Teater Semerah Padi

Semalam aku g tgk Teater Se-Merah Padi.. Cam biasa.. dapat tiket free.. my dearest sist in law act as DARA.. cayoookk Abby Nadzri.. 

Teater berkisar tentang citer2 melayu lama ni bukan ler menjadi pilihan aku sebenarnya.. tapi bila dah sist in law yang berlakon, semangat tu lain macam sket... Sebelum aku bg komen bernas, mai kita tgk sinopsis citer ni dulu:

Dua sahabat akrab, Aduka dan Teruna ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara, anak ketua kampong mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina.

Teater Semerah Padi ditunda atas masalah teknikal. Teater Semerah Padi merupakan karya yang di’angkat dari filem klasik hasil nukilan Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee.

Pementasan awal yang di’jadual bakal bermula kurang 48 jam dari sekarang telah dibawa ke tarikh 24 Disember 2011 nanti.Teater ni pada awalnya Jue Aziz yang berlakon sebagai DARA.. pastu byk ler kontroversi dan gosip yang melanda.. sebelum start lagi dah dilanda masalah bila Jue Aziz tak leh bagi komitmen coz masalah kesihatan katanya... 

Pelakon, Zuliana Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Jue Aziz yang dipilih memegang watak sebagai Dara dalam pementasan teater ‘Semerah Padi’ yang akan dipentaskan pada 24 Disember ini telah disingkirkan oleh pihak produksi akibat masalah disiplin.

Dipetik dari Mstar, penerbit produksi, Megat Noor Salleh Ghani @ Keno nyata kecewa dengan sikap Jue yang mengakibatkan keseluruhan produksi terjejas.

“Kami terpaksa menggunakan khidmat pelakon lain bagi menggantikan Jue. Nasib baiklah kami telah bersedia dengan pelakon gantian kerana bimbang berlaku masalah pada saat-saat akhir. Rupa-rupanya memang benar berlaku.

“Jue tidak datang latihan sejak Jumaat lalu dan pihak kami gagal menghubunginya, namun dia ada menghantar pesanan bahawa dia ada masalah kesihatan,” katanya

Penguguran Jue Aziz dikatakan bakal diganti oleh pelakon Arbaiah Ahmad Nadzri ataupun Abby Nadzri.
Tambah Keno lagi, Jue kurang memberi tumpuan sepenuhnya ketika sesi latihan yang mula dijalankan sejak 13 November lalu.

“Pementasan teater bukan seperti penggambaran filem atau drama yang boleh ditangguhkan atau menunggu pelakon.

“Teater perlu ada komitmen, usaha dan disiplin yang tinggi. Latihan adalah paling penting dan tidak boleh dipandang remeh atau sambil lewa,” katanya dengan nada kesal.

Ketika ditanya adakah pihak produksi mahu mengambil tindakkan undang-undang terhadap pelakon berusia 28 tahun itu, Keno memberitahu bahawa mereka tidak ada membuat apa-apa perbincangan setakat ini.

“Kami mempunyai kontrak dan boleh ambil tindakan terhadapnya kerana melanggar perjanjian.
“Bagi saya dia sendiri telah menjatuhkan reputasi dia dalam industri ini dan secara jujur ini mungkin yang pertama dan terakhir untuk bekerjasama dengan Jue,” katanya.

Pada masa sama, Keno turut menjelaskan pembatalan dua hari pementasan teater pada 22 dan 23 Disember ini bukanlah akibat dari masalah disiplin Jue, tetapi persediaan keseluruhan produksi masih tidak lengkap dari segi teknikal.

Teater arahan Rosdeen Suboh ini akan turut dibintangi oleh Abby Nadzri, Khir Rahman, Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fauzi Nawawi, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Bby Erin.

Barangkali nama pelakon dan pengacara Abby Nadzri tidak sepopular Jue Aziz di persada hiburan tanah air. Justeru, apabila Abby terpilih memegang watak utama sebagai Dara dalam pementasan teater Semerah Padi terbitan Keno Productions, ramai yang tertanya-tanya siapakah Abby Nadzri?
Secara peribadi, pemegang Ijazah Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini berharap peminat tidak membandingkan lakonannya dengan Jue kerana setiap pelakon ada kekuatan masing-masing.

“Apabila ditawarkan watak Dara oleh pengarah teater ini, Rosdeen Suboh, saya terus menyahut cabarannya untuk beraksi dalam teater ini kerana saya sendiri menyukai naskhah Semerah Padi dan mengagumi filem P Ramlee.

“Pada masa sama, saya melihat watak Dara itu berat dan ingin mencabar diri sendiri, sekali gus mengubat kerinduan dalam bidang teater. Ditambah pula saya dan Rosdeen sudah kenal lama kerana kami sama-sama menuntut di Aswara dulu dan pernah berlakon dalam teater arahannya ketika menuntut di Aswara,” katanya.

“Saya hanya diberitahu pihak produksi yang saya ditawarkan watak Dara kerana Jue sakit dan ada masalah kesihatan. Pada mulanya, saya hanya ditawarkan watak ‘understudy’ Dara tapi sebaliknya apabila Jue dilaporkan jatuh sakit, Rosdeen terus tawarkan saya bawa watak Dara. 

4 hari diberi skrip dan diarahkan berlokan dalam teater.. (LIVE).. bagi aku.. my sist in law mmg terbaekk.. Org lain praktis berbulan2.. dia cuma ada masa 4 hari.. penyelamat teater Se-merah Padi ni mmg da bommbb.. Bravo sist..

Kalau nak suh aku komen lebih-lebih pasal teater tu aku pun tak reti sangat..plus jalan cerita Semerah Padi yang original pun aku tak ingat..tapi member aku cakap jalan cerita dia lain skit dari yang original...nak tau korang tengok laa sendiri kat part mana yang lain..

Basically aku terhibur dengan teater tu..ade gak part yang kelakar.. Dorang berlakon malam tu pun real gak sampaikan ade satu part tu aku Abby kena tendang bukan main-main punya..hehehe..nampak real giler.. tak tahan tgk bila si Opie Zami tu tenyeh muka Abby dgn tapak kaki dia... iii'yeee... cian Abby.. Abby bleh buat lagi baik klu diberi masa lebih lama...mcm pelakon2 lain tu aku rasakan kurang energy sket.. Azizah Mahzan ok.. bab dia masuk spontan panggil nama penonton yg duk depan skali tu.. aku suka sgt.. agak santai..

Terbaeeeeek ar semerah padi... Aduka n taruna good job... Tp best sgt dpt tgk dorg dkt2... So sesape duk kat row F or G.. 1st and 2nd row... mmg best... Syaitan2 aksi diorg menghiburkan... jalan citer agak slow.. dgn bapak dara tu sumtimes tersasul.. maklum ler pelakon lama... Overall great... share with u guys a few pic:







U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops