Ombak Rindu

Ombak Rindu makin mengganas di pawagam... Aper kata Sally?? Perghhh.. tak terkata babe.. Hari ni kali ke 2 Sally tgk.. Bukan senang nak bawa Sally ke wayang.. 2 kali lak tu.. Citer ni mmg superb.. Layan abeh... Mungkin Sally ni minah Novel yangtak mahu ketinggalan melayan citer-citer Melayu tegar sebegini.. cewahh.. Tapi mmg best dowhhh... u ols patut pegri tgk.. Tgk kat Astro First ke.. DVD ke.. tak sama ok dgn kat wayang.. mmg giler best.. Sally bg 9 out of 10 stars... cewahhh... 

Camana citer ni bleh meletupo kat wayang.. personally Sally rasa orang dah muak dgn citer hantu.. citer gangster gaduh-gaduh.. komedi.. so.. masa untuk bercintan cintun lak... dah lama kan tak der cintan cintun di wayang... tambahan pula barisan pelakon yg memang d bomb.. mmg gempak ler... Aaaron Aziz yg mmg macho.. sesuai sgt dgn watar Haris.. Maya Karin dgn watak Izah.. dan Lisa Surihani dgn watak Mila Emilia... pergghh... mmg d best u ols... alamak... tak sbaar lak Sally memberi komen-komen personal.. patutnya Sally bg sinopsis citer dulu.. ok  uols... baca sket sinopsisnya yg Sally petik dr website lain:

Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures.

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah
MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
Nak dengar apa kata Sally? Hehhee.. 1st time Sally tgk pada hari ke 2 tanyangannya.. bersama Deby dan Rosli. Perghh.. layan nagis dowh.. tak puas dgn itu, Sally paksa Mr Hubby tgk skali lagi dan bawak mom in law gak.. Tak beli kat kaunter.. both session beli online.. kut kena beratur panjang... nak ambik tiket pun beratur.. ni kan pula nak beli tiket... huhuu... by dat time smpi kaunter.,. duk depan skali.. hahaha...Klu beli online ni bleh pilih seat yg selesa sket... Tiket yang paling mahal setakat ni utk tgk wayang RM14 utk 1 tiket.. Masa tgk 1st time hari tu RM12 jer sorang... huhuu... layannn...
Berbalik kepada nak mengomen citer ni: 
  1. Tahniah kepada pengarah Osman Ali yang berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata, mungkin sebab tengok air mata Aaron Aziz kot yang menitik-nitik..tak kurang juga kehebatan pelakon Maya Karin yang mampu menjiawai watak Izzah gadis kampung yang lurus jujur serta baik hati, meraih simpati dan mengajak penonton merasai penderitaannya.
  2. Credit pada Aaron Aziz yang pandai bawa watak dalam cerita ni. Bila jadi romantik, sungguh mengugat keimanan, bila jadi ganas sangat ler ganas dan bila jadi samseng masa deal dengan tauke kelab malam pun stylo.. i like... hensem giler.. Babak paling aku suka bila dia masuk bilik jumpa Izah kat rumah Pak Dolah tu... "assalamualaikum sayang..." pastu dia nangis masa tu.. huhuu.. tak tahan.. nangis gak ler...
  3. Credit gak untuk Maya Karin. Best gak dia bawak watak Izah tu.. AKu paling suka bab Izzah ni muntah-muntah dan loya sehinggakan haris salah sangka yang izzah ni mengandung so dia pun minta izzah ni gugurkan kandungan . Tapi dia ni membabi buta menyerang dowh. Dah puas pukul izzah baru dia dapat tahu yang izzah ni tak mengandung sebaliknya just alami simpton period je. =.= ( Kan dah malu.. Tapi ad ake org period muntah2 cam tu.. setahu aku setakat guling2 sakit menyucuk jer.. mmm.. abaikan jer laa.. ) . Start dari situ haris rasa bersalah sangat dan minta maaf kat izzah. Dan start dari situ juga dia mula ada perasaan cinta kat izzah ni. So sweettttt....
  4. Lisa Surihani jadi Mila watak antagonis yang memberontak nak dapatkan cinta Haris. Mmg best ler.. menjadi je aku rasa.. wanita yng baik hati tapi sedikit childish, selfish dan stylo.. i like.. Tak tahan bila ada satu part si Rosli cakap.. "Mek.. Lisa ni I tgk macam muka you".. Awww... hehhe.. perasan tetiba..
  5. Muzik latar yang baik.. AKu suka lagu ombak rindu.. dan lagi satu lagu.. tak tau tajuk dia.. mmg sesuaiii bangatttt..
  6. Bront Palarae bawa watak Mail orang kampung yang suka Izzah tapi dia jugak kecewa sebab tak dapat miliki Izzah. Sempoi dan best jer.. tetiba citer ni nmpk si Bront ni cam sweet lak... slalu jadi penyangak.. sekali-skali jadi baik.. best gak..
  7. Satu kejutan Pak Dollah buat bila dia reveal kat haris sekeluarga yang sebenarnya haris ni anak dia, dia serahkan kat datuk sebab datin ni dah 3 kali kematian anak. Masa tu juga haris tau yang izzah ni pregnant dan pergi cari izzah kat kg. Sadis dan tragis betul citer ni.
Di sebalik scene yg best.. ada gak yang aku rasa terpesong sket.. tapi kesalahan-kesalahan kecil tu boleh dimaafkan ler... contoh scene yang aku tak suka dan nak gelak pun ada.. terkontoi sket ler:
  • Bila Haris call, tak keluar pun nama Abang ke.. Tuan Haris ke... Hubby ke.. keluar nombor jer.. Mana ada org tak save nombor laki dowhhh...
  • Pastu klu tak silap.. masa dia kol dari rumah, masa Haris lepas accident tu, kuar no handphone.. sedangkan pakai phone rumah... huhuuuu.
  • Pak Dolah pulak masa scene Izah jatuh tu... Dia mcm terover lari jauh sgt kejar kete si Haris tu.. sebab lama benor dia nak smpi ke tempat Izah jatuh
  • Scene si Haris dan Wafie kat ladang tea tu.. ckp tak abis lagi... tapi screen dah gelap.. tergantung lak kat situ rasanya..
Tapi semua tu bleh dimaafkan coz jalan citer dan lakonan mereka yang teramat ler best nyer.. Ok yer.. lupa nak citer.. kali ke 2 Sally g tgk, nasib mmg baik dowhh.. Aaaron Aziz dan Maya Karin masuk panggung  masa tu.. Siap ad akuiz lagi.. Tapi, Sally yang dah tgk masa tu.. 1 pun x leh jawab.. hilang ingatan tetiba... huhuuu... Tapi mmg best ler.. gempak sioott .. tgk wayang artis masuk panggung sekali... hahhaa... 

Wokay ler.. dah penat nak citer.. U ols.. yg x tgk lagi.. pergi ler tgk ok.. Tak rugi.. Bawak tisu ok. Tak yah bawak laki.. potong stim jer.. pergi ngan kawan2 pompuan jer.. baru ada feel.... hahha...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops