Teater Gerimis Mengundang



TEATER: Teater Muzikal Gerimis Mengundang
TARIKH: 27 Mac hingga 8 April 2012
MASA: 8.30 Malam
TEMPAT: Panggung Sari, Istana Budaya
TIKET: RM25, RM55, RM75, RM105, RM155 & RM305
 (Untuk info lanjut, layari laman web rasmi Istana Budaya, www.istanabudaya.gov.my. Tiket-tiket boleh diperolehi melalui kaunter box office Istana Budaya atau secara online di www.ticket2u.biz)

Bertemakan cinta romantik, TMGM mengisahkan Zamani (Kamal) bakal juruterbang muda, bertemu dengan seorang gadis Indonesia bernama Mikha (Mikha Tambayong). Pertemuan itu berlaku ketika insiden beg Mikha diragut di kolejnya. Di situlah bermulanya perkenalan mereka dan kemudiannya membawa kepada bibit cinta. Namun ketika itu, Zamani sudah mempunyai cinta hati, Yana dan harus membuat pilihan antara dua gadis yang telah mencuri hatinya itu.

Undangan untuk menonton teater Gerimis Mengundang semlm tidak Sally lepaskan.. Sally dgn hubby ke Istana Budaya terus dr ofis.. Nak tgk aper kelainan yg diberikan oleh Ahmad Idham.. hehehee.. Ahmad Idham kan slalu menjanjikan satu kelainan.. cewaahhh... Kali ini, Ahmad Idham mengetengahkan actor actress bukan shj dari Malaysia.. tapi gabungan Indonesia dan juga Singapore.. Mmg dahsyat.. Ada yg dtg semata-mata kerana nak tgk Mikha Tambayong.. ada gak yg admire Kamal Adli... Sally lak nape??? huhuhu.. bg support ler.. mengisi masa lapang.. dan yang paling penting Sally bleh buat review kat sini.. free PROMO untuk teater Gerimis Mengundang ni... cewaahhhh..

Teater Gerimis Mengundang telah dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Kamal Adli, pelakon sinetron Indonesia, Nada Cinta iaitu Mikha Tambayong, Shenty Feliziana pelakon dari Singapura dan pelakon-pelakon tempatan lain seperti Taiyuddin Bakar, Najua P. Ramle, Msutazim Mohamed Zaki, Rosi Taib dan ramai lagi.

Teater itu sebenarnya dinspirasikan dari filem Gerimis Mengundang lakonan Kamal Adli dan Olivia Jensen yang bakal ditayangkan pada tahun ini juga. Tapi bila teater Olivia diganti dgn Mikha coz maybe Mikha lebih popular di Malaysia dek kerana lakonan nyer dlm sinetron Nada Cinta tu...

Kisah percintaan tiga segi remaja ni, mmg boleh layan ler.. Kalau seblm tgk teater Sally xder ler minat sgt dgn si Kamal Adli tu.. cam poyo jer.... Tetiba lepas tgk teater rasa kamal adli tu cam best plak.. Dulu x minat, sejak mlm tadi minat plak. Lakonan dia best.. Romantik.. Klakar.. Nyanyi dan dance pun best.Nak tambah lg... Mmm... Takde le rasa org pergi sana nak tgk Mikha je.. Coz Mikha tu cam typical artis indon je.. Xde le gempak sgt... Kamal Adli paling best semlm... Dgn si Tai apa celop tu.... U ols g le tgk... Best part bila si Mikha tu ckp Eden Cinta Ekau... Dan tak lupa jgk credit for Kumpulan Zero... Besttttt sgt..

Kalau dlm impak maksima, abg idham bawk masuk keter, kali dia bawak masuk helikopter plak.. cayalah... Ada tak pengarah/penerbit teater lain yg berani bawak keter kebal plak lepas ni.. hahahaaa.. So, u ols.. jgn tunggu lagi.. g ler tgk.. mmg tak rugi.. best.. lagu pun best.. jalan citer layannnn... Kamal Adli mmg memberikan yg terbaik... d best... Vote 5 bintang for Kamal Adli... Layan gmbr Sally yg muka berminyak abis dgn pelakon2 Teater Gerimis Mengundang..

Sally dan Kamal Adli...
 
Sally & Maya Lembayung..

Hubby, Mikha & Sally

Tai & Sally






U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Makan-makan di Songket

Malam ni rezeki murah.. ada org belanja makan2 di Songket.. thanks to Audit Team.. tapi yang merancang dan booking nyer.. tak lain dan tak bukan Sally, Neeny dan Sue jugak... hehehe.. bab makan cepat ajer.. first time makan kat luar sama2 beramai-ramai dgn audit team.. Selain drp hari Sally buat nasi kerabu tu ler.. dan hari2 makan dgn Neeny, Yusni, Rosli, Kak Tar, Kak Aini.. so.. mmg happening.. Hati akan happy klu diri rasa di sayangi.. dan dihargai.. Sayang ker??? hahahaha

So, kat Songket ni.. makanan dia not bad.. masa makan2 ada persembahan tarian gak.. diaorg start tarian kul 8.30 mlm.. Service agak slow.. pelayan tak ler peramah sgt.. org tanya pun menjeling.. huhuu... sayang jer.. makanan sedap.. layanan hampeh.. klu mat salleh.. bukan main lagi.. padahal we ols lagi ramai.. harga boleh tahan.. tak mahal sgt.. tak ler murah sgt.. dr appetizer.. main course .. dan juga dessert... yg lain semua sedap kat mulut Sally kecuali dessert.. hancus.. yg bleh tahan adalah kuih pandan dgn gula melaka tu jer.. yg lain mmg out... So, share some pics with u ols:






Hahaha.. layan jer la u ols.. lupa nak rotate dulu gmbr nyer... Duk tgh makan.. baru teringat kunci rumah tertinggal kat opis... huhuhuu.. terpaksa kol hubby yg mas atu kat Damansara... minta dia hntr ke Songket dulu.... huhu.. menyusahkan betul ler Sally ni.. Sorry and thanks hubby..





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Aku Bukan Mistress - Acik Lana

Novel ni recommended by Neeny.. bakal ibu baru buat kali ke 4.. heheh.. thanks dear Neeny. Sally sajer jer request novel kat dia coz nak bawak g KOREA.. Konon nyer selama 6 jam setgh kat dlm flight tu bleh ler Sally layan novel. Walaupun 2 novel yg Neeny bagi, Sally decide utk bawa novel ni memandangkan Neeny ckp novel ni best.. Sally dgr cakap Neeny. Matlamat Sally berada 8 hari di KOREA adalah untuk menghabiskan novel ini di masa-masa terluang... cewaahhh... tapi akhirnya.. terbabas gak ler.. coz byk sgt tmpt menarik kat Korea.. So, hari last kat dlm flight balik tu, oleh kerana sally ambik biz class.. dapat ler sally habiskan novel ini.. best sgt... Mula2 Sally share sinopsis dia dulu dgn u ols:


Sinopsis Aku Bukan Mistress

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Apa kata Sally ttg ABM?

Cerita ni pasal perempuan simpanan/pelacur kelas atasan/mistress atau senang cakap perempuan yang dibela/ditaja oleh orang kaya. Mya Arlissa memang bukan contoh yang terbaik for girls out there. Jgn plak lepas baca novel ni, ada yg berangan nak jadi mistress dpt husband hensem dan pengakhiran yg baik mcm Mya tu..  

1. Yes, mula-mula aku baca rasa macam novel ni sama dengan novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. But not actually, mungkin subjectnya saja yang sama tapi jalan ceritanya berbeza. Ada lebih kurang ler... 

2. Ceritanya memang agak romantik. Tak plak ada scene yg bleh mengalirkan air mata.. tapi jalan cerita tetap menyentuh perasaan..

3. Nama Mikail.. panggil Mika.. mcm best plak.. tetiba nama anak nnt nak letak Mikail.. hahahahaa...

4. Gaya penulisan yang matang, pengolahan yang terbaik.. tapi.. ada tapi nyer.. tak byk tragedi sgt.. semua pengakhiran baik jer... happy ending ever after gitu... Bab last2 tu.. cam nak pendekkan citer agaknyer.. semua best jer... semua positive..

5. Mya Arlissa.. seorang gadis kampung yang malag.. kehilangan kedua org tua dlm kemalangan.. tinggal dengan nenek dan ibu saudara... Mya di fitnah oleh sepupunya dan dijual oleh bapa saudara tiri.. terpaksa berkerja di club... Mya ni pada aku mmg mangsa habis-habisan.. lepas dirogol bapak sedara tiri, jadi pelacur.. pastu jadi pompuan simpanan... pastu kena rogol lagi dgn si adam tu... huhuhuuu... Mesti cantik giler smpi Mika bleh terima dia smpi mcm tu skali.. Ada ke dlm real life mcm ni yer??? huhuhuu

6. Mikail yg keciwa kerana tunang nya telah curang dan berkahwin dengan ayahnya sendiri.. mempunyai seorang sahabat baik iaitu Adam (nama mmg baik) tapi tikan kawan sendiri.. hehehe... Kerana keciwa dengan bapanya dia membawa diri nya jauh dari keluarga.. hidup sendirian..

7. Atas masalah masing2, Mikail & Mya bertemu.. Mika telah menebus Mya dari taukey club.. dengan  bayaran RM 50k... banyak oooo... sah2 la Mika nie mmg kaya.. Bkn saja Kaya.. encem plak tu.. penulis yg cakap tau.. Mya pun ckp Mika nie encam.. so kena la akui.. hehehe :)... hmmm... terbayang si Aaron Aziz plak masa baca tu...

8. Novel Aku Bukan Mistress memang aku highly recommended pada yang belum baca. My evaluation, 7 out of 10.

So, ini pendapat Sally... u ols baca ler sendiri tgk camana penerimaan u ols semua.. Tapi tak rugi kalau memiliki novel ni.. ok.. daaaaaa... tgu review Sally dalam novel seterusnya.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Korea Part 10: 8th Day in KOREA aka Last Day

Hari ni.. seawal 5 pagi dah bangun dan bersiap untuk ke airport.. Jarak Hotel ke Airport tidak ler jauh sangat.. dlm 20 minit perjalanan sahaja... Urusan check in mengambil masa yang agak lama bila memandangkan bag2 pun dah beranak pinak.. Tambahan pula dpt staff ticketing yg agak siput.. Tgk gmbr minah korea yang siput ni jap...


Tapi kesian jugak dia... check in pun dia.. tukang angkat bag pun dia.. mana tak siput nyer.. Bag2 we ols dah ler mengalahkan bawak balik tayar lori.. huhuu.. Nasib baik ler semua lepas... tak der plak yg kena bayar extra luggage ke aper.. Kat Korea ni.. mcm extra2 luggage tu.. diaorg tak berkira sgt wpun flight air asia.. Bagus kan.. bagus ajer klu berpihak pd customer...

Lepas check-in, we ols menuju ke train untuk ke terminal departure.. Masa tunggu train tu, tetiba jer Sally ditegur oleh seseorang.. Ingatkan mamat mana ler.. rupanya si Shuk dgn isteri dan anaknya.. Diaorg pun dtg bercuti kat Korea jugak... tak sangka plak bleh jumpa classmate UiTM Jengka kat Korea ni... Lupa lak nak ambik gmbr dgn Shuk and Family... hehehee... Asyik2 gmbr Sally jer laaa... layan...





Sally dan Maya upgrade seat we ols ke Business Class.. Cuma tambah dlm RM156 jer.. Bukan aper.. waktu balik ni.. badan dah letih.. penat sgt.. we need rest.. nak tido bergolek2 dlm flight... So, layanan pun special sket ler.. best gak naik business class ni... Layan gmbr we ols berposing sebelum we ols tido... Saper2 yang nak berjalan jauh tu, Sally sarankan waktu balik u ols upgrade ler seat kepada business class.. Mmg berbaloi... layan gmbr lagi:






Lebih kurang pukul 3 ptg, we ols dah selamat tiba di Malaysia.. Kami dijemput oleh Abg Driver.. Abg Basir. Sampai di Wisma BSN.. masing2 dijemput oleh family masing2.. Adelina datang dgn hubby untuk jemput Sally.. Big Hugs and Kisses from Adelina.. Rindu mama...   "I miss you mama"...Adelina.

Mmm.. lepas Korea.. x tau ler plak ke mana.... tunggu projek travel Sally akan datang...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Korea Part 9: 7th Day in KOREA

Aper perasaan padi hari ini??? Huhuu.. sedih rasanya bila ingat hari ni dah last day we ols kat Korea... tapi.. rasa rindu kat Adelina pun dah membuak-buak.. So, perjalanan harus diteruskan.. cewahhh... Aper aktiviti hari ni plak???

Hari ke 7 ni penuh dgn aktvt shopping... cuaca hari ni agak tidak berapa elok bila hujan renyai2 dijangka berlarutan sepanjang hari.. Even dekat hotel pun diaorg update weather.. dan jangkaan ramalan kaji cuaca tepat pulak tu... So, yg mana dah bawak baju hujan tu.. tak sia-sia.. leh ler pakai pada hari ni. Suhu jadi bertambah sejuk.. terketar2 rasanya... nasib baik dah last day baru hujan... so, perjalanan hari ni agak terbatas.. tapi aktivti tetap diteruskan... lepas check out hotel jer.. dah settle breakfast semua.. we ols ke destinasi pertama iaitu National Ginseng Shop. Kat sini, diaorg terangkan asal usul ginseng.. kategori ginseng... umur ginseng.. yg mengikut mereka dikira daripada tumbuhnya daun2 pokok... Lepas penerangan diberikan, diaorg bawak we ols ke tingkat paling atas.. Kat sini semua ginseng mahal2.. Pelbagai kebaikannya.. Sally dgr jer laa... Ada gak yg beli.. So, bila diaorg tgk x ramai yg berminat nak beli.. bukan x berminat... duit dah nak kering.. ada benda2 lain lg nak dibeli... huhuu... then, diaorg bawak we ols ke tingkat bawah. Kat sini ada ginseng murah2.. dan Sally beli tea ginseng utk Aboh.. my father in law... utk hubby, mama dan abg2 ku sekalian.. kasik cergas dan sihat.. Ada gak yg memborong souvenir lagi.. tak cukup malam tadi beli... hehehee...Ada gak yang memborong baju traditional Korea kat sini.. Si Kak Shima yg mmg fanatik giler dgn Korea.. mmg x lepaskan peluang utk sambar sepsg baju Korea... cantik gitu... jom tgk gmbr Kak Shima berposing dgn baju Korea dia...


Lepas dah borong ginseng kat sini, we ols proceed ke kedai brg2 makanan spt coklat, gula2, rokok ginseng, souvenir2 lain.. Dah lupa lak nama kedia tu aper.. Tapi agak mahal ler kat sini.. Tak ramai yg shopping kat sini.. Yg Sally ingat Kak Zee jer beli rokok ginseng untuk anakanda nyer.. bagus sungguh ibu ni.. beli rokok utk anak.. Cam ni ler baru ibu mithali... hehhee...

Then, we ols pergi lunch kat kedai Little India semlm tu jugak.. Time ni dah nak sembahyang Jumaat dah.. So, we ols lepak2 ler kat kedai tu sambil tgu lepas org smbhyg Jumaat baru ler dia hidangkan.. Hari ni menu nya Nasi Beriani Udang.. Sedap.. tapi portion nyer bleh makan 2 org utk 1 pinggan.. tak abis pun.. Hari ni, si mamat tu.. yg nmpk mcm terover baik dgn Sally.. (hehehe.. perasan ke??) dia belanja teh tarik utk semua org... Sally dpt 2 cawan.. kekekee... Mamat tu hensem ler jugak... tapi boroi sket... huhuuu...baik org nyer.. saper2 nak ke Korea, leh ler singgah kat kedai dia... Little India berdekatan dgn mosque kat Iteawon.

Lepas makan2, we ols proceed ke Duty Free Shop. Kat sini ada mcm2 international brand... ada handbag.. ada make up, ada amethyst jugak.. Harga lebih murah drp kilang yg we ols pergi semlm.. huhuu... Ada gak local beauty product.. harga lebih kurang jer dgn face shop semalam... Kat sini Sally & Maya terlambat plak.. Maaf dan ya ampunnn semua.. leka duk tgk2 nak beli Coach... smpi x perasan masa berlalu... Maya mmg profesional.. sorang2 dia mintak maaf.. Malu ler plak kan.. rasa bersalah plak bila buat peserta lain tertunggu-tunggu... Tu ler adat rombongan beramai2 ni...

Then, we ols ke Myeongdong Market.. Sama cam nandaemon... ada shopping complex gak.. dan yg jual ala-ala pasar malam kat tepi2 shopping complex tu.. Org kata kat sini ler byk jual brooch dan juga handbag branded Grade A... Tapi x byk yg buka pun coz hujan.. Sally pun x interested sgt nak beli benda2 tu.. So, Sally focus utk shopping baju jer laa... hahahaa..

Kat Myeongdongni, x leh bargain sgt.. sikit2 jer dia bg.. Bagi Sally Nandaemon lg murah.. fesyen sama jer.. Kat sini lg kasar penjual dia.. ko nak beli.. beli.. xnak beli blah.. tu ler konsep dia.. Baju lak tak leh try tau.. No fitting room. Korang beli dan gamble jer la muat ke tak.. Byk gak hasil tangkapan Sally kat sini.. Nak abiskan duit... Baju Sally dan Adelina.. Sampai abis ler semua duit Sally.. Tinggal beberapa ribun won jer la... hahaha.. shopping smpi kering...

Kat sini gak ada Uniqlo... Uniqlo dia besar.. klu tak silap Sally 6 tingkat kut.. Kat sini brg2 uniqlo mmg murah giler... Byk beza dgn Malaysia.. Seluar yg RM200 kat Malaysia, bleh dpt dlm RM55 jer.. pergghhh... tapi saiz nyer kecik2.. Org Korea jarang yg berbadan besar.. Saiz XL tu mcm L ler.. tak pun ad ayg cutting kecik macam M jer.. huhu.. Byk S dan XS. Lepas shopping, we ols bertolak ke Incheon. Malam last ni we ols akan tido di Hotel kat Incheon.. Nama hotel tu Incheon Beach Hotel.. Oleh kerana we ols smpi pun dah malam.. so, x de ler nampak beach pun... Hotel terakhir we ols kat Korea ni pun mmg best sgt. Ianya bertaraf 4 star.. Pendek kata apa yg disediakan oleh travel agent sangatlah berpuas hati... hotel2 semua best.. Tgk gmbr hotel jap hasil sumbangan Kak An:






Malam ni, we ols tidak disediakan makanan coz semua dah tak lalu nak makan.. So, si Jade tu bagi cash 8000won sorang sbg ganti makan malam.. We ols guna je duit tu buat shopping.. malam tu we ols habiskan segala bekal yang dibawa dari Malaysia.. Byk giler.. we ols siap berkelah makan ramai2 kat bilik Kak Mis yang luas lagi selesa itu... Best makan ramai2... Tak der ler we ols berborak lama sgt coz esok pagi.. seawal 5pagi dah nak bangun.. nak bersiap menuju ke airport untuk penerbangan balik... Dah nak balik dah we ols.. Ok.. bersambung Part 10.
.
Klik sini utk Part 10.... Last dah ni... wakakaa


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Korea Part 8: 6th Day in KOREA

Sally share a few photo Oak Valley Hotel... Mmg terbaik resort ala2 apartment ni..

Ruang tamu yg mmg besar


Bilik tido ala-ala Jepun
 

Di hadapan resot


Hari ke 6 di Kota Seoul menjanjikan sesuatu yg lain dr yang lain.. Mana tak nyer.. dah ari2 mengadap kimchi.. arini we ols berpeluang untuk belajar buat kimchi... hehehe.. Nak masuk kelas kimchi ni bayar 2500 won shj. Yg mengajar pun dah macam hero Korea.. huhuhuu... tapi x tau ckp english pun... Si Jade ler tukang translate.. Nak buat kimchi ni byk bahan2 nyer.. Sally layan kan sajer.. Bergambar yg penting..  Ada tak yg beli kimchi ni bawak balik Malaysia? Hanya Kak Zee sorang yg beli... Sally nak beli... huhuhuuu.. makan pun idak... Sally lebih suka kuih tepung beras yg dia hidangkan tu... kenyal2 ada rasa kacang hijau kat dalam.. sedap... Layan gmbr jap:


Pakai apron sebelum buat Kimchi



Lepas belajar buat kimchi, we ols ke Strawberry Farm lak.. bayarannya 3000won dan berpelung utk petik 5 biji strawberry ajer.. huhuhuuu.. Tapi strawberry nyer... manis yang amat.. sodap... Nak beli lebih pun bleh 10000 won utk 1 pek.. Klu beli min 4 pek, dia akan hntr yg fresh terus ke airport.. Siap balut dgn kain satin lagi.. bagus service diaorg ni... Layan gambar jap:





Lepas dah menikmati kemanisan strawberry.. we ols menuju ke Lotte World.. Actually plan asal nak ke Everland.. tapi x jadi coz kat sana byk kawasan yg sedang direnovate selepas snow.. so, we ols proceed ke Lotte World.. Mmm.. lupa lak caj Lotte World brapa... dia ada indoor and outdoor... ada ler 2, 3 benda yg Sally naik... last skali yang dia ayung smpi 180 degrees then pusing2 kita bila dah ada kat atas... huhuhuu.. tobat aku tak naik dah... serammm.. cam nak tercabut hati dna pankreasku... Byk ler game outdoor dia.. indoor lebih kepada budak2... tak naik pun.. jenjalan jer coz dah rasa nak termuntah naik benda Allah tadi tu... Sally gak beli BB Cream kat sini.. brand Etude House... Saper2 yg ke Korea.. beli ler BB Cream.. mmg best.. dia cam foundation plus concealer... x yah pakai bedak dah.. best sgt... Klu nak ke Korea.. bgtau Sally ok.. Nak kirim lagi.. Menyesal plak beli 1 jer.. Harga dlm RM58 ler satu.. Kat Malaysia, dlm KLCC tu.. harga dlm RM185 ler.. huhuhuu.. mahal kan.. So.. layan gmbr Sally kat Lotte World.









Ni dia BB Cream yg Sally beli tu... best pakai.. u ols patut beli ni..

Selepas beriang ria di Lotte World.. we ols ke Kilang Amethyst..  Kat sini, Sally hanya jamu mata jer laa.. Mmg ler lawa2.. tapi harga nyer pun cukup lawa.. Ada yg Sally berkenan tu sampai RM1500.. huhuuu.. x per laa... tgk jer.. byk benda lain lagi nak beli... Jadikan pengalaman ke Beijing satu panduan.. huhuhuu... Selepas Amethyst, we ols ke Face Shop plak.. Kat sini pun ramai yg memborong brg2 kecantikan.. Brg2 diaorg ni agak berkualiti tapi harga mahal sket ler.. Harap2 nyer leh cantik mcm org Korea gak ler.. hehehee... Kat sini shopping tax refund.. lepas beli brg, diaorg terus tolak tax kat kedai tu jugak.... Tak der plak kitaorg bergmbr kat kedai ni... Station seterusnya, we ols ke Liitle India.. yahoooo.. first Halal restaurant yg we ols pergi kat Korea. Kedai India.. makan pun nan dan tandoori.. prawn masala. chicken curry.. mmm.. boleh ler.. drp mknan Korea tu kan... Restaurant Little India ni berdekatan dgn masjid. Tetiba we ols terasa nak minum teh tarik.. Teh tarik dia gelas kecik giler dgn harga 3,000 won.. huhuu.. hentam jer la labu.. coz dah kemaruk sgt kan.. tapi teh tarik dia mmg best.. kalah teh tarik kedai mamak kat Malaysia ni..


Lepas dah kenyang.. we ols check in Hotel Ulji-ro Co-op Residence kat Seoul. Hotel ni agak kecik.. tapi modern. Microwave pun ada.. tapi mmg kecik giler.. selesa tu mmg ler selesa.. tapi best ler.. hotel ni berdekatan dgn Nandaemon Market.. bleh jalan kaki jer.. Sebelum we ols bershopping, Jadi telah panggil wakil penjual brooch ke hotel.. Brooch dia x de rler lawa sgt.. harga pun mahal ler jugak.. so, Sally hanya beli 4 brooch dan 1 rantai jer utk mama... Lepas dah shopping brooch, we ols menyusuri Nandaemon road. Sepjg jalan tu shopping complex yg mmg bertingkat2.. So, Nandaemon market yg digambarkan rupanya shopping2 complex di sepanjang jalan Nandaemon. Mula2 we ols ke kedai cenderahati.. murah sgt kat sini.. So, u ols yg pergi Korea.. ingat.. jgn beli sebrg cenderahati kat mana2 tmpt lain selain tmpt borong brg2 cenderahati.. Singgah kat mana2 tmpt pelancongan tu, jgn beli coz harga agak mahal.. Kat Nandaemon ni.. mmg harga murah ler.. Sally borong brg2 cnderahati shj dlm 100,000 won.. huhuuuu... 

Tgk ler bag shopping cenderahati masing-masing... huhuhuu

Lepas tu we ols proceed shopping lagi.. Byk gak yg Sally beli kat nandaemon ni.. Ketika semua org dah kepenatan dan balik ke hotel, Sally dan Enn sambung shopping smpi kul 1.00 pagi... huhuuuu.. dahsyat tak we ols.. we ols balik berdua jer.. FYI, kedai2 kat Nandaemon ni tutup kul 4pg.. Kat sini u ols bleh bargain.. bargain byk pun tak per.. Baju2 mmg best.. kualiti dan fesyen2 mmg up to date.. mmg taste Sally pun.. and i really like it.. huhuuu.. klu ler ada duit seguni.. mau satu kapal terbang aku borong.. cantik giler baju2 dia okayyy... huhuuu... So, gmbr hotel Ulji-ro Co-op Residence ni lupa lak nak ambik.. coz bz menyopping... hahahaa... Ok gud nite.. sambung Part 9 nnt...
.
Klik sini utk Part 9


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops