M.A.I.D – Suri Ryana


Aku ambik masa 3 hari untuk habiskan novel ni... Pinjam dari Neeny.. According to Neeny, citer ni mmg best dan kelakar.. Tak sabar rasanya dan mulakan pembacaannya.. Selepas 4 hari novel ni dalam simpananku, barulah tiba masa yang sesuai untuk memulakannya..

Novel ni tak der kena mengena dgn aku yg mmg obsess dgn MAID ok.. citer maid lari.. maid kurang asam.. maid degil.. maid berpenyakit… maid dari indon… tak de kena mengena langsung…

So, aku tempek kat sini serba sedikit synopsis cerita M.A.I.D ni sebelum aku bg my personal opinion… 

Sinopsis:
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.

Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Terkejut gak bila baca comment kat internet yang mengatakan ni adalah penulisan sulung Suri… mmg best sgt. Well done Suri. Mengekik-ngekik ler aku baca citer ni.. gelak sorang-sorang.. Pendek kata di sepanjang perjalanan menghabiskan novel ni, mmg ku kelek ke mana sahaja.. dari rumah ke opis.. sebelum tido.. selepas sahur.. tak sabar nak abiskan..  hubby pun duk pandang semacam.. tergelak2 sorang2… weeekkk... lantak la... memang superb la citer dia.

Gelagat si Noorul tu yang buat kelakar.. kuat berangan.. tapi berangan pun jadi kenyataan.. Best plak dia ada Iman as BFF dia.. susah nak dpt kawan mcm tu.. alih2 jadi biras plak.. so sweet…
Perkara2 yang aku nak highlight pasal citer ni:
  • Noorul yang kuat semangat, gila-gila, tak pernah beralah dan cinta pada yang satu.
  • Bab dia marah balik si Asyraf kat hotel tu mmg best giler.. padan dgn muka dia.
  • Bab gaduh2 manja Noorul dan Mr. F… rasa kelakar lak bila dpt tahu Mr. F tu mmg sengaja je buat mcm tu dan yg sebenarnya dia duk angau kat opis gak pada si Noorul ni..
  • Kecantikan Noorul ni digambarkan macam Fazura.. mmm.. cantik ler…
  • Mr. F tu tak plak digambarkan mcm saper2… tapi dlm imaginasiku.. mmg Mr Perfect ler… huhuuu.. ensem giler…
  • Suka bila Noorul tak goyah untuk terima cinta si Haikal tu…
  • Part2 yang aku tergelak bila si Noorul tu pakai topeng dan terkejutkan Mr F.. hahahaaa… lawak siott… siap ambik video lagi..
  • Nama watak yang simple.. best.. tak ler over Panjang berjela mcm novel2 lain.. I like..
  • Citer ni simple, best, mmg sampai ler bab kelakar tu.. tapi part yang sedih tu tak berapa lagi.. maybe Suri kena lebih mendalam dan feeling lagi.. coz aku pernah baca novel lain sampai meleleh air hidung.. air mata.. heheeee.. kalah tgk citer Hindustan..
  • Oklaa.. klu u ols nak tahu lebih lanjut.. pi ler dptkan kat MPH dan kedai buku yang berhampiran.. mmg tak rugi.. murah plak tu.. berbaloi mak ckp nokkkk…


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops