7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah

Selepas membaca 2 novel Siti Rosmizah, Lafazkan Kalimah Cintamu dan juga Andai Itu Takdirnya... Sally yakin gaya penulisan Siti Rosmizah mmg tiada tolok bandingnya. Jalan cerita yang mmg padat.. tersusun.. menarik.. mampu menarik minat Sally untuk terus memburu karya Siti Rosmizah. Novel ke tiga Siti Rosmizah yang menjadi santapan Sally ialah 7 Hari Mencintaimu... mmg tidak menghampakan. 3 hari Sally mengadap novel setebal 1049 mukasurat tu.. mampu membawa Sally ke alam Mia Adriana dan Khuzairi.. Mmg hebat Siti Rosmizah.. Tidak syak lagi kenapa setiap karyanya mampu meraih jualan hangat di kedai-kedai buku.. Bravo sist... Novel ni sebenarnya karya ke 4 Siti Rosmizah.

So, Sally share sikit dgn u ols sinopsis ceritanya:

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Dengan harga RM32.90 senaskhah, Sally rasa berbaloi untuk dimiliki.. tapi cam biasa.. Cik Ninie yang baik hati telah pinjamkan novel ni kat Sally... Sally ni aper laa... nama jer kaki Novel.. tapi bukan Kaki Beli Novel.. hahahaa.... bukan aper.. ramai sgt kawan2 yang baik hati nak share.. bukan ke sharing is caring... :)

Bagi Sally, novel ni ada kelainanannya yang tersendiri... bila dah baca.. 3/4 daripada isinya.. tidak mampu membuatkan anda menangis... tu Sally ler.. klu u ols baca dah menangis x tau ler.. Tapi.. jalan ceritanya cukup menarik sampaikan setiap baris tidak mahu ketinggalan. Cerita banyak berkisarkan ttg keegoan manusia.. Ego Mia yang berwatakkan wanita bandar yang cantik, angkuh, memandang hina pada org kampung, org miskin dan kanak2 lembam... ego Khuzairi.. seorang lelaki penyayang.. tapi tidak mahu mengalah juga wpun sayang melebihi segalanya...diselitkan juga sifat cemburu dalam diri Khuzairi... selainnya.. ego seorang wanita tua bergelar ibu.. Mak Leha.. yang diracuni anak buahnya Syakila dan juga kisah lampau Yati, ibu kepada Mia.. Byk sgt yang ego dlm cerita ni.. Tapi Siti Rosmizah mengulasnya secara terperinci... menyulamnya menjadi satu cerita yang menarik.. beliau betul2 mendalami setiap watak yang dicipta... Cerita ni juga menggambarkan kerakusan manusia terhadap harta. Ulasan setiap watak lain yang Sally boleh beri gambaran di sini ialah:

  • Watak Johan, bapa saudara Mia.. yang sanggup menjual maruah dan anak demi wang semata-mata.. yang akhirnya GILA..
  • Khalili... yang mencintai Mia tapi tunduk pada kehendak bapa yang memburu harta dunia..
  • Yati, ibu Mia yang sanggup untuk melacurkan anaknya, meninggalkan suami demi harta, berkomplot dengan Khalil juga kerana wang ringgit semata-mata.
  • Helmi ... penganggur setia yang sanggup mengkhianati abangnya hanya kerana wang ringgit semata-mata.. 
  • Selain dari itu.. banyak juga watak2 mulia.. seperti Megat Idrus, bapak Mia.. yang sanggup merahsiakan kejahatan seorang isteri demi menjaga maruah ibu di mata seorang anak.
  • Puan Roziah.. isteri ke 2 Megat Idrus merangkap ibu tiri kepada Mia.. yang sanggup dihina dan dicerca.. tapi kasih sayang yang tak pernah luntur terhadap anak tirinya sehingga ke hujung nyawa.
  • Pak Samad.. ayah kepada Khuzairi yang betul2 menyayangi Mia dan memahami perasaan seorang anak (Khuzairi), Pak Samad juga merupakan kawan yang setia memegang amanah kepada Megat Idrus.
  • Watak Buntat tidak boleh dipandang remeh.. Buntat menghidupkan cerita.. Cuma Sally rasa terkilan bila dia mati macam tu aja.. Sally mengharapkan pengakhiran yang bahagia untuk Buntat.. Agak kejam takdir untuknya...
  • Sofi.. sepupu yang paling baik.. berada di sisi Mia setiap suka dan duka..
  • Zaidi.. kawan yang baik untuk Khuzairi dan mampu menjadi penyokong yang setia kepada seorang sahabat..
  • Nadia juga penyedap cerita... adik perempuan Khuzairi yang sentiasa menyokong Mia Adriana..
  • Pak Andak dan Mak Andak juga menghidupkan lagi cerita..
Siti Rosmizah juga pandai menyelitkan babak-babak lucu dalam novelnya... Beliau mampu membuat Sally tersenyum sendiri.. Part2 lucu yang Sally ingat bila Mak Leha dan Pak Samad terdengar Ri dan Mia tergelak2 mengeletek di dalam bilik.. pastu Mak Leha kata dia rasa menyampah.. pastu Pak Samad ckp.. kenapa lak nak cemburu.. klu awk nak suruh saya geletek.. mai sini saya geletekkan sampai terkencing... lawak..lawak masa tu.. pastu bab2 berbalas makian antara Mia dan Mak Leha.. sungguh bernas Sally rasakan.. mmg best.. terasa macam Siti Rosmizah ni seorang yg mulut laser plak... ye ke?? Coz.. kata2 yang diucapkan tu cukup untuk mengena antara satu sama lain... Bab yang membuat orang menyampah bila dia timbulkan watak Syakila tu.. mmg betul2 menyampah... 

Bila dah baca suku bab terakhir.. start dr bab 92.. haaa... dah mula dah babak air mata.. Mmg tak sah ler tak menangis baca novel Siti Rosmizah ni.. tapi kali ni.. bab air mata lambat sket dtg.. tapi jalan cerita mmg menarik... Sedih gila bila Mia sanggup tinggalkan anaknya... tinggal suaminya... Bab Khuzairi yang tidak boleh menerima Mia kembali... huhuu... byk sgt ler klu nak cerita... Last sekali.. mmg happy ending ever after... semua masalah diuraikan.. Mmg jalan cerita habis sehabis2nya... Pengakhiran yang happy buat Helmi... buat Zaidi.. buat Yati, mama Mia... perubahan yang besar buat Mia sendiri, Mak Leha pun berubah jadi baik dgn Mia.. tp cam over ler plak berubah jadi baik nya.. Syakila yang menerima balasannya... semua ler dirungkaikan.. dengan cerita Mak Limah dan anaknya.. mmg tak tertinggal walau satu watak sekalipun... semua dirungkaikan oleh Siti Rosmizah.. Sally paling suka bab suspend Mia serahkan kotak cincin tu.. huhuuuu.. mmg tidak dijangkakan.. Gud Job Siti Rosmizah.. i like it so muchhhh...
So.. aper lagi.. yg belum baca tu.. pergi ler carik.. mmg tak rugi  dowhhhh.... beshhh.. 8/10 for Siti Rosmizah. So.. sally akan memburu satu lagi karya Siti Rosmizah yang Sally tak baca lagi iaitu Cinta Kau dan Aku... mmm.. saper ada.. angkat tangan.. hehehee



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Onde-Onde aka Nonde aka Buah Melaka

Hari ni ada family gathering kat umah my father in law.. Cam biasa.. Sally cam rasa x best ler klu tak bawak aper2 kan.. ABoh pun suka makan onde-onde.. so Sally decide nak buat onde-onde hari ni. Semlm dah beli bahan2 onde-onde: Tepung Pulut, Tepung Beras, Gula Melaka, Kapur Sireh... cuma pagi tadi jer Sally kuar g beli kelapa parut. Nak beli semalam kut masam plak... so, pagi2 lagi dah start kete g kedai Babu. Alang2 beli kelapa parut.. nmpk lak buah2an yang segar bugar kat kedai babu tu.. So, Sally decide nak beli serba sedikit untuk buat rojak buah.. bleh ler buat pencuci mulut nnt..

So, Sally sajer je nak share ngan korang cara-cara membuat Onde-Onde.. senang bangat.. yg dah tahu tu.. baca jer ler erk...

1. Adunkan Tepung Pulut 500gm, Tepung Beras 2 sudu besar, Sedikit Kapur Sireh dan air daun pandan. Uli hingga sebati sampai jadi doh macam gmbr kat sebelah tu.. Tak berapa lembik.. tak berapa keras... Daun pandan tu... Sally potong2.. campur air pastu blender samapi air pekat.. Pastu tapis air.. Guna air daun pandan jer untuk dapatkan warna hijau dan bau wangi pandan...








2. Sediakan kelapa parut dalam bekas berasingan. Campur garam sket jer...














3. Pastu, bleh ler gentel bulat2.. kat tengah2 tu letak gula melaka yang dipotong cube. Masukkan ke dalam air yang mendidih... Bila masak, onde-onde tadi akan terapung di permukaan air. Spt dlm gambar kat sebelah tu...











4. Ceduk onde-onde yang terapung tu dan masukkan ke dalam loyang kelapa parut tadi.














5. Onde-onde yang telah masak dan dimasukkan ke dalam loyang kelapa parut.














6. Golek-golekkan onde-onde supaya disaluti dengan kelapa parut.














7. Tadaaaaa... dah siap dah onde-onde. Sedia untuk dimakan.. Makan panas2 sedap onde-onde ni.

Tempoh penyediaan : 1 jam jer... Bleh dihidangkan untuk minum petang.. kena dgn air teh.. mmm.. best..

Ok guys... nak bersiap nak g umah my father in law.. Tgk aper yg disediakan di sana plak.. mmmmm.. makan2 day.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Gong Xi Fa Cai 2012

Malaysia... rakyat berbilang bangsa.. So.. sempena Chinese New Year ni.. bukan stekat all d chinese yang bercuti.. beraya sakan... Melayu dan India pun sama gaks.. melayu yg over.. CUti seminggu terus.. bukti nyer.. jalan raya penuh sesak.. org Kelantan.. balik Kelantan.. org Johor balik Johor... almaklum ler.. cuti panjang.. masing2 ambil peluang untuk balik menjenguk kularga di kampung... satu sikap yang patut dipuji tu.. ada gak yang ambil peluang untuk membawa keluarga bercuti.. baik dalam atau luar negeri.. Sally plak... huhuhuhuuu.. sedih nak citer.. sedih ker?? Tak ler.. hubby busy shooting.. so.. Sally lepak kat umah jer.. luangkan masa dgn Adelina kesayangan.. Bleh rehatkan badan dan minda kat umah.. Peluang untuk bangun lambat.. bermalasan di sofa.. sambil baca novel.. tgk tv.. jenjalan.. shopping mopping... etc..etc... Jalan kat KL ni pun x leh jam sgt coz ramai yag dah ke luar kota untuk makan angin dan balik kg masing-masing...

Di kesempatan ni, Sally nak wish Happy Chinese New Year untuk semua warga Tiong Hua di seluruh Malaysia. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga 1 Malaysia tetap dihati rakyat Malaysia. Malaysia terus aman dan damai menuju tahun 2020… cewahh.. dah ala-ala Puteri Umno gitu... hehehee... Sally ambik beluang ni nak wish CNY gak kat Jasmine, Andrew, Lee, Ahcun, Jamie, Rezz,  Heng dan kengkawan lain yg tersebut... semoga tahun Naga ni u ols lebih berjaya dan rezeki bertambah2 lagi.,.. dan semoga apa yg blum tercapai di tahun arnab yang lalu dpt dicapai pada tahun ni..

Sempena CNY ni... Sally sajer ler search camano sejarah nyer.. Untuk tambahkan pengetahuan.. So, sajer nak share dgn u ols... bg yg tak tahu lagi tu.. bleh baca kat sini:

Sejarah Tahun Baru Cina
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.


Wokay... pastu Sally nak share plak gmbr Sally yg pakai cheongsam 14 tahun yang lalu.. Hehehe.. lawaks siottt...

Masa ni bday Che Su Jah... tak der kena mengena dgn CNY pun.. tapi sajer nak jadi amoi.. lawak kan.. hahahaaa...
Mmmm.. klu nak ikutkan calendar cina, Sally ni tahun rooster.. Kak Da yang lahir tahun Naga.. Kata rg yg lahir tahun naga sentiasa beroleh kekayaan dan hebat orang nyer... mmmm.. nak kaji skit.. klu tgk Kak Da.. dia sentiasa beruntung.. Tak pernah berenggang dgn Ma. Mudah didampingi.. Businesswoman yang berjaya.. Jual apa.. semua laris jer.. Restaurant nyer pun skrg bertambah maju.. Dgr kata nak tambah keter lagi.. Barang kemas tak yah citer ler... Berbelanja mcm air.. Low profile dan ramai yang menyenanginya.. love u sist...

Tahun 2012 ni merupakan Tahun Naga Air... Kak Da plak.. tak silap Naga Api.. patut ler bahang semacam jer... huhuuu... Di China, naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah; patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina, tahun Naga paling digemari ibu bapa untuk melahirkan anak. huhuuu.. ramai ler yang nak lahirkan anak tahun ni... Sally plak??? huhuuu.. x der rezeki lagi...

Meh kita review ciri2 org lahir tahun Naga ni:

Sifat positif
Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf, aktif, menyeronokkan, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan

Sifat negatif     
Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka

Paling serasi     
Tikus, Monyet, Ular, Ayam (patut ler kak Da dgn Sally ngam jer... )

Sederhana serasi     
Naga, Khinzir, Lembu

Tidak serasi     
Kuda, Harimau (hahaha.. Hj Sufizal x serasi dgn Naga), Kambing, Arnab, Anjing



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah

Sempena cuti 4 hari ni.. Sally berjaya mengumpul 4 novel drp sumber2 Kaki Novel BSN... hehehee... So.. aper lagi... marathon Novel ler.. dr balik keje ari Jumaat lagi, Sally dah start dgn Andai Itu Takdirnya.. Novel ni direkomen oleh Kak Roy.. Dia ckp.. dia mmg tangkap leleh ler baca novel ni.. So, Sally bgtau Kak Niza.. Kak Niza dapatkan novel ni kat Popular.. harga nyer x leh mahal sgt.. dlm kategori murah ler gak RM19.90... coz biasa novel2 skrg ni RM35 ler.. RM45 ler... so.. Siti Rosmizah ni memberikan harga yang cukup murah (buat amal jugak kut) dan Sally rasa harga yang diletakkan mcm tak sesuai dgn karya sebaik itu... Thanks Siti Rosmizah. Lepas Kak Niza dah meleleh air hidung.. dia pas plak citer ni kat Sally.. So.. Sally aper lg.. tak sabar nak baca.. Jumaat mlm Sally baca smpi tido kul 2 pagi... Pagi2 Sabtu tu Sally sambung lagi lepas breakfast.. Dlm kul 10 pagi.. dah settle dah 1 novel... perghhh.. mmg terbaik ler... Sally abiskan 588 muka surat dlm masa sehari ler klu nak diikutkan... mmm... mmg x sbr nak abiskan citer ni.. tu pun Sally tahan diri drp jump kpd last page.. baca ikut flow ler.. Kenkadang Sally ni tak sbr nak tahu kesudahannya..

Sally share sket sinopsis nyer...:

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

Apa kata Sally pasal Novel ni?

Cerita ini agak banyak bermain dengan emosi..sedih,dan sedikit gembira..cerita yang banyak menampakkan sifat EGO seorang lelaki.. Demi EGO,sanggup melepaskan Perempuan yang dia sayang, sanggup membunuh zuriatnya sendiri, dan sanggup memukul dan menghina isterinya..
 
Ketabahan Nur Aleya semestinya dapat memberikan sumber inspirasi kepada  pembaca. Kekuatan dan kesabarannya tidak ada tolok bandingnya. Walaupun, sukar untuk kita menemui insan seperti Nur Aleya ini dalam dunia nyata, namun mengapa kita tidak boleh menjadi sepertinya?

Bila dah baca half buku ni, Sally rasa benci giler dgn Zril tu... Nauzubillah klu jumpa laki mcm tu.. Tak hingin nak buat laki. kaya ke.. hensem tahap gaban ke... tak mo aku laki panas baran.. Penampar sana.. terajang sini... tak der belas kesian langsung kat pompuan.. benciiiiii.... Ikram lagi bagus... huhuuu.. Klu aku jadi Leya.. tak hingin ler.. wpun dah last2 dia insaf... tapi bg Sally.. still tak leh terima gak... Leya mmg baik.. cintanya mmg suci... tersentuh makkkk....

Watak Sharifah Emilin tu mmg gedik tahap gaban ler.. mmg menyampah giler.. bila baca gaya penulisan siti rosmizah ni.. aku terasa mcm berada di lokasi tu.. then nak penampar je pompuan tu... eeee... geram betul.. sama ler dgn mak dia tu.. Tapi scene yg dia keguguran tu.. parents dia cam tak marah ke aper plak.. pastu cam parents dia x nak ambik tahu pun saper lelaki yg buatkan anak dia pregnant.. Rasa citer ni best lg klu si Lin tu pregnant anak si faizal.. pastu dia insaf lepas pregnant dan keguguran dan tgu si faizal tu keluar penjara.. drp ending dia si Lin tu mati jer.. ad agak ler sinar kebhgian pada Lin tu...

Aku paling geram bab Leya mati tu.. dah mmg bertempayan aku nangis.. alih2 si Zril tu mimpi jer.. huhuhuu... buat org sedih terlebih jer tau Siti Rosmizah ni... tapi mmg terbaik..

Gaya penulisan Siti Rosmizah ni susah nak jangka.. Bila baca.. kita jangka benda lain.. tp benda lain yg jadi.. mmg terbaekkk.. Bab Lin perankap Zril kat kondo dia tu pun aku suka.. Bila Leya dah ada kat bilik tu nak bg surprise kat laki dia.. tp rupanya Allah tu dah gerakkan hatinya untuk menyaksikan sendiri si Lin tu cuba pasang perangkan dan dia bleh menilai yg lakinya tu betul2 dah insaf..

Lagi satu.. klu dlm drama.. watak adik Leya yg 2 org lagi tu.. mmg tak der makna ler.. Baik buat Azhar dan Aleya 2 beradik jer.. Tapi apa yg tak boleh terima apabila baca bab segala perbuatan Zril kat leya... mmg kejam tahap gaban.. wpun ending dia Aleya happy dgn Zril.. tapi Sally still tak puas hati.. Zril tu baran tahap gaban.. menakutkan.. klu jadi kat aku.. mmg nightmare smpi bila2 ler... huhuuu..

Yg paling best adalah jika dpt memiliki seorang sahabat seperti Umairah... Umi mmg best pren for ever... suka duka bersama.. best nyer dpt kwn cam dia. Dah lebih drp darah daging sendiri... Mmg patut ler dia kawin dgn Ikram.. sama2 baik.. Aleya mmg bertuah dpt kawan cam dia.. i love u Umi..

Aper2 pun .. Siti Rosmizah mmg terbaik... 8 out of 10 stars utk beliau... besttttt....

Ok guys... ada 3 novel lg nak abiskan.. Sebelum Sally buat review novel ni.. Sally dah start dgn another  novel Siti Rosmizah.. 7 hari mencintaiku... yezzaaa.. dah abis baca nnt Sally add review kat sini aku.. NOvel ni tebal sket.. cam 2 ari jer nak abiskan... huhuuuu


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Tetiba aku gila kejap...

Malam ni aku tak berapa nak betul.. cam giler-giler sket.. Mata tak nak lelap lagi.. lepas aku godek2 blog kesygan ku ini..  Bukan aper.. dah bertahun duk guna background yg sama.. Boring gak yank.. So.. tak der mende nak buat.. Aku guna ler kepakaran programmer ku.. dan kepakaran design ku.. untuk mencantikkan blog aku ni.. (cantik ke jah oiii???) Saper kata cantik angkat tangan.. buat-buat angkat ler.. bukan aku nmpk pun.. dah lepas design tu... aku nak gak ler post sumthing...

Pening jugak kepala aku tau...memikir-mikir apa yang patut aku tulis...sambil tu sempat lah jugak aku buat-buat pose sambil mengigit jari gittew... Sambil2 posing.. sambil2 gigit jari... aku duk layan Jangan Tido Lagi.. adlin aman ramli dgn 3 hero malaysia.. isu tak ler best sgt.. so aku pasang telinga jer.. tangan menaip kat sini.. Adelina dah lama terbongkang... Aku je mata tak nak tido lagi...

Haa... korang tu.. tak leh tido jugak ke?? Kalau nasib sama dgn aku.. meh ler layan blog aku yg mmg ntah aper aku merepek ni.. 1stly, aku nak tanya korang.. ok tak design blog aku untuk tahun ni? Aku pilih pink jugak... nak wak gano... mmg favourite kaler aku tu.. ala-ala ladies gitu.. boleh ler kan... tapi awas.. jgn tiru atau ciplak hasil kerja aku.. hahaa.. perasan ler plak kan... saper ler nak tiru?? hahahaa


Aku rasa terharu sebab you all sudi juga masuk blog aku yang ala-ala mengarut tahap dewa ni... lagi tak bermoral ini.... tapi, aku ingin mengambik kesempatan untuk mengucapkan terima kasih tak terhingga kerana menyapport aku a.k.a Sally, dari mula aku bukak blog, sampailah aku dah beranak ni. Insya allah, selagi laptop aku berfungsi.. selagi tu ler ada tatapan utk korang... aku akan update lagi dengan penuh sensasi.. tocey...tocey....

Hahahhaaa... poyosss siot... ok ler.. nak tido dah... Gud Nite u olss...  jgn lupa baca doa nak tido ok...

adiosss... wassalam..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Result Final Exam

Hari ni hari bisu ku. Memandangkan pipi tgh bengkak, kurangkan bercakap... so, aku tetiba jer rajin menghapdate blog aku yang disukai ramai ni.. Ramai ke?? 9 followers jer... hahaha.. korang ler.. baca jer tau.. tapi jadi follower tak nak.. skali aku hupdate.. hit aku naik beratus gak.. tapi bil follower tak naik2.. huhu.. tak per laa... korang kan secret admire aku.. hahahaa... Kalau aku tak hupdate blog aku ni.. ader plak yang  ber'message'han dan berinbox dgn aku.. pujuk2 suh hupdate.. dan setiap kali itu.. bila aku nak update, aku teringat kat orang ittew yang malas nak hapdate blog nya tapi tanpa segan silliew mengerah diriku ini supaya hapdate blog dengan cerita-cerita sensasi untuk kepuasan dirinya ittew? Ciss kau bedebah!!! Adakah ini namanya keadilan? Adakah Parti Keadilan menang pada election kali ini.. (ehh.. tetiba jer plak... huhuhuuu...) yg tu.. no komen.. kita tgk ler nnt follower saper paling ramai... Yang pasti.. boleh kah kita suruh orang lain update blognya tapi kita sendiri lebih rela tidur, makan pau, ngumpat kat fb, main kucing dan memerintah laki keluar rumah gi cari goreng pisang? hahahaa.. klu bab melalut jer bg kat aku....

Tapi.. nak habaq ler ni.. style aku jap english.. jap melayu.. yang melayu nyer lintang pukang ini.. style ler konon kan... tapi bukan aper.. ada gak yg bertanya.. suka hati aku ler.. blog aku... korang baca jer laa.. time aku rajin tu.. konon nyer nak improvekan bahasa penjajah tu ler.. ada gak yg grammer ke laut... ada aku kesah.. at least i try.. hahaha... korang baca nak gelak ke.. nak menangis ke.. suka hati ler... yg aku tahu.. korang singgah lagi kat sini nak tgk bini sabri ni punya blog.. aku tahu.. korang suka baca.. kan..kan...kan...

So.. berbalik kepada perkara pokok kita... nak citer result exam.. tapi corner jauh sgt... bukan aper.. nnt korang kata aku riak awal2... bukan ler niat nak riak.. tapi nak bg semangat dan pedoman kat kwn2 lain.. Yeeeehaaa.... ari ni abes lah sudah perjalanan pengajianku untuk sesi Master... tgu konvo date jer laa.. YES... dah grad Master dah aku.. grad MONSTER mmg dah lama dah.... Camano result aku?? Alhamdulillah... Aku scored all A's in the exam.. Syukur alhamdulillah... So.. brapa CGPA?? Hahaha.. cam agak riak tak klu aku letak CGPA kat sini??? tak yah ler tahu .. kut ada nnt yang muntah hijau.. hahaha... riakkk dowwhhhh.... Tadi.. tgh sakit2 gusi (coz gigi dah cabut).. Kak Roy BBM aku bgtau result dah kuar.. terus ler login portal.. Terperanjat gak makkk.. nokk oiii... tak sangka plak.. Coz paper strategic mgmnt tu mak tak yakin sgt.. aleh2.. rezeki... berbaloi mak study smpi ke pagi.. Oleh kerana kegumbiraan yang tidak terkata.. aku sudah menghapdate status FB ku dgn kejayaan yang aku raih.. ramai ler jugak.. member2 yg 'like' status ku itu.. macihhh... yg ucap tahniah..etc..etc.. pun x kurangnya.. macihh berbillion-billion.. yang mintak belanja pun ada... tu kategori yang nak melantak jer la tu.. hahaha.. tapi dat one yg aku terlebih syg ler.. hehehe... yg hanya baca tak wish tu.. nama dia 'kwn dlm selimut'.. pun ada... betul erk?? hehehe... tak per laa.. yg pasti aku tahu ramai yg menyayangiku... all my 'bra' fren... bukan aku mencarut ni.. tapi yg kwn2 ala-ala bra ni... which is close to my heart and support me all d times... (aku anugerahkan korang kawan bra aku).. thanks babe and bros... i love u sooooooo much..

So.. aper lagi... tak sabar nak update RESUME.. opsss.....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Finally... i kick it out from my life...

I finally had my last wisdom tooth taken out today. I drive to the dentist today... Klinik Dr Zalinda dan rakan-rakan.. area Taman Permata, Dekat Giant. Tapi doktor yang bertugas ari ni bukan Dr Zalinda.. tapi Dr Mastura. Hasil kerja yang baik. Tak sakit pun... Tapi Dr ni kurang peramah sket.. Tau buat kerja jer.. tak buat PR langsung. Sally smpi jer.. dia tanya nak buat apa.. Sally ckp nak cabut wisdom tooth belah atas. Dia tanya gigi tgh sakit ke dah tak sakit.. Sally ckp dah kurang sakit.. bengkak pun ras akurang sket... Dia tgk2.. terus bius.. 2 kali bius.. pastu tunggu jap sampai rasa kebas.. then terus buat kerja2 mencungkil gigi.. tanpa rasa sakit.. DIa dah x ckp apa2 dah.. siap tu.. dia ckp leh kumur dan dia terus blah ke bilik lain.. Sally ingat dia akan dtg lagi atau say something... tapi x der dah.. pembantu dia je tanya akak nak bawa balik gigi?? huhu.. x yah ler dik.. Dah... itu jer.. tak pernah lagi Sally jumpa doktor cam tu. Biasanya doktor borak2 ler jugak.. tanya kerja mana ke.. langsung x der... Tapi.. service ok ler.. 

For this time, Sally tak yah ler operate ke aper.. cam geraham dulu tu.. quite simple.. cuma bleeding jer byk lagi.. Dah abis kesan ubat bius tu.. mak aiii... rasa sakit dan berdenyut lagi... Tak leh makan.. nak minum pun takut... I am feeling really painful now ..But oh well, it's my last one. Lepas ni no more.... I am happy but at the same time it's so painful as well. And the Ponstan didn't really help Sad

I hope I'll feel better tomorrow..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Wisdom Tooth..

I currently have a wisdom tooth coming in from my upper left jaw. It hurts enough that it kept waking me up through the night. Today is my 5th days facing with all the denyutan and lately I started having pain at the back of my ears as well .. + headache.. Wait for bengkak go away before i can proceed to take it out.. my tooth is pushing through my gum and i think  i don't have enough space for my wisdom tooth and it is like pushing against the other teeth. Wisdom tooth at my age?? Cam kelakar kan... Actually, i had my wisdom tooth bottom left taken out last 4 years. And i think for my right side, both of them did not give any problem to me maybe i have enough space on the right side. Cam fobia nak take out the wisdom tooth coz previous one, I can't eat for a week and i had really bad infection.. sampai biru pipi.. bleeding je 3 days.. huhuhuuuu.. scary.. mayb dulu cabut kat govmnt hospital (Hospital Ampang). Doktor ckp, Sally gaks yg degil nak cabut masa gigi tgh sakit.. Mayb ler... So, for now, Sally tgu bengkak surut dulu... dah tak tertahan sakit ni... Pegi opis pun control.. buat x tau.. x layan jer.. klu dilayan sakit gigi ni.. makin sakit dibuatnya... so, tadi Sally scheduled an appointment to have my wisdom tooth remove tomorrow. Siap survey clinic lagi.. For this time.. Sally lebih berhati2.. kut kejadian cam dulu berulang lagi... So, kita tgu ler kesudahan nyer mcm mana... Hope private clinic lagi bagus ler... huhuhuuuu


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Jampi pejal payudara

Hari ni aku tgk Harian Metro.. tajuk baik punyer.... Jampi Pejal Payudara... satu jer yang terpancul dari mulut aku... "GILOSSSS".. Meh kita ikuti berita dia...

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, MOHD NOR ASRI YAACOB dan MUHAMAAD RAZIS ISMAIL
metahad@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.

“Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah.

“Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan."..

Huhuu... lepas dah kuar berita Kak Mah ni kat paper.. makin laris ler kut Kak Mah.. maybe lepas ni naik harga plak... Tak tau motif aper dikeluarkan kat Harian metro.. aper yg cuba disampaikan.. kontroversi atau iklan free untuk Kak Mah ni.. Yg sedih nyer dr Kelantan ler klu bab jampi2 ni.. 

Pompuan mmg nak cantik jer.. selain dr ribuan produk kat pasaran skrg ni.. leh besarkan.. montokkan.. kecikkan.. tegangkan... kenkadang.. iklan yg over.. pakai 10 botol pun blum tentu jadi... Alternatifnya.. org akan cari khidmat mcm Kak Mah ni ler... Entah betul entah tidak.. wallahualam... Minta2 tak der ler jampi2 yang merepek dan bertentangan dgn ajaran Islam.. Persoalan kat dlm benak aku ni... Tak takut ke diaorg.. Buatnyer Kak Mah tu letak pelindung.. pengikut dan pelbagai pe.. lagi.. haaa.. tak ke naya... Astagfirullahalazim.. aku tuduh Kak Mah plak ker?? huhuuuu... 

Tapi kan u olss... benda2 cenggini terpulang pada individu.. Kalau pandai jaga... bersenam.. bleh sentiasa cantik aper.. Tak yah ler nak berbidan bagai.. Naib baik gak ler jumpa Kak Mah.. Kalau jumpa Pak Dolah.. saper nak jawab... ??? Pompuan  yg desperate nak cantik sanggup buat aper saja... Semoga aku dijauhkan daripada benda2 cam ni... Amin..



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Songlap

Hari ni lagi 1 movie aku sempat layan kat youtube.. hehehee.. yer laa.. yg mana tak sempat nak tgk kat panggung.. tgk ler kat youtube.. timer kasih youtube.. hehehee..

Tgk gezek citer mmg best.. iklan kat wayang pun best.. dialog2 best.. ala2 spontan.. mempertaruhkan pelakon lelaki terbaik Sam.. yg mmg dah tahu akan kehebatan lakonannya.. dan jugak si Syafie Naswip yang bakatnya dicungkil oleh arwah Yasmin Ahmad dlm citer MOHSIN.. so.. aku browse2 kat youtube tadi.. terjumpa lak citer ni.. so.. layan jap... sebelum aku bg komen2 bernas, mai kita baca sinopsis citer ni dulu..

Sinopsis:
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Ulasan Sally:
  • Filem Songlap bagi aku filem ini “Slow” dalam jalan cerita. Akan tetapi filem ini sangat baik dalam Isu Realitinya, Penghayatannya, Kesan kekeluargaannya, emosinya...
  • Citer ni bagi aku dlm genre drama yang agak berat. Klu buat drama TV pun ok.. tak yah sampai filem.
  • Jalan cerita ada... tapi tak kuat.. byk yang tergantung.. sayang jer.. lakonan best.. tapi semua mcm tak berkesudahan..
  • Scene Normah Damanhuri tu.. mmg ada yg lawak ler.. Lawak lucah sket.. bila seorg remaja jumpa pelacur.. dan tak nak melanggan.. tapi berborak shj.. Normah bekerja sebagai pelacur. Ad ingin berjumpa normah dan hanya ingin “berbual bual” sahaja. Dalam masa yang sama Normah tidak tahu yang AD adalah anaknya. Smpi kesudah dia tak tau Ad tu anak dia.. Yang dia tahu, kalau AD nak berbual Ad kene bayar RM30 untuk 30 minit untuk berbual… Cam tak best sket ler kat situ...  film ni x cerita kenapa mak dia melacur dan kenapa mak dia tak kenal anak anak dia...
  • Pertandingan menari tu pun cam klu x der babak tu pun x per.. ingatkan dia g ler menari betul2.. menang ke aper.. ni habis cam tu jer...
  • Kawan dia si razak tu pun.., wataknya terlalu ringan.. tau2 dah mati.. huhuuuhuuu...
  • Lagi satu... filem ni mmg nak ketengahkan semua aktvt haram kat KL ni.. Disamping pelacuran, dadah, kecurian, judi, semuanya dirangkup dalam filem Songlap. Takut plak bila jual2 bayi.. jual pompuan.. sembelih org.. semua ada ler kat dlm ni.. 
  • Scene paling sebak bila 2 beradik nak berpisah dan Ad panggil Am abang dan pujuk Am untuk tinggalkan KL... masa tu mmg sedih sket ler..
  • Scene Hawa lari dari rumah.. mula2 x tau yg Rozie Rashid tu mak dia ke aper... binggung jap kat situ.. ingat si Hawa tu menumpang rumah mak cik mana ntah... 
  • Pujian bleh diberikan untuk pelakon Sara Ali.. walaupun x byk dialog.. tapi lakonan nyer mantap.. Smpi ke sudah tak tau dia pregnant ngan saper.. tapi aku budget dgn bapak dia ler tu... tak tau ler motif pengarah nak suh penonton pikir sendiri kut semua kesudahan scene2 yg dicipta...
  • Overall... hanya pelakon jer best... lain2...menyedihkan sebab jalan citer banyak persoalan.. senang cakap jalan cerita banyak tergantung..

Dialog yang melekat kat kepala aku lepas tgk citer ni:
  1. “Kalau menari boleh dapat 50ribu, dah lama Dr Rozmey belajar menari tau tak” - dialog ni Sam yg ckp bila adik dia nak msk pertandingan dance.
  2. "pertama kali ke dik?" "nak tengok aje pun boleh".. geli gila
SO.. baper bintang nak bagi ni??? 6/10.. ok??


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


ANak Mama and ipad...

Post ni bukan niat nak berlagak ker aper ler... tak der maknanya... coz.. bebudak skrg ni mmg advance.. dan parents lak akan bg aper saja untuk anak2 mereka.. Bagi aku plak.. dah dia cam ok.. diam mengadap benda Allah tu.. bg jer laa.. kenkadang klu dia duk asyik dgn ipad.. baru ler mama ada chan nak tgk tv.. layan blog.. pagi2 lepas mandi dah terkam ipad... duk all d times with ipad.. nak tido pun dgn ipad.. huhuhuu... I can say that.. kids today are hardwired for the multi touch interfaces... Sally pun mula2 cam surprise gak ler... how quickly Adelina take to a device like iPad, all without any training.... Dah dpt ipad.. mainan lain sampingan jer la... and now.. we can say that how quickly that 'cheap' toy gets forgotten...

Hubby jer la bising.. kut mata rosak cam mama.. duk ngan spek/contact lens.. kenkadang adelina ni dgn dunia dia jer.. klu dah bosan dgn game yg babah sendiri upload kat dlm ipad tu... dia akan dgn youtube ler.. macam2 dia browse.. dia lagi terror dari mama... tau plak dia browse cartoon2 favourite dia.. She spends her time listening to rhymes and other videos on youtube. Start dulu, Sally search for her favorite videos on youtube. Once we gave her one video, she can then flick and swipe across related videos and can go on enjoying the videos. History button is also her go to whenever she opens up the youtube app. She knows that her videos are there and go around from there... such an intelligent girl.. mama pun terkejut mula2 tau anak mama leh buat mcm2 kat situ..

3 years old kid with an ipad?? Klu dulu.. kita tak tau pun pegang PC.. tapi seriously.. Adelina pun mmg tak mahir sgt dgn mouse and normal PC.. tapi klu dgn ipad, galaxy tab babah and handphone mama.. touch screen gadget.. mmg pro sgt ler dia.. tahu jer mana nak touch and press... tapi klu bab ngamuk bila internet slow.. time loading lama... main baling jer gadget2 tu.. ingat beli dgn daun ker... tapi so far, ok plak.. tahan lasak jugak.. ari tu pun pecah berderai galaxy tab babah.. bukan sebab nina.. sebab babah sendiri.. huhuuu.. Klu skrg kita ckp macam tu.. bila anak2 kita dah tua nnt.. and tgk gmbr diaorg.. 3 years old girl.. playing with a time machine, She willl say too ... "When i was young, i was happy to have an Ipad".. hehhee...

These days, we no longer need to unlock the ipad for her nor search videos for her. She is at ease and the ipad have become a very faithful companion for her. I won’t be too exaggerating to say the ipad have helped us learn faster, using visual and interaction as a means. Kengkadang tu.., we have been pleasantly surprised when she asked us for new terms, sings rhymes that have never taught to her... klu dulu Sally sibuk beli collection CD utk barney, little Einstein.. Strawberry shortcake video.. now.. everything there.. Risau jugak bila ada hari2 yg dia nak duk dlm bilik sorang2.. browsing video kat ipad jer..

 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Breakfast 7 Jan 2012... Yee Mee Ladna.. hehehee

Pagi ni bangun tak tau nak mamam aper.. Bukak cabinet trnmpk lak Yee Mee.. suh bibik kuarkan lauk pauk.. sayur mayur.. Sally gi mandi dulu.. Biasa ler.. weekend .. tido terbabas sket.. Adelina pun tgh syok tido lagi.. maklum ler hari2 lain.. mata pejam lagi.. dan kena jirus air... cian anak mama...

So, lepas mandi, terus je masak Yee Mee Ladna.. Arini bekpes together wif hubby.. Sebelum dia kuar search location utk drama baru.. Aper comment hubby..??? "Abg rasa.. kita jer kut breakfast yee mee ladna pagi2 ni.. Bias aorg makan time lunch or dinner..".. Hahaha.., lantak ler.. tu org.. org lain.. kita lain.. Sally's Kitchen... its my kitchen.. suka hati aku ler nak masak aper pun.. hahahahaa..

Yang penting, makan.. licin... yee mee sket jer.. sayur2 byk.. sup lagi... sihat aper.. Olive oil tau.. mmm... ooo.. ada lagi dia tambah... "maybe chinese makan gak ler pagi2 benda ni.." heheheee... Yang penting.. adelina pun suka sangat... Lunch nnt... tak tau ler lagi.. hubby tak der.. sally.. aper2 pun ok...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Nur Amalina Che Bakri.. berubah sekelip ke dua kelip mata??

Hari ni Sally baca paper METRO.. terpampang citer budak pompuan yang dulunya diagong2kan kerana mencapai 17 A1 dlm SPM 2004.. Bravo.. Budak Kelantan ni.. As anak Kelantan gak... (huhuuhu.. dan dan tu gak ngaku sekampung gitu..) aku pun tumbang bangga ler jugaks.. Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Rekod dia pegang smpi 2007 rasanya lepas ada budak laki yang menandinginya...  tak ingat plak nama budak laki tu.. tapi klu tak silap aku dia dapat 21 A1... giler pandai budak2 ni kan... aper ler diaorg makan... huhuuu...

So, citer yang dah lepas tu jadi tauladan pada budak2 nak ambik SPM.. citer skrg ni plak jadi isu.. aper jadi dgn budak Amalina tu?? Dia telah mengekutkan ramai org dgn tersebarnya gambar yang tak berapa nak sopan kat internet.. Biasa ler.. ada jer la kan manusia yang dengki khianat yang tak bleh nak duk diam.. ada jer nak buat citer.. even though benar ke tak benar ke.. si pencerita ni mmg rajin untuk mengarang cerita yang HOT.. Aku bukan ler nak menjatuhkan lagi.. jauh lagi mengutuk.. tapi sekadar ingin mengupas kebenaran dan mengikuti perkembangan isu yang sedang hangat diperkatakan.. 1st skali yg bermain kat kepala aku ni.. aper ler kata mak dia kan..?? perasaan mak dia?? Camana mak dia nak menjawab pertanyaan wartawan2.. ada gak yg sanggup dtg umah.. suh mak dia skype dgn Amalina ni.. tak tau ler sejauh mana keikhlasan untuk membongkar kebenaran.. samaada nak tambahkan lagi garam diluka atau nak tutup lubang yang semakin besar.. (betul ke perumpamaan aku itu??? main bedal saja)...

So, ni akau dapat kat satu site yang tak kurang mengata pasal minah ni?? Klu tgk gmbr.. mcm apa yang diperkatakan tu betul ler sgt.. Gambar ini dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.


Kalau kita tgk apa yang dilaporkan akhbar ttg pengakuan ibu nyer...bab yang mengatakan anaknya tak lulus, dah balik kampung tu memang fitnah, anaknya masih belajar kat sana. Tetapi gambar/foto/imej yang tersiar itu tetap benar dan sahih. Tiada penafian malah dibenarkan oleh pengakuan ibunya sendiri bahawa ibunya sendiri yang membelikan pakaian itu .

Segalanya telah terungkai, ibu Amalina telah menjawab mengenai isu ini “Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.

Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.



Dah macam scene video klip plak minah ni bergambar...

Disini.. aper kata Sally, walau pun nak menutup keaiban anaknya ..Ibu Amalina terpaksa mengaku die yg beli pakaian itu.. kesian plak mak dia tu.. huhuu.. jawapan yang tidak cukup bijak di situ.. persoalannyer….. kenape si ibu plak yg nak sangat anaknyer jadi “omputeh” yer… dah elok2 anak bertudung litup blh plak dibelikan baju yg seksi meksi… ke mak dia yg nak anak dia so call “in trend”?

Che Siti Aminah nak belikan seluar cam tu kat Sally?? Mati idup balik pun tak kan punyooo... Setiap kali balik umah.. smpi ke Sally dah tua skrg ni pun asyik tanya (lebih tepat lagi bebel ler) bila ler anak bongsu dia ni nak sampai seru pakai tudung?? huhuhuhuuu.... no comment.. (boleh gitu??? ngok punya anak).. harap akan terbuka pintu hati ku ke arah itu.. amin...

Berbalik kpd Amalina plak...bagi Sally ler kan.. yg tak berapa nak warak ni.. jgn marah yer tuan2 dan puan2... klu dah pergi ke obersea tu.. lagi2 klu dia ni cam xpernah terlepas dr kandang sejak kecik.. x dpt pendedahan awal gitu.. culture shock ler kut.. Yang penting kita doakan dia tak terbabas jauh dr agama Islam.. Bab pakaian tu.. mesti dia nak mencuba.. org plak tak pernah tgk dia gitu.. klu dia dah mmg gitu dr M'sia lagi mayb tak menjadi hal ler sgt.. sebab org dah biasa tgk dia pakai tudung.. tertutup manis jer.. tgk gmbr pakai seluar jaring plak.. terkejut ler satu Malaysia... aper nak buat dah org terkenal.. kesian dia ni, nak gak merasa pakai seksi meksi.. hehehhe.. lagi pun she’s not the only one yg belajar kat luar negara jadi camni.. kwn2 aku blaja kat sana rata2 jadi camni laa.. up-to-date la katakan. hihihihi... huhhh.. bukan setakat gi obersea.. yg ada kat M'sia ni pun apa kurang nyer.. klu nak mengata pasal seksi meksi.. tak abis nak citer.. terpulang pada individu ler kan.. tapi kita sebagai rakyat Malaysia.. seagama.. serumpun.. (cewaahhh.. macam bagus2 lak aku ni jah oiii).. kita sama doakan dia berjaya dan balik ke pangkuan keluarga dan tanah air tercinta dengan kejayaan dan belajar balik adat sopan Melayu.. hehehe.. pandai2 ler dia nnt.. Tak  kan ler kut balik M'sia.. balik Kelantan lagi tu.. time doa selamat dia nak pakai seluar jaring lagi kut... biar ler dia lepas gian kat obersea tu.. korang punggg...
Aper perkembangan setakat ari ni?? tau2 jer.. Nur amalina che bakri deleted her Facebook account.. kut byk lagi gmbr2 lain.. bahana facebook plak kita nmpk kat sini.. hehehe... berkaitan gitu...

So.. Sally rasa rakyat Malaysia tidak berharap banyak, cukup sekadar Nur Amalina Che Bakri berfikir sejenak apa yang beliau lakukan & kita semua doakan juga beliau berjaya di sana.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


First Day of Kindergarten - Adelina Khayra

Today was Adelina's first day of Kindergarten @ SmartReader. Where has the time gone.  The past 3 years and 4 months have flown by.  There were several times in the past where I could not wait for her to go to school...  Before I let her go she had to pose for the first day of school photo(s). Of coz... :) 

She looked absolutely adorable with her new clothes, smart reader uniform, smart reader back pack, smart reader shoes.. 


When it came to the first day of kindergarten, I think I was more nervous than my daughter. Adelina is a very good girl (just like mama.. hahaha mama pun nak credit gaks..).. sampai jer.. she just run and join her new friends in the classroom. Me? I left the classroom with a smile, and didn't cry until I was out of sight. It was so hard to walk away and leave here there, but I knew I HAD to do it.

The best part is Tok Ma also came to see the first day Adelina kat skul. So, after I believe adelina cam OK and comfortable with her new frenz... Sally tinggalkan dia dgn Teacher Noni and Teacher Hana.. mula2 risau gak.. byk benda yang Sally berpesan dgn teacher Hana.. coz Adelina blum breakfast lagi.. According to teacher hana, they will have light breakfast session.. ooo.. ok.. So, Sally lepak with mama and hubby kat kedai mamak kat bawah tu dulu.. After 1/2 hr, sally pergi intai Adelina lagi.. this time.. huhuhuu... Adelina dun want to join other kids in classroom. Dia nak main jer.. Teacher noni terpaksa dukung dia coz she didn't want to sit in her chair. On dat time, Sally masuk plak.. bila dia nmpk jer mama and bibik.. she cried and called.."mama... mama.. bibik..".. Masa tu.. mama pun rasa sedih dan sebak sgt ler.. terus lari keluar.. menyorok.. Dia cari tak jumpa.. Mama tanya kat teacher hana.. dia nangis jap jer.. then dah ok balik.. huhu... x nak intai dah ler... biar jer.. baru 1st day.. hope she will be okay.

Then, Sally and mom in law.. pergi merayau2... beli groceries.. lepak2.. best..best.. kenkadang terpikar gak... best nyer klu tak kerja.. pagi hntr Adelina g skul, pastu, Sally leh g gym ke.. spa ke.. shopping2.. pastu ambik adelina dr skul.. balik.. bleh masak.. makan2.. relax.. buat gardening kat umah.. apa2 hobby lain yang tak terbuat lagi.. waduuhhh... indah nyer hidup.. Bila ler En Hubby nak kaya raya..? (agak tidak bersyukurkah ayat ini?? huhuu.. bukan itu maksudku..) so Sally dah tak yah punch card kat opis.. hati senang.. tak sakit jiwa...  Semoga satu hari nanti akan termakbul impian ini.. hehehee...

Aper lak Sally melalut ni.. ok.. back to Adelina 1st day of kindergarten.. 12pm, i pick up Adelina st skul.. she looks good she looks fine... Teacher hantar smpi bawah.. sampai kat mama jer.. Adelina terus big hug mama.. such a gud girl.. mama love you Nina... Esok mama dah kerja.. tak tau ler camana...

Opss.. lupa nak citer pasal pagi tadi.. princess yang biasa bangun kul 9.. 10am.. hari ni terpaksa bangun as early as 6.30am.. Tu pun Sally angkat dan dukung2 jap.. Pastu masuk bathroom.. mata pejam lagi.. tak nak mandi plak.. bibik tak bleh sentuh langsung.. so.. mama mandikan.. huhu.. camana ler esok.. Pas mandi.. bibik dah standby dgn susu.. sambil susu.. sambil pakai baju... mama ikat rambut Adelina.. for the 1st day.. mama tocang satu rambut Nina... tak sah klu tak pakai rantai okay.. princess mama pakai rantai gi skul.. (cam mama dulu-dulu... rambut tak penah tak ikat kemas okayy...) Anak mama pun cenggitu jugak.. Dah ready semua... dia dah nmpk excited.. ambik bag pack dia.. pakai tak nak letak dah.. smpi skul.. dlm keter pun dia cam ok. Senyum dan nyanyi2 all d way....

huhuu.. such a happy day for me and hubby... and my precious pearl.. Adelina Khayra. U olss camana? Nak share citer 1st day of ur kids kindergarten..?? Jommm..




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Sauna & steam rooms

Cam bagus2 jer aku ni kan.. asyik citer pasal benda2 utk mencantikkan body jer.. yo..yo.. ooo jer.. aper nak baut.. bila body dah ke arah sana tu.. kena ler balik ke pangkal jalan sebelum laki aku cari jalan lain plak.. hahaha... jahat mulut ko Jah...

Fitness First have a sauna and steam room in the gym, so.. aku yg member platinum lagi tu.. (berlagak jap Jah..) sayang ler klu tak manfaatkan kemudahan yang ada... Sauna & Steam?? Sounds cool.. Hari ni aku tanya PT aku, aper kejadah nyer kebaikan bilik2 yang berhawa itu.. So, drp penerangan PT aku tadi, aku nak share ler ngan korang yg slalu aku sayang...

Kiter citer pasal steam room dulu ok... The steam helps relax stiff joints and muscles after workouts and can help with the recovery process. Steam also helps cleanse your skin and remove toxins. Ada yg ckp tak leh duk lebih 10 minit dlm steam room.. I think the 10min thing is silly...I say stay in as long as u can. I always put conditioning treatment kat rambut ku yang tak berapa ak ikal mayang ni.. Jimat duit steam rambut ok.. Kat bwh ni  aku listkan kebaikan steam room ni:

Benefits Of Using A Steam Room
  • Soothes mind & body to relieve stress & relax muscles
  • Increases body metabolism
  • Deep cleanses the skin
  • Helps eliminate toxins
  • Boosts your immune system
  • Relieves discomforts of asthma, allergies and arthritis
  • Keeps mucous membranes from excessive drying
  • Relieves throat irritation by moistening the air
  • Relaxes muscles
  • Relieves coughing
  • Relieves inflammation and congestion of upper respiratory mucous membranes
  • Loosens secretions and stimulates discharge of mucous from the throat and lungs
Selain steam..I LOOOOOOOOOOVVVEEE Sauna!  The sauna is a dry heat, and so sweats out the body.

Kelebihan bersauna ?
  • Membersihkan kulit untuk kelihatan segar, halus dan licin.
  • Dapat mengurangkan sedikit demi sedikit sinus / resdung atau jerawat!
  • Sememangnya dapat menyingkirkan toksin badan berlebihan melalui perpeluhan.
  • Selepas bersalin, memang la boleh sihatkan badan. Ala-ala bertangas la ni. Berat badan pun cepat turun. Luka-luka dalaman pun cepat elok.
Sebelum bersauna, nasihat sally, kita patut minum air putih tu dalam 200-400 ml air. Then dok bersauna dgn relax selama 20 minit saje. Bila da over 20 minit tu, keluar kan sejukkan badan sambil minum lagi air 200-400 ml air. Lebih pun tak pe.

Sebab, masa bersauna, perpeluhan akan berlaku. Air dari tubuh keluar. Kalu tak cukup top up air, nanti badan lemah pula, pening-pening lalat pula.

Sebelum bersauan gak, Sally suka sapu2 olive oil kat badan.. kasi lembab dan olive oil cepat menyerap kat kulit... olive oil baik untuk kulit u olss... hhehehe.. cam pakar kecantikan lak aku ni..


Guys... perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain yg sally buat research sket kat website2 lain.. hehhee:

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

So, jom ler bersauna ....

Nak share sket yg Sally baca kat blog zakikhan.net:

Adakah sauna membakar lemak?
Tidak. Sauna tidak boleh digunakan untuk membakar lemak walaupun ada sedikit peningkatan metabolisme ketika bersauna melainkan jika anda bersenam di dalam sauna. :D Penurunan berat badan selepas bersauna adalah disebabkan kehilangan air dalam badan yang mana perlu digantikan segera.

Adakah sauna membakar kalori?
Ya. Aktiviti seharian kita semuanya membakar kalori. Kita tidur pun bakar kalori. Badan akan cuba melawan suhu panas dengan menyejukkan badan. Ini menggunakan kalori yang agak tinggi iaitu untuk 30 minit membakar 300 hingga 500 kalori. Kalori bukan bermaksud lemak. Kalori daripada pelbagai sumber yang mana sumber pertama daripada glikogen. Jadi tak perlulah bercerita mengatakan pembakaran kalori daripada sauna lebih tinggi daripada sesetengah senaman dan menggalakan orang lain supaya jangan bersenam.

Kuang..kuang..kuang.. pokok pangkalnya... exercise.. sauna..steam.. pemakanan... semua perlu seiring.. takder jalan pintas mau kurus secara sihat... hehehehhee..



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Datin Ghairah

Dah tak der aper nak buat kat umah ari ni... Sally browse2 kat youtube.. terjumpa lak citer ni.. drp aku langgan kat Astro First.. baik aku layan kat youtube.. kualitinya agak ok walaupun direkod dari Astro First. Standard ler kan.. nama pun tgk free.. ok laa..

Citer ni cam mano? Apa kata Sally? Ok.. sebelum aku bagi kritikan ala-ala chef wan.. hehhee... baik kita baca dulu sinopsis nyer yg sally copy dr website lain:

Genre: Romantik, komedi
Durasi: 1 jam 29 minit
Pengarah: Sabree Fadzil
Pelakon: Maria Farida, Aaron Aziz, Faizal Hussein, Yank Kassim, Hairie Othman, Sheera

Sinopsis: Datin Ghairieyah atau lebih dikenali sebagai Datin Ghairah adalah balu kepada arwah Datuk Mahfuz, seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. Emelia dan Emelda ialah dua orang anak hasil perkongsian hidup mereka selama hampir 20 tahun bersama.

Setelah hampir dua tahun Datin Ghairieyah berstatus janda, dia bangkit untuk meneruskan empayar perniagaan peninggalan arwah suaminya. Dia semakin ‘ghairah’ untuk memperluaskan empayar perniagaannya. Sufian yang merupakan rakan karib arwah Datuk Mahfuz sedaya upaya cuba untuk memikat Datin Ghairieyah demi kepentingan perniagaannya.

Akhirnya hubungan antara Datin Ghairieyah dengan Sufian semakin intim. Perbuatan dan sikap Sufian yang licik tidak sedikitpun menimbulkan curiga di hati Datin Ghairieyah.... setakat ini saja sinopsis nyer.. klu terasa nak tgk.. browse ler kat youtube... :)


Kalu bukan Aaron Aziz.. tak kuasa aku nak melayan citer ni sampai abis.. Ada gak aku baca review yg mengutuk lakonan slow Aaron dalam citer ni.. Bagi aku,.. klu dah jalan citer cam siyyyaalll... bagi Shah Rukh Khan ker.. brad pit berlakon ke.. pun hampeh gak..

Jalan cerita agak ringan..  mengalahkan drama tv.. mmg klu yg bayar gi tgk kat wayang tu.. huhuuhu.. sonok makan pop corn jer laa... susunan music dlm cerita cam hampeh.. bab gaduh pasang muzik traditional aper ke jadah nyer.. scene pun lari... script lintang pukang... banyak tak logik citer ni... cam tak buat research jer yang buat script dan susunan jalan citer ni... huhuuhu..... sedih nokkkk....
 
Firstly, aku tak tahu kenapa tajuk filen ni nak kena letak Datin Ghairah? Daya penarik ke?? Asal.. rakyat Malaysia ni nak kena pancing dgn tajuk2 yang melambangkan seks ke baru nak ke panggung??? huhuuu.. bagi aku ler.. Klu nak g tgk kat wayang.. nak beli tiket pun malu.. nak sebut nama filem masa nak beli kat kaunter pun malu.. org lain aku tak tau ler... For me, Malaysian still got adab dan rasa segan la... lagi2 filem cam murahan gini kan...

Permulaan filem pun aku dah rasa... cam.. aper kebenda nyer ni.. dgn maria farida duk meliuk lentok.. focus tang bontot.. tang perut.. tang ketiak.. menggeliat... huhuuuhu... ghairah ler sgt...  Walaupun aku rasakan ianya taklah seksi mana, tetapi introductionnya menjanjikan satu kelainan.. kelainan yang klu tak der pun tak per... Dengan selang seli scene si Dato Mahfuz yang kononnya bakal menaiki bot kematiannya..huhuhuuuu
Ada beberapa point yang aku rasakan kurang berjaya untuk disampaikan. Ianya sekaligus membuatkan beberapa adegan dalam filem ini nampak tak kemas...
 
Pastu, skrip lari giler babas, bila Maria tanya pasal dah advertise lum utk cikgu tuition yg sy suruh ptg tadi... dekat PA dia.. pastu bila berckp dgn anak2 dia.. dia ckp apa yang telah terjadi tempoh hari (refer tu kejadian uncle bob bertumbuk2 masa org kacau anak2 maria kat tgh jalan tu).. Sedangkan scene suruh iklan tu dulu.. baru gaduh.. pastu dlm dialog suruh cari cikgu tuition ptg tadi, pastu scene gaduh refer tu tempoh hari... poning betul ler...

Secara jujurnya, plot cerita mmg tak kemas... yang kononnya plot2 misteri.. tapi tak menjadi. Perhatikan penyelongkaran bilik Datin yang cuba dimisterikan. Tak menjadi. Watak dua orang pekerja yang bersubahat nampaknya tak kuat. Malah, kononnya geng penyeludup dadah terbesar dunia nampaknya tak lah gah dan mampu untuk membuatkan penonton berkata ‘geng ni memang gerun dan ganas'.. cam hampeh jer....
 
Bab yang aku rasa cam bengong sket bila Aaron dan Joey tu adalah polis yang menyamar. Konon nak gempak la kan, bajet penonton terkejut dan tak tersangka ler kan... Ye memang terkejut, sebab banyak gila scene yang tidak menunjukkan diaorg tgh menyamar dan tak logik... Antaranya baca surat khabar baru dapat tahu ada iklan jadi cikgu di Langkawi then nak apply.. Pastu nak apply kerja siap bawak beg baju bagai... Nampak cam diorang ni kutu rayau yang desperado nak cari duit.  Pastu struggle nak make-up Aaron dan Aaron struggle nak menyamar sedangkan diorang ni kan polis, sila la buat research dulu wahai penulis skrip.. adooooyaiiii. 
 
Lagi satu, Derus Lee takde kunci pendua rumah, dah la 2 orang je dok umah tu, pastu polis yang sedang mengintip, so takkan benda cam kunci pendua rumah pun terlepas pandang? Pastu babak dibelakang pengetahuan Datin, di mana Aaron berckp dgn Derus Lee tu kan.. pasal cinta ibu dan anak tu.. kenapa nak kena ckp2 mcm tu klu dah diorg mmg polis menyamar.. huhuhu.. tak masuk akal betul.. tak leh nak terima kenyataan filem Malaysia di takuk itu lagi...
 
Bab pakaian.. tak tau asal nak kena pakai cam seksi meksi gila babas.. daring abis.. si Datin Ghairieyah tu biar ler coz mmg citer dia nak bg ghairah kat org... konon nyer.. aku tak paham kenapa anak dia 2 org tu pun nak kena seksi.. 24 hrs pakaian cam nak g kelab dangdut.. PA dia pun sama.. melaram abis.. seksi meksi.. Anak ke 2 dia tu cam tak wujud pun tak per.. tak memberi kekuatan langsung dlm citer.. Sheera tu ok ler.. Cian plak dpt watak cam gitu... huhuhuu

Datin Ghairah tak cukup komedi serta elemen kejutan yang tidak berjaya.. Klu tak der aaron aziz mmg aku stop jer tgh jalan.. Penutup nya.. ramai2 pakat gi peluk si aaron aziz tu.. perghhh.... terbaekkk.. Overall... aku bagi 2 out of 10 stars.. HAMPEH.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops