7 Tips Zero Cost Marketing

Salam sayang, salam pagi Jumaat.


Pagi ni Sally nak berkongsi ilmu dengan anda supaya sama-sama kita dapat manfaat daripadanya.


7 tips untuk anda berjaya dalam Zero Cost Marketing


1) Personal Branding

Bila bercerita tentang zero cost marketing, salah satu caranya adalah di personal FB sendiri. Di wall anda. Sebab kalau buat di page pun, orang tak buka page dan kebarangkalian posting di page akan dilihat orang sangat kecil kecuali yang dah follow rapat baik punyerrr. So, bila bercerita tentang personal branding, anda brand kan diri anda. Orang akan membeli dari peniaga yang dia sukai. Yang dipercayai dan testimoni bukan sahaja terhadap produk tetapi terhadap kredibiliti seorang peniaga. Contohnya barang yang dipos telah sampai, urusan kemasukan duit, respond cepat, service bagus, ada consultation and lots of result yang bagus-bagus. Kita tidak semestinya menjadi selebriti untuk membuat personal branding. Dalami bagaimana nak buat orang suka ke wall kita, suka cara kita sampai maklumat, dan dari situ kita boleh kumpul followers. Orang akan follow kita bila kita memberi manfaat kepada mereka. Belajarlah ilmu personal branding supaya Facebooker mengenali kita sebagai seorang individu yang penuh dengan info, cerita dan panduan pada orang lain berbanding seorang peniaga yang post mengenai produk sahaja siang dan malam. Selain di FB, anda juga boleh membina Personal Branding di blog dan juga forum. Ini sangat berkesan bagi yang kaki blogger atau selalu search google untuk sesuatu info. 


2) Penceritaan Bukan Penjualan (Soft Selling vs Hard Selling)

Dalam memberikan maklumat tentang produk, biasanya orang suka baca kisah kejayaan orang lain. Berceritalah. Apakah masalah si pengguna? Bagaimana dia berjumpa dengan produk kita? Apakah kesan semasa dan selepas pengambilan? Boleh juga selit moment-moment gembira saat berjumpa customer dan sebagainya. Pembaca akan relate penceritaan dengan masalah mereka. Mana tahu ada yang sama. Emosi mereka akan mudah tersentuh. Memang manusia suka pada persamaan dan keserasian. So, cari persamaan itu. Tak boleh cater semua market focus pada setiap group bagi setiap posting yang berbeza. Jangan jadikan wall anda catalog produk jualan anda. Selain itu selitkan juga penceritaan kehidupan anda, pengalaman dan sebagainya. Pendek kata di FB ni adalah tempat bersosial, sharing photos and stories. So, guna sebaiknya. 


Contohnya, anda boleh letakkan gambar anak anda tidur. Dan ditepi meja katil anak anda ada sebotol serum Eliss. Upload dengan status, “Anak mama dah tidur. Tidur nyenyak yer sayang. Mimpi yang indah-indah. Mama sayang anak mama dunia akhirat. Sebelum tidur tadi, mama sapukan serum eliss juga di siku dan lutut anak mama. Semoga esok pagi bangun lembut dan tak kering. Kejap lagi pun mama sebelum tidur dan cuci muka dan legak serum juga. Mama nak g tepek kat muka papa sekali. Kata sayang suami. Mestilah nak cantik dan hensem bersama.”


Ayat tak nampak menjual tapi bercerita. Kan..kan... kannn???


3) Perkongsian maklumat dan informasi

Yang ini biasanya boleh dibuat dalam bentuk petua, kebaikan bahan, cara penggunaan dan tips-tips untuk tampil lebih hebat, sihat dan jelita. Jika anda hari nak promosikan Serum Eliss... maybe boleh buat 5 tips jaga keanjalan kulit muka. Takder ler nampak cepat tua. bla.. bla..bla... atau tips2 kejayaan macam posting Sally ni.

 

4) Gambar yang menarik

Tidak semestinya anda mempunyai DSLR atau gambar shooting studio. Gambar dari phone anda pun boleh juga. Biasanya gambar yang memberikan keceriaan dan kegembiraan pada orang lain. Jangan ler duk upload gambar ular ke, gambar yang menggelikan dan meloyakan. Ia boleh menbuat orang akan hide gambar tersebut sebab risau ia akan lalu lagi di wall. Boleh juga membuat orang unfriend and block terus. 


5) LIVE VIDEO 

Salah satu fungsi di FB yang sangat disukai oleh Mak Jubek. Engagement sangat tinggi. Dia yang wujudkan fungsi itu maka dia suka kita menggunakannya. Perbanyakkan sesi LIVE VIDEO. Pastikan contents disusun dulu apa yang nak diperkatakan. Berkongsi moment atau jika anda berada di mana-mana acara. Mesti ada di antara follower yang nak tahu keadaan dan suasana tempat yang kita tuju juga. Trend sekarang, jika nak bercerita pasal produk, confirm kena ada umpan. Cash, hadiah dan sebagainya.

6. Cerita cinta kita

Sebagai seorang peniaga, FB memang tak boleh private. Memang kena public dan orang suka baca cerita kita. Berceritalah mengenai kehidupan harian, moment indah dan sebagainya. Cerita dalam kelambu laki bini takperlu lah didedahkan. Lain-lain bagus juga untuk tatapan follower kita. Facebooker suka berkongsi cerita dan rasa. Mereka akan rasa dekat dengan kita. 

 

7. Nak bisnes kan? WAJIB penuhkan friends 5000 orang.

Penuhkan kuota dengan prospek. Kawan-kawan yang tak membina, boleh start remove sedikit demo sedikit. Tak berkawan di facebook bukan bererti memutuskan silaturrahim. Kena faham kita orang bisnes. Dan kita tak ada masa nak tengok wall orang kecuali orang yang kita follow rapat sahaja. Kalau mereka nak follow kita, button follow kan ada. So, kenali siapa prospek kita. Customer avatar kena tahu. Add mereka dari iklan seumpamanya. Bukan terus menjual tapi berkawan di facebook dan softselling di wall sahaja. Jika mereka berminat, mereka yanb akan PM kita. Inilah teknik zero cost marketing di facebook. Tukar cycle friend kita untuk dapatkan customer baru dan baru sebab kita tak ada buat fb ads apa pun nak tarik orang baru. Ini saja caranya. Jika friend kita dah tepu, yang ada cuma membaca sahaja tidak menyumbang apa-apa, bolehlah bertindak ke langkah seterusnya. Unfriend dan add prospek baru. 3 bulan takde komen, takde like post kita dah boleh unfriend dah tu. 🤪


Ikut betul-betul, buat betul-betul, istiqamah, pastinya ada hasil yang akan anda kecapi.


Perkongsian buat anda semua,

Pn Sally,

Pengasas Eliss.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops