencintaimu... mmg tidak menghampakan. 3 hari Sally mengadap novel setebal 1049 mukasurat tu.. mampu membawa Sally ke alam Mia Adriana dan Khuzairi.. Mmg hebat Siti Rosmizah.. Tidak syak lagi kenapa setiap karyanya mampu meraih jualan hangat di kedai-kedai buku.. Bravo sist... Novel ni sebenarnya karya ke 4 Siti Rosmizah.

So, Sally share sikit dgn u ols sinopsis ceritanya:

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Dengan harga RM32.90 senaskhah, Sally rasa berbaloi untuk dimiliki.. tapi cam biasa.. Cik Ninie yang baik hati telah pinjamkan novel ni kat Sally... Sally ni aper laa... nama jer kaki Novel.. tapi bukan Kaki Beli Novel.. hahahaa.... bukan aper.. ramai sgt kawan2 yang baik hati nak share.. bukan ke sharing is caring... :)

Bagi Sally, novel ni ada kelainanannya yang tersendiri... bila dah baca.. 3/4 daripada isinya.. tidak mampu membuatkan anda menangis... tu Sally ler.. klu u ols baca dah menangis x tau ler.. Tapi.. jalan ceritanya cukup menarik sampaikan setiap baris tidak mahu ketinggalan. Cerita banyak berkisarkan ttg keegoan manusia.. Ego Mia yang berwatakkan wanita bandar yang cantik, angkuh, memandang hina pada org kampung, org miskin dan kanak2 lembam... ego Khuzairi.. seorang lelaki penyayang.. tapi tidak mahu mengalah juga wpun sayang melebihi segalanya...diselitkan juga sifat cemburu dalam diri Khuzairi... selainnya.. ego seorang wanita tua bergelar ibu.. Mak Leha.. yang diracuni anak buahnya Syakila dan juga kisah lampau Yati, ibu kepada Mia.. Byk sgt yang ego dlm cerita ni.. Tapi Siti Rosmizah mengulasnya secara terperinci... menyulamnya menjadi satu cerita yang menarik.. beliau betul2 mendalami setiap watak yang dicipta... Cerita ni juga menggambarkan kerakusan manusia terhadap harta. Ulasan setiap watak lain yang Sally boleh beri gambaran di sini ialah:

  • Watak Johan, bapa saudara Mia.. yang sanggup menjual maruah dan anak demi wang semata-mata.. yang akhirnya GILA..
  • Khalili... yang mencintai Mia tapi tunduk pada kehendak bapa yang memburu harta dunia..
  • Yati, ibu Mia yang sanggup untuk melacurkan anaknya, meninggalkan suami demi harta, berkomplot dengan Khalil juga kerana wang ringgit semata-mata.
  • Helmi ... penganggur setia yang sanggup mengkhianati abangnya hanya kerana wang ringgit semata-mata.. 
  • Selain dari itu.. banyak juga watak2 mulia.. seperti Megat Idrus, bapak Mia.. yang sanggup merahsiakan kejahatan seorang isteri demi menjaga maruah ibu di mata seorang anak.
  • Puan Roziah.. isteri ke 2 Megat Idrus merangkap ibu tiri kepada Mia.. yang sanggup dihina dan dicerca.. tapi kasih sayang yang tak pernah luntur terhadap anak tirinya sehingga ke hujung nyawa.
  • Pak Samad.. ayah kepada Khuzairi yang betul2 menyayangi Mia dan memahami perasaan seorang anak (Khuzairi), Pak Samad juga merupakan kawan yang setia memegang amanah kepada Megat Idrus.
  • Watak Buntat tidak boleh dipandang remeh.. Buntat menghidupkan cerita.. Cuma Sally rasa terkilan bila dia mati macam tu aja.. Sally mengharapkan pengakhiran yang bahagia untuk Buntat.. Agak kejam takdir untuknya...
  • Sofi.. sepupu yang paling baik.. berada di sisi Mia setiap suka dan duka..
  • Zaidi.. kawan yang baik untuk Khuzairi dan mampu menjadi penyokong yang setia kepada seorang sahabat..
  • Nadia juga penyedap cerita... adik perempuan Khuzairi yang sentiasa menyokong Mia Adriana..
  • Pak Andak dan Mak Andak juga menghidupkan lagi cerita..
Siti Rosmizah juga pandai menyelitkan babak-babak lucu dalam novelnya... Beliau mampu membuat Sally tersenyum sendiri.. Part2 lucu yang Sally ingat bila Mak Leha dan Pak Samad terdengar Ri dan Mia tergelak2 mengeletek di dalam bilik.. pastu Mak Leha kata dia rasa menyampah.. pastu Pak Samad ckp.. kenapa lak nak cemburu.. klu awk nak suruh saya geletek.. mai sini saya geletekkan sampai terkencing... lawak..lawak masa tu.. pastu bab2 berbalas makian antara Mia dan Mak Leha.. sungguh bernas Sally rasakan.. mmg best.. terasa macam Siti Rosmizah ni seorang yg mulut laser plak... ye ke?? Coz.. kata2 yang diucapkan tu cukup untuk mengena antara satu sama lain... Bab yang membuat orang menyampah bila dia timbulkan watak Syakila tu.. mmg betul2 menyampah... 

Bila dah baca suku bab terakhir.. start dr bab 92.. haaa... dah mula dah babak air mata.. Mmg tak sah ler tak menangis baca novel Siti Rosmizah ni.. tapi kali ni.. bab air mata lambat sket dtg.. tapi jalan cerita mmg menarik... Sedih gila bila Mia sanggup tinggalkan anaknya... tinggal suaminya... Bab Khuzairi yang tidak boleh menerima Mia kembali... huhuu... byk sgt ler klu nak cerita... Last sekali.. mmg happy ending ever after... semua masalah diuraikan.. Mmg jalan cerita habis sehabis2nya... Pengakhiran yang happy buat Helmi... buat Zaidi.. buat Yati, mama Mia... perubahan yang besar buat Mia sendiri, Mak Leha pun berubah jadi baik dgn Mia.. tp cam over ler plak berubah jadi baik nya.. Syakila yang menerima balasannya... semua ler dirungkaikan.. dengan cerita Mak Limah dan anaknya.. mmg tak tertinggal walau satu watak sekalipun... semua dirungkaikan oleh Siti Rosmizah.. Sally paling suka bab suspend Mia serahkan kotak cincin tu.. huhuuuu.. mmg tidak dijangkakan.. Gud Job Siti Rosmizah.. i like it so muchhhh...
So.. aper lagi.. yg belum baca tu.. pergi ler carik.. mmg tak rugi  dowhhhh.... beshhh.. 8/10 for Siti Rosmizah. So.. sally akan memburu satu lagi karya Siti Rosmizah yang Sally tak baca lagi iaitu Cinta Kau dan Aku... mmm.. saper ada.. angkat tangan.. hehehee



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops