UMRAH PERTAMAKU : PART 4 – UMRAH PERTAMA KU

Assalamualaikum...

Saban hari asyik busy jer dengan urusan duniawi... cewaahhh... yer laa.. email melambak masuk minta update pasal UMRAH.. Dengan tidak menghampakan u ols semua.. dan juga mengambil kira Puan Sri Radin yang akan berangkat ke Tanah Suci (ke dah berangkat??? huhuuu...) Sally gagahkan diri hari ni untuk hupdate semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada posting ini... Yang ada pandangan lain.. serong ke aper ker... cepat2 ler beristigfar sebab Sally tak der niat nak membangga diri.. hanya perkongsian semata.. bersangka baiklah kamu.... :)

Ok.. kita sambung cerita UMRAH...

Sebelum bertolak dari Madinah, ustaz minta para jemaah semua mandi sunat ihram di hotel, sembahyang sunat ihram di hotel dan jamak terus Zohor dan Asar. Kami memang lengkap berpakaian ihram... lelaki dengan kain ihram nyer dan perempuan sunat berpakaian putih... Baju putih dari Munawwarah yang Sally tunjuk kat u ols masa previous post tu Sally pakai.. Sangat selesa. Kat bawah Sally sertakan Niat Mandi Sunat Ihram dan Solat Sunat Ihram.

MANDI SUNAT IHRAM
"Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Ta'ala"
SUNAT: Mengerat kuku, Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut. Wangian boleh dipakai di badan sebelum niat ihram bukan di pakaian.

SOLAT SUNAT IHRAM
“Sahaja aku mengerjakan solat sunat ihram 2 rakaat kerana Allah Taala”
R1: Surah Al-Kafirun  dan R2: Surah Al- Ikhlas

Kami berhenti di Masjid Bir Ali untuk niah ihram.. Berhenti untuk sembahyang tahiyatul Masjid dan semasa di dalam bas, kami niat secara beramai2 yang dipimpin oleh Ustaz Salehin.. Ustaz juga memberi penerangan tentang pantang larang ihram.. Dah niat tu.. bermula ler pantang larang masing2.. Untuk wanita, niat umrah bersyarat.. mana tahu if datang bulan ker... tidak ler dikenakan dam..  Niat seperti di bawah:

NIAT IHRAM (WANITA)
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala dan sekiranya aki dihalang kerana uzur halalkan aku sepertimana orang yang halal"

Selepas berniat ihram... kami bertalbiah sepanjang jalan... yang dipimpin oleh ustaz.. Sungguh syahdu sekali... bagi ternampak lambaian Kaabah melambai2.. semakin dekat dan dekat... Bacaan Talbiah seperti di bawah:

Labbaikallahummalabbaik, Labbaikala syarikala kalabbaik,  innal hamda, wanni’ mata, lakawal mulk, laa syariikalak…”

Maksud:
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

Talbiyah ini disunahkan ketika kita telah melafazkan niat sampai menjelang mahu melakukan Tawaf untuk Umrah.

Dalam perjalanan ke Mekah, mulut ini memang tidak henti2 berzikir dan bertalbiah... hingga ler terlelap... Sally pun tak pasti bila amsa terlelap sebab asyik duk melayan perasaan yang sally sendiri tak tahu... terharu kah?? tak sabar kah??? excited?? Takut??? semuanya bercampur aduk... We ols berhenti jugak kat RnR untuk solat Maghrib dan makan malam... Sedap Nasi Mandi kat sini.. MasyaAllah... mmg nasi tak kan habis sebab banyak.. tapi lauk abis jer.. sodap sgt.. tu yg badan akak naik berganda-ganda tu... huhuu.. Lagi satu nak pesan.. bawak ler sejadah bersama masa travel kat sana.. letak jer atas bas.. coz senang nak solat kat RnR tu.. RnR sana agak kotor dna berpasir.. kat atas carpet pun byk pasir.. so, bleh ler alas sejadah utk solat... Lepas dah makan tu.. naik bas kejap jer.. terlelap lagi dan lagi... huhuuu

Tetiba Sally terjaga apabila ustaz announce dah nak sampai.. Cepat2 Sally bukak mata untuk membaca doa masuk Tanah Haram Makkah... Macam dah diset jer kat mind ni.. terjaga tetiba...

DOA KETIKA MASUK TANAH HARAM MAKKAH
Ya Allah, Kota ini adalah Tanah Haram-Mu dan tempat aman-Mu, maka hindarkanlah daging, darah, rambut dan kulitku dari neraka. Dan selamatkanlah diriku dari siksa-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali hamba-Mu, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang selalu dekat dan taat kepada-Mu.

Sampai Mekah, we ols check in hotel dulu... makan dan berehat sebentar... Ustaz cakap nak buat UMRAH wajib we ols pukul 1.30 pagi... Wpun berada di bilik, Sally tak pulak nak mandi ke aper.. nak bukak tudung pun tak nak sbb takut ternampak rambut ke aper kannn.. huhuuu.. sampai ler waktu nak g buat UMRAH.. ambik wuduk dan terus pergi..

Masa jalan nak menuju ke MasjidilHaram... hanya Allah sahaja yang tahu perasaan nyer... Kami pergi secara berkumpulan... Sampai sahaja diperkarangan Masjidilharam.. hati ini begitu mengagumi suasana yang bersih putih marmar.. sejuk mata memandang... tersergam nyer Gate King Abdul Aziz... then.. waktu berjalan memasuki MasjidilHaram... Ya Allah... sungguh berdebar2.. tak boleh nak gambarkan macam mana perasaan itu... Masuk jer.. mata mmg melilau2 mencari.. di manakah Kaabah?? Dimanakah tuju tanda kiblatku itu??? Kami ke satu sudut dan tinggalkan kasut di dalam uncang kasut dan letak sekumpulan di situ.. Jgn ada terlintas pun hilang ke aper.. letak jer dgn aman damai di situ.. InshaaAllah selamat jer dia kat situ.. Sbb if pegang jer kasut agak mengganggu perjlnan.. nak tawaf.. nak saei... if nak solat jer.. boleh ler masukkan kat uncang dan letak di sisi sejadah...

Untuk entry selanjutnya, anda boleh dapatkan Buku Diari Umrah Pertamaku. Semua senarai, doa dan tips Sally masukkan di dalam buku tersebut. Murah jer, RM25 senaskhah. Boleh juga belikan untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan yang nak menunaikan umrah/haji. Nak beli, boleh click link ini: http://www.eliss.com.my/product/diari-umrah-pertamaku/ 



Klik untuk Part 5

Wasalam,
Suhaili...



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


TETIBA KEINGINAN MEMUNCAK...

Tak tau ler nak cakap TAMAK ke aper ni???
Tapi akak ni mmg ada target for both... 

Nak pilih either one or BOTH... hihi
Sewing Machine tgh PROMO Set COMBO Mesin Jahit dan Mesin Jahit Tepi... OR
Nak beli TRADEMILL?? 

If Sewing Machine nak JUKI or BROTHER

BROTHER
NV-D Combo Set Pakej Mesin Jahit
Brother NV50 & Mesin Jahit Tepi
Brother 3034D di Isetan 1 Utama
Sale Price: RM 2638.20

JUKI
Mesin Jahit dan Mesin
Jahit Tepi Juki HZL-G210 & MO-50e
Home Sewing and Overlock Machine
Sale Price: RM 2999.00

Pakar2 menjahit semua.. Tolong bg advise on Mesin Jahit... Minat ada tapi pandai nyer idak lagi... setakat jahit lurus jer boleh ler..

TRADEMILL pun penting jugak... huhuuu... Yg ni pun pening.. Tak tau nak beli brand aper?? Yang pastu auto Incline up to 15... Help me guysss...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


UMRAH PERTAMAKU : PART 3 – BERLARI DI TAMAN SYURGA

Assalamualaikum….

Raudhah… Aper tu?? Dulu pun Sally tak tahu aper itu Raudhah… tahu ler tempat suci.. tapi tak tahu aper ada kat Raudhah.. Dengar jer orang cerita pergi UMRAH/HAJI masuk Raudhah.. tapi tak pernah ambik port pun nak tahu… Raudhah tu kat Mekah ke… kat Madinah ke… Sally tak tahu pun… Tapi sejak nak pergi UMRAH tu Sally google.. baca blog.. tanya kawan2 pasal Raudhah… 

Raudhah digelar Taman Syurga… iaitu tempat beradanya Makam Nabi Muhammad.. Rasulullah s.a.w… Alangkah indahnya berada di sana..  berada dekat di sisi Nabi kita.. yang kita sebut2 sentiasa.. yang kita berselawat sentiasa padanya… dan kini Sally berada di sisi makam Baginda… MasyaAllah.. perasaan mmg tak dapat nak bayangkan macam mana… Hasil daripada bacaan kat buku..  kat blog.. cerita kawan2.. cerita mama sendiri pun… semua cerita susahnya nak masuk ke Raudhah.. Ada yang cakap mmg bertuah jika dapat solat sunat di kawasan Raudhah..  Ada yang cakap bersesak2nya di raudhah..  coz ramai org nak pergi sana… macam2 cerita Sally dgr..  tak boleh nak bayangkan macam mana masa tu.. Tapi dlm byk2 cerita tu.. tak ada seorang pun yang menceritakan di mana letaknya Raudhah?? Macam mana nak ke sana??

Alhamdulillah… Sally diberi kesempatan 4 kali memasuki Raudhah. Berkat doa Sally sebelum pergi agaknya.. Setiap kali mempunyai pengalaman yang berbeza…

PERTAMA KALI MEMASUKI RAUDHAH.
Sampai nyer di Masjid Nabawi.. Sally dan Kak Da tertanya.. mana Raudhah?? Mana pintunya?? Macam mana nak pergi Raudhah?? Sally pernah dengar seorang Mak Cik dari Malaysia tanya guard kat pintu Masjid tu… This is Raudhah?? Sambil menunjukkan ke dalam masjid.. Guard Arab tu pun angguk je la.. Mmg ler Raudhah tu berada di dalam Masjid Nabawi tetapi di bahagian manakah?? Besar masjid Nabawi itu… Sally tak tahu kat mana Raudhah?? Selepas solat Subuh hari ke 2, Kak Da bertanya pada seorang mak cik dari Malaysia setelah bertegur sapa dan berkenalan.. “Makcik dah masuk Raudhah?” .. Makcik tu pun jawab.. “Dah.. semalam.. sekali jer dapat masuk.. ramai orang.. bersesak2..”… Kak Da tanya lagi.. “Nak masuk Raudhah ikut pintu mana?”.. Makcik tu jawab..”Ntah ler.. makcik pun tak ingat.. Mak Cik ikut je group.. tau-tau sampai kat Raudhah”… hmmm.. tidak membantu.. Kami berpandangan dengan niat di hati yang sama… “Hari ni kita mesti masuk Raudhah”. Ustaz cakap orang perempuan ada waktu2nya untuk masuk Raudhah. Raudhah dibuka kepada orang perempuan selepas solat Subuh dan solat Isya’. .. tapi sebenarnya jika musim orang ramai… waktu Zohor pun dibuka untuk orang Perempuan..  So.. sedang elok lepas Subuh hari tu.. we ols pun melancarkan misi untuk memasuki Raudhah… We ols pun terkial2 ler.. mana ler pintu Raudhah ni.. macam mana ler nak masuk?? Nampak orang rapat ke depan menghampiri penghadang kayu.. buat aper diaorng ni??? “ Kat sini kut nak masuk Raudhah??” Sally bgtau Kak Da.. Kak Da cakap.. “Mana ada pintu… Kak Da rasa kat sana….” Sambil menunjukkan pintu gah besar berbingkai emas di sebelan kiri Masjid… Dan ada ukiran2 hijau gitu… Dalam hati Sally .. “Haa  yer laa… sungguh bagus Kak Da.. Allah beri petunjuk padanya” Lagi2 nmpk org berpusu2 melalui pintu tu… We ols pun berjalan menuju ke sana… 

Nak tanya orang jgn harap ler diaorng faham kan.. Tak ramai yang tahu berbahasa Inggeris… So we ols pun menghampiri pintu yang dikatakan Kak Da tadi… huhuuu… rupa2nya pintu keluar… hukhukk.. itu jalan ke Perkuburan Baqi’..  We ols pun berpatah balik… Dan Nampak orang makin ramai berkumpul di hadapan penghadang kayu tu… So, we ols pun pergi ler kat situ.. Dan Sally bertanya salah seorang perempuan Arab dan tanya… “Raudhah?”… Perempuan tu mengangguk… betul ler penghadang tirai kayu itu adalah jalan nak ke Raudhah… We ols ni pun terus menyelit kat situ… tiba2.. terasa kami janggal sangat… Sebab hanya kami berdua bertelakung putih.. s edangkan yang lain semua berjubah dan berselendang hitam… huhuu… lantak ler.. kami menyelit dan membongkok jer kat situ ala-ala menyorok di kalangan orang Arab yang besar2 semuanya.. Kak Da ler yang ketara sebab dia besar… Sally yang ala-ala cute ni memang tersepit antara mereka.. Rupa2.. guard perempuan tu dah kelas kan… Orang Asia… duduk dulu… ada tali plastic yang ala-ala klu ada kemalangan tu kan polis pasang.. haaa… dia pasang tali tu dari tiang ke tiang… maknanya 1st batch masuk dulu.. orang2 Arab/Turki/Pakistan diberi keutamaan.. orang Asia dan lain2 kena duduk dulu.. ikut turn.. we ols main redah jer… hihii… ada gak yang pandang2 kat kami yang ala-ala itik sesat ni.. tapi kami buat derrrkkk jer.. 

 

Kiri tu gambar rekaan dlm masjid... 
Kanan tu ler gambar penghadang kayu yang merupaka pintu ke Raudhah

We ols tgh bersesak.. sempat lg snap... Itik sesat.. hihiii
Lama jugak tunggu depan pintu tu… hampir 1jam setgh… lenguh betis berdiri… tetiba ada sorang nak pitam… dan kwn dia tanyakan sesuatu pada sorang perempuan arab yang lain.. Orang tu menggiling2 kepala… tetiba kawan tadi menyebut stomachache.. hungry.. Sally pun terus menyeluk ke dalam bag dan mengeluarkan sebungkus Biskut Cream Cracker.. Tersenyum dia mengambilnya.. dan Sally tgk kawan dia makan dengan rakusnya.. Sejak tu perempuan2 Arab yang lain agak selesa dengan kami.. tak der yang jeling2 dah… 

So, tunggu punya tunggu,......

Untuk entry selanjutnya, anda boleh dapatkan Buku Diari Umrah Pertamaku. Semua senarai, doa dan tips Sally masukkan di dalam buku tersebut. Murah jer, RM25 senaskhah. Boleh juga belikan untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan yang nak menunaikan umrah/haji. Nak beli, boleh click link ini: http://www.eliss.com.my/product/diari-umrah-pertamaku/ 


Jumpa di next post.. UMRAH PERTAMAKU - Part 4.. Banyak lagi nak dikongsi bersama.. supaya sama-sama kita ambil manfaat dan bersangka baik ler.. Sekali lagi Sally ingin maklumkan bukan ler niat nak menunjuk2.. nak riak.. nak berlagak pandai.. tapi niat untuk berkongsi saat manis dan tips yang mana sebelum Sally ke sana dulu… benda2 yang Sally sebutkan kat atas tu yang Sally nak sgt tahu.. yang Sally cari2... Semoga posting Sally kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua… Amin

Klik sini untuk Part 4

Wasalam
Sally.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops