Citer ni dah menjadi satu fenomena bukan saja di ofis tapi di pesbuk pun ramai yang berkata-kata tentangnya.. Sally tidak mahu ketinggalan dlaam bergosipan dan bercerita ttg Hantu Kak Limah. Kalau tengok citer2 sebelum ni, ianya langsung tak match dengan citarasa jantung peparu aku... tapi kali ni aku nak try tgk.. best sgt ke citer ni???
Mlm semlm, aku pujuk hubby pergi tgk.. we ols tgk pun tayangan dah malam... coz nak tengok sgt... we ols redah jer... bantai gelak jugak walaupun ianya tak sampai ke tahan maksimum yang aku harapkan... hubby ckp biasanya... dan aku tak tahu kenapa orang still ckp citer ni mmg best giler... aku cuba mengiyakan walaupun hakikatnya ia tidak memenuhi kehendak halwa telinga, mata dan semua pancainderaku... tapi boleh laa... citer untuk gelak2...
Posing depan poster:
Cu citer..cu citer... dialog yg menjadi ikutan semua... So, Sally citerkan sket sinopsis citerni.. yg sally cedok dr website lain:
Sinopsis :
Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah:- Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah Kesinambungan daripada filem ‘Zombi Kampung Pisang’, filem ini Masih lagi mengekalkan genre komedi seram, filem ini juga bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment