BSN Hi-Savers Naib Johan Koir Peringkat MOF

2 Minggu yang lalu, Sally bertungkus lumus untuk wujudkan 1 kumpulan koir BSN setelah menerima jemputan untuk menyertai petandingan Koir peringkat MOF. Boss bagi surat jemputan, dan peserta minima adalah 25 orang. Setelah paper kelulusan bajet dibuat dan diluluskan.. Sally blast email untuk mencari peserta.. Pada peringkat permulaan, agak susah untuk mencari peserta yang sporting.. dan akhirnya.. 25 orang peserta berjaya dikumpulkan yang diketuai oleh Kak Tie... penyanyi Bank.

Seminggu lagitarik pertandingan, baru ler cukup peserta dan nama kumpulan diberi.. BSN Hi-Savers. Dengan adanya Kak Tie, Sally rasa lebih bersemangat diikuti dengan pertolongan En Rahmat sebagai konduktor dan En Shahril sebagai keyboardist. Dalam masa seminggu jugalah, lagu dipilih.. dan latihan selepas ofis hour dibuat.. tu pun 5 kali sahaja. Atas komitmen semua... ada ler lagu dan irama yang harmoni gituuu.. Pilihan peserta yang bersuara merdu seperti Kak Arida, Deby, Kak Tie, Neeny, kak Niza dan Awin.. tak lupa juga barisan gagah pekersa di belakang... mmg ummmphhh...

Dalam seminggu jugaklah, Sally mencari kain songket untuk peserta wanita beseta kelengkapan cucuk sanggul dan rantai.. tudung dsb.. Samping untuk lelaki pun dicari.. Sally personally call Abg Den (Den Wahab) as tailor untuk pakaian lelaki.. Nasib baik Mr Hubby ada gud contact dgn Abg Den.. harga special Abg Den bagi.. dan kelengkapan mmg superbb... thanks Abg Den.. Mary plak as tailor utk pakaian peserta wanita.. Semua sekali selesai dalam masa 5 hari sahaja...

Bila baju dah siap semua.. rasa macam ummmph.. semangat gitu... Suara pun dah diasah.. Sally lagi sekali melancarkan langkah terakhir dan paling penting rasanya bila merayu Shamin Manja dan Abg Sharif sebagai make up artis untuk peserta wanita dan juga mempersiapkan jejaka dengan simpulan samping yang mmg dpt menyegakkan barisan jejaka dihadapan.. Alhamdulillah.. Shamin dan Abg Sharif sudi membantu...

Akhirnya.. semalam.. hari pertandingan.. we ols hadir penug segak dan menawan.. dari segi penampilan mmg A++ ler... Dari segi persembahan pulak... not bad guys... we ols dpt No 2... Baru seminggu ditubuhkan.. Kumpulan Koir BSN telah meraih naib johan pada pertandingan Koir Peringkat Kementerian Kewangan pada 29 Sept 2011 di MOF. Berbanding dengan peserta lain yang lebih 2 tahun ditubuhkan... 

Mmg gembira habis.. tak sangka pun ada... ALhamdulillah.. Thanks pada semua yang memberi kerjasama baik dan yang pastinya.. bila kita bersatu... kita akan mencapai apa yang kita impikan.. love u guys.... share with you guys d video and photos...








U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Adelina's 3rd Bday party

Semlm birthday Nina.. Acara tahunan yang ditunggu-tunggu.. Cam biasa.. mama pening pilih tempat.. last skali kat kizsport jugak.. Kizsport mmg tebaik untuk kanak-kanak memain.. dan mak bapak hanging together..

Menu tahun ni: Spaghetti Bolognese, Bihun Goreng, Satay, Fried Seafood, Cuppies from Mama, Blueberry Cheese cake from Mama... and of coz d bday cake from Sally's kitchen.. :) Tak lupa gaks nugget, fries and hot dog for all d kiddies... Ada peach merah dan lolipop gaks..

Cam biasa.. party pack disediakan oleh kizsport cuma mama tambah a few items kat dalam.. Tahun ni gak mama sediakan present utk game dan juga ada hadiah prince and princess of d day.. best dress gituuu.

Theme color hari tu: WHite... hehee.. thanks guys coz mengikut tema... kelas u ols.. love u laa...

Adelina mmg happy giler dat day.. mama pun samer gak.. here, we share i few pic with u guys..












U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bibik yang advance

Hari ni bday adelina, my doter... Tapi x terasa nak share citer pasal bday adelina lagi pun sejak dr semlm Sally bertungkus lumus untuk menyiapkan bday cake dia. Citer bibik lebih mendorong Sally untuk bercerita kat sini.

Selepas dah settle cake deco session, Sally rehat jap sambil mencapai iPad dgn niat nak berFB jap. Masuk FB jeer kuar FB ntah saper2. Sally Tanya hubby. Dia pun tak tau. Tetiba bibik ni bersuara FB tu dia punyer. Sally n hubby melopong Dan terdiam dgr. Mak aiiii advance giler bibik kitaorg. Mmg Ada masa sgt leer berFB klu berdua je dgn adelina kat umah. iPad mmg utk adelina main game Dan beryoutube pocoyo, Barney etc..etc.. Dia plak ambik kesempatan..

Lupa laks terus logout td... Patut Sally tukar password dia dulu... Huhuuu... Bibik...bibik... Ambik yg muda advance ke lain plak... Hrp2 dia dgr leer Sally warning dia jgn pakai iPad lagi... Utk adelina jeer...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Aidilfitri 2011 - Part 4

Hari ni leh sambung lagi citer raya hari tu yg x smpt nak update. Masuk hari ke 5 beraya.. hehehee

3rd Sept 2011 (Raya Ke-5)
Seawal 7 pagi we ols dah nak bertolak balik ke rumah mama di Rantau Panjang. Bukan aper kut jalan jam plak..  Kelantan ni kalau musim raya, jam dia lain macam sket.. Bagi mengelak tersangkut dalam jam yang tak beroti.. we ols decide nak balik awal. Mandi pun tidak.. Selepas sembahyang Subuh terus jer bertolak balik. Breakfast pun kat Rantau Panjang.

Sampai je, berehat-rehat, makan-makan dan tido.. Raya ke-6 pun sama gak.. tak der apa yang dibuat kecuali berborak-borak dan bersantai di rumah.

5th Sept 2011 (Raya Ke-7)
Hari ni we ols bertolak ke Villa Danialla untuk bersantai dan mandi-manda di pantai. Sally dah booking dr awal lagi. 2 Bilik ditempah, satu untuk Sally dan satu lagi utk family Kak Da.

Perjalanan ke sana dari Rantau Panjang mengambil masa lebih kurang 1 jam setgh. Dengan bantuan GPS di android hubby, we ols selamat sampai tanpa sesat-sesat. Kalau nak ikutkan signboard kat Kelantan mmg hampeh. Ntah apa-apa.. Pihak2 berwajib perlu kaji semula peletakan signboard yang mengelirukan di Kelantan. 

Sebelum penempahan dibuat, Sally dah survey kat internet. Nmpknya Villa Danialla adalah antara resort yang tercantik di Kelantan. Tak sangka ada resort yang macam ni kat Kelantan. Melalui beberapa review, owner resort ni tak friendly.. Sally just ignore sajer comment tu.. asalkan tempat cantik dan selesa untuk mandi pantai dan swimming pool nyer pun agak cantik mengadap pantai.

Masa check-in we ols x perlu beratur panjang coz hanya Sally jer yang ada kat ruang reception tu. Anak owner yang bertugas as recetionist masa tu. Sally dah beranggapan.. hmm.. bisnes family ler.. Sarah nama dia. Bagi Sally, Sarah ni boleh dikatakan banyak cakap tapi kemesraan agak kurang. Menurut Sarah, hanya we ols family Melayu pada masa itu yang lain semua Mat Salleh.. Suasana pun agak sunyi dan mendamaikan.. Tapi kalau bercuti tak der orang sangat pun tak best jugak. Villa Danialla ni antara resrt yang termahal di Kelantan. Maybe diorg target tourist Mat Salleh dsb kut.. Org2 Melayu ni mcm diorg malas nak layan sgt. Chef kat resturant pun diaorg pakai Mat Salleh..

Makanan?? Hmm.. Mmg tak best.. Pizza yg diorg ckp best giler Mat Salleh tu buat.. masin jer aku rasa. Nasi goreng utk breakfast pagi tu pun lembik penyet jer.. Overall.. makanan biasa jer.. Nasi goreng belacan mama lagi sedap. Suasana tempat, private beach mmg best ler.. Pantai putih dijaga rapi, kolan renang pun best mengadap laut, ada 3 kategori kolam untuk kanak-kanak.. tapi mmg diorg strict giler.. tak leh pakai baju biasa. Kakak aku siap kena sound oleh anak owner bukan Sarah tp apa ntah nama dia.. coz kak Da ni pakai t-shirt teman anak dia mandi. Bukan dia mandi pun, setakat kaki jer dlm air yang ketinggian lebih kurang paras peha. Mmg diaorg nak jaga standard sgt.. Agak susah ler aku rasa, lagi2 kat Kelantan. Masa we ols mandi tu pun, anak owner tu siap mandi manda cam nak tayang body jadi model sambilan plak kat situ. Pakai pakaian mandi yang memang seksi abis.. Tak senyum langsung lak tu.. Berlagak giler...nyampah..

Mmm.. tempat mmg bleh bagi 5 star ler.. service 1/2 star jer.. makan 1 star.. sayang betul ler.. maybe nxt year bleh try kat Sudara Beach Resort plak.. lebih murah sket dan lebih friendly katanya.. Antara gambar untuk tatapan semua:
















Malam tu we ols mencari ikan bakar.. dah mengidam nak makan ni.. Pergi tok bali.. betul2 tepi jambatan tok bali tu.. nama jer restaurant ikan bakar.. tapi x der ikan bakar dengan alasan pekerja tak dtg lagi.. so, diorg ada makanan goreng2.. masakan panas jer.. tak de rikan bakar.. huhuhuu... we ols naik keter balik menjejak ikan bakar.. sampai ke Kampung Raja, Kuala Besut, Terengganu. Chef's Restaurant Ikan Bakar. Tak banyak pilihan ikan pun. Tapi boleh ler.. takut kempunan. 2 ekor ikan siakap.. 2 ekor ikan merah tanda.. sekilo sotong lebih kurang 4 ekor.. (semua di bakar).. perencah ikan bakar dia boleh ler.. tak ler sedap sgt pun.. udang goreng tepung.. sayur kailan sket.. semua skali abis dalam RM200++.. Ikan bakar ulu langat lagi best kut rasanya.. huhuuu





Percutian sempena Aidilfitri 2011 ni kira ok ler.. Esok nyer.. lepas mandi manda sekejap di swimming pool, we ols terus bertolak balik. Dalam perjalanan we ols beli satar (agak manis).. dan etok.. my favourite..
The very yummy satar ikan - manis sket ler..
Etak - Sejenis siput sungai.. mmg best.. ni dipanggil etak salai
Tak semua org pandai makan coz susah nak bukak..
Sally dha mmg champion ler mkn etak..
habis 3 bungkus Sally sorang jer..
Sebungkus RM1..

Petang nyer.. Sally kuar ke Pasar Rantau Panjang untuk shopping baju bibik sket.. barang2 untuk kawan-kawan... Kacang koh-kae.. Buah Merah.. Di Pasar Rantau Panjang, Sally tertarik pada org jual aiskrim campur pulut. RM2 segelas.. Sedap gak ler.. We ols borong 13 gelas semuanya.. mmm.. sedap.. Cari lok cing yang abe slalu jual tu.. tapi x der plak.. Makanan wajib kalau balik Rantau Panjang.. Cuma.. x smpt nak makan som tam dgn pulut ayam jer.. 
Penjual ice cream

Ice Cream Pulut.. siap ada snoopy kat atas.. RM2 segelas


7th Sept 2011 (Raya Ke-9)
Pagi ni, selepas sembahyang Subuh, Slaly & HUbby mengunjungi pusara Arwah Abah. Balik raya, tapi kubur abah tak jengok lagi. Dah nak balik KL ni, Sally pergi menziarahi pusara abah, sedekahkan bacaan Yasin dan Sally nak abah tahu, abah sentiasa ada di hati ini. Semoga Allah tempatkan abah di kalangan orang-orang yang beriman.. AMin.

Lebih kurang pukul 11.00 pagi, we ols bertolak balik ke KL melalui Grik. Kata hubby, jalan nyer lebih rilex. Sally mengikut sajer. We ols selamat sampai di KL lebih kurang pukul 6.30 petang setelah berhenti di 2 persinggahan untuk menjamu selera yang dibekalkan oleh mama dan juga tukar lampin Nina..

8 Hari di Kelantan terasa sekejap sahaja.. Macam esok nak balik lagi.. hehehee.. Miss you Ma...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Aidilfitri 2011 - Part 3

2nd Sept 2011 (Raya Ke-4)
Hari ni adalah hari reception Su. Dengan bertemakan warna pink purple.. we ols pun berpakaian dengan rona warna yang sama. 3 persalinan pengantin.. shocking pink.. sponsored by Sally... penuh bidding... tapi tak terambik lak gmbr baju ni... coz waktu ni Sally tgh sibuk kat dapur sediakan 6 hidangan makanan pengantin.. serabai sgt.. sampai pengantin sampai pun masih kat dapur lagi... riasu meja makan pengantik tak sempat siap.. Pastu masak coklat lak untuk chocolate fountain.. dah selesai setting meja makan pengantin baru ler Sally gi mandi dan tukar baju.. make up ala kadar jer.. jadi ornag dapur ler katakan... Hantaran Su pun Sally gubahkan.. boleh ler.. tapi x ambik gmrb lak.. tgu gmbr dr cousin2 yg lain.. huhuuu.. Dah ada nnt Sally tempek kat sini hasil kerja dan air tangan Sally.. lupa sgt..

Di sekitar majlis resepsi.. gmbr pengantik tak der sgt.. gmbr we ols yg over.. hehehee
Sally & Sabri.. romantik kat dapur nenek..
3 of us..

Posing depan pelamin..

Aisyah & Adelina

Siti Aisyah Damia

Adelina Khayra

Sally & Mama
Pengantin dalam persalinan ke 2 : songket

Wanita dalam penyeri hidup arwah abah

We love you abah... dari anak tengahmu, isterimu dan anak bongsumu..

Hidung saper yang paling luas?? Hahahaa.. Mak Cik Dah

Adik beradik mama.. Anak Arwah MAT.. seorg masih belum berpunya..

Mama & Family Kak Da..
3 of us..

Family Mak Cik Dah..

Family Mok Adik..

Kak Da & Mama

Sally & Mama

Posing lagi...

Adelina & Bibik tidak ketinggalan..



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops