Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah


I think...this is the first novel from Siti Rosmizah I had read. Aku ni pun bukan ingat sangat nama penulis dan jugak title novel. Tapi novel ni memang best..  recommended by Nasha..

I took 3 days to finish it disamping anasir luar yang mengganggu.. Anasir luar??? no laa... urusan ofis.. urusan family... urusan princess adelina.. Nasha bagi dah hampir 2 minggu tapi sally tak berkesempatan untuk memulakannya...

Cerita ni pasal apa?
Mai sini, aku kongsikan serba sedikit sinopsisnya.. selebihnya korang beli dan baca ler sendiri... cerita semua kat sini nnt tak abis plak buku kat rak MPH,Popular, etc..etc...

Lafazkan Kalimah Cintamu.. Sinopsisnya:

Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus.Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada dirinya?
Apa yang melekat kat kepala Sally:
  • Nak baca sediakan tisu.. kalau baca nak tido, selimut pun leh buat lap hingus... hahahaaa...
  • Klu baca tgh duduk kat sofa, ada bab leh gelak sorang2.. hebat sunggu Siti Rosmizah..
  • Qila dengan perangai lawak dan bersahajanya..
  • Tengku Ryan yang memang manusia ensem yang ego... huhuuu.. naik lamborghini kuning.. mmg terbayang kat mata ni.. syoknya..
  • Cinta Qila yang tak berbelah bagi.
  • Lelaki ego yang jatuh ketangannya jua..
  • Adanya pembalasan.. masing2  rasa sikit sorang.. baik Natasha, ataupun bapaknya, ataupun Qila sendiri, Ryan jugak dan tak ketinggalan si Syikin kawan si Tasha... memang abis akar umbi diceritakan.. mmg superb.. tak der yang tergantung.
  • Azrul botak dgn Farhana... 
  • Kisah Kak Kembung dan Tutti pun tak ketinggalan..
  • Tapi cinta yang paling agung adalah cinta Ryan dan Qila... sama-sama memendam rasa dan akhirnya aku si pembaca yang terasa.. cam hati ni dihiris-hiris gitu..
  • u ols baca ler sendiri.. mmg best... :)  


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops