Salam Ramadhan 2011 buat semua

Guys...

Cam biasa.. janji tinggal janji... kononya dah ada bibik leh kerap masuk blog untuk post at least 1 sehari.. tapi.. apa dah jadi?? Ada bibik pun sama gak.. masa tu sentiasa mencemburui kita.. tak bagi chan langsung untuk Sally post kat blog ni..

Boleh dikatakan banyak benda nak cerita tapi masa jer tak der.. dah 3 hari Sally dan Adelina alami muntah2 dan cirit.. tu lg satu sebab or alasan untuk tidak menjenguk ke blog ni.. sebelum2 tu.. hari2 bekerja.. bz memanjang... tugas Sally jemput Adelina kat umah mama membuatkan Sally sampai almost 9pm kat umah. lepas mandi bagai... dah penat.. x der masa nak bukak blog..

Weekend plak.. penuh dengan aktiviti.. memenuhi undangan bday, aktivit Puspanita... berjalan ke sana ke mari.. kedtgan Mok (nenda) dan Su (aunty bongsu) yang dtg untuk membeli barang hantaran untuk hari bahagianya yang akan menjelang pada lebaran nanti.. Aku jugak yang menemani.. sampai demam dan lenguh satu badan.. terpaksa panggil Aunty Soleha yg memang serasi dengan urat2 dan sendi badan ini.. pekena urut tradisional Aunty Soleha rasa lega sikit badan.. huuuuuuhhhhh... Ramai gak yang telah aku rekomen untuk mendapatkan khidmat urutan ajaib Aunty Soleha. Kalau dulu nak dikatakan dengan izin Allah, Aunty Soleha adalah orang terakhir yang urut aku, dan ikhtiar terakhir ku adalah dengan memakan jamu Aunty Soleha untuk mendapatkan zuriat... aku rekomen pada Mas.. dia juga dengan izin Allah telah mendapat cahaya mata dan yang ke 2 adalah wife Kama.. Suzie.. dah pun pregnant lepas berurut dan makan jamu Aunty Soleha.. semuanya dengan izinNya.. kita cuma berikhtiar...

Minggu lepas juga, we ols sekeluarga telah membanjiri KLIA apabila Kak Aida sekeluarga telah migrate ke New York untuk tempoh yang panjang.. 4 tahun katanya... so aper lagi.. linangan air mata membasahi semua pipi sanak saudara apabila perpisahan yang semua pinta hanya untuk sementara itu akan berjumpa lagi sama ada we ols ke sana (ceewaaahhh) atau Kak Aida balik ke Malaysia tak lama lagi.. hanya jarak yang memisahkan, skrg kan zaman IT ... ada skype.. FB.. twitter... kita boleh berhubung bila-bila masa sahaja...

So.. malam ni, Sally gagahkan diri untuk menyinggah di sini untuk coretan awal Ramadhan buat semua... dengan ucapan Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada semua.. amin... Selamat berpuasa u ols...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Sesuci Kasih Seorang Isteri - dzie tyea


Aku ambik masa 10 hari untuk habiskan novel ni... Gaya penulisan lain dari yang lain.. mempamerkan suara hati seorang suami walaupun penulisnya seorang wanita.. agak hebat aku kira bila membaca sinopsisnya dibelakang buku.. cover page pun agak menarik.. tu yang membuatkan aku sambar novel ni di rak kedai buku Popular.

But sorry tyea... jalan cerita memang menarik... tapi gaya penulisan lama-lama membuatkan aku jadi boring dan agak muak kerana pengulangan ayat yang sama.. berkali-kali benda yang sama diceritakan dan kisahnya terlalu menceritakan rutin harian.. ntah ler.. maybe tak sampai ke dalam diri aku.. maybe bagi pembaca lain ok.. Ni ler salah satu novel yang aku baca tak menangis langsung dan tak der ler rasa diri ini part of the story.. overall aku bagi 5 out of 10 stars... boleh lerrr... sorry yer tyea.. betul ler.. don't judge a book by its cover...

Coz, bila beli novel, we aspect the best.. citer yang aku baca sebelum ni mmg ada part yang tangkap leleh.. dan bila part kelakar tu mmg tergelak sendiri.. tapi elemen2 tu semua tak ku jumpa dalam novel tyea yang ni.. tak tahu plak ler dgn yang lain... tak pernah baca pun.. maybe bleh try beli lagi satu.. mungkin ada bedanya...

Aper2 pun, just want to share with u guys... sedikit sebanyak sinopsis novel ni:

Isu yg diketengahkan berkaitan poligami yg berlaku di antara Zikri, Alishah dan Sofea. Ini bukan sahaja cerita kawin paksa, tetapi juga kisah bagaimana Zikri tersepit dlm menghadapi situasi begitu. Dia dengan rasa serba salah dan keterpaksaan itu tidak dapat ditolaknya.

Berkisarkan kisah golongan pemeras di Turki yg berkait rapat dgn mengapa Zikri terpaksa berkahwin lagi walaupun dia cukup bahagia beristerikan Alishah yg merupakan pilihan ibunya. Tapi terlalu longgar.. tak kesampaian aku rasakan...

Zikri tersepit antara kemahuan hati sendiri dan keselamatan keluarga abg kandungnya di Turki yg menjadi mangsa ancaman ala2 along pemberi pinjaman dan pemeras di sana. Demi menyelamatkan nyawa abgnya sekeluarga, dia menerima Sofea sbg isteri keduanya.

Heran jugak bagaimana Khaleed Mashur yg hebat dgn kekuasaan dunia gelap dia tu boleh biarkan puteri kesayangannya menjadi isteri kedua kepada lelaki melayu yg tidak dikenalinya semata2 kerana puterinya, Sofea berkenan sangat dgn Zikri yg budiman. Sofea mungkin tidak tahu yg ayahnya menggunakan kekerasan yg amat kejam utk menjadikan Zikri sbg suami Sofea malah memeras ugut Zikri dgn menyiksa anak saudara Zikri semata2 mahukan Zikri menyentuh Sofea dan menjadikannya isteri dalam erti kata sebenar. Cam tak logik pun ada kat sini... BIla tyea menggambarkan sofea tu perempuan baik.. takkan dia bgtau kat ayah dia yg suaminya tak sentuh dia...

Sofea tahu tentang kewujudan Alishah dan Zikri tidak mahu Alishah tahu kedudukan Sofea dlm hidupnya kerana dia tahu Alishah tidak suka dimadukan. Keterpaksaan bertukar menjadi tanggungjawab walaupun dia amat berat sebelah dalam memberi keadilan kepada Sofea kerana dia lebih sayangkan Alishah yg mempunyai ciri2 isteri sejati dan muslimah. Sofea juga mempunyai kelembutan tersendiri sbg isteri yg baik walaupun pada mulanya perwatakannya seperti tidak stabil.

Ada banyak watak yang kabur dalam cerita ini.. Radzin plak cam klu x der pun  tak per... ada ler nama2 lain yg macam x der kesinambuangan dalam cerita.. Mula2 penulisan agak details sampai setiap rutin harian diceritakan.. tapi kat belakang2 tu agak melompat dan seolah2 penulis nak cepat2 habiskan dan penutup cerita agak membosankan.. sorry tyea... biasa ler.. pembaca punya review kan.. hope you can do better next time..
  
Agak seksa nak habiskan buku ni.. tapi dah terbeli baca habis gak ler...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


New Hair Style by Hairkunst

Sally... cam tak biasa... setahun 2,3 kali tukar fesyen rambut... jemu perm... gi rebonding.. jemu rebonding.. gi perm.. jemu rambut potong straight.. pergi layer.. huhuuuu.. dah bermcm2 fesyen dah.. cuma rambut pendek aras telinga atau potongan bob je tak try lagi lepas kahwin ni.... coz hubby x kasi.. kata hubby.. nak buat apa dgn rambut.. buat lah.. janji potongan bawah bahu.. lagipun dulu masa zaman bujang.. muda-muda dulu Sally dah pernah rambut pendek.. pendek kata, semua fesyen dah try... ni tak tau ler bertahan sampai bila perm ni... huhuhuuu

So, hari ni, lepas jumpa Endang last month, Sally telah diberi offer baik punya from Hairkunst.. Salon adik Enn yang semakin mendapat tempat Sally rasa coz dia dah banyak kali kuar magazine.. on TV.. Glamorous Fashion Show... mmmm... ramai gak celebrities yang mendapatkan khidmat Bambang (si adik Enn) ni.. Org nya bagus... banyak bagi nasihat pasal rambut.. bagi petunjuk.. bagi idea nak potongan yang macam mana... mmm.. I am sure u guys will like it... (Enn.. promote lebih ni nak kena bagi diskaun lagi ni... hehehheee)..
U ols bleh gak tgk website dia: http://www.hairkunst.com.my

Buat ler appointment dulu kalau nak pergi. Lebih bagus gitu...

Address salon dia kat:
Hairkunst,
The Curve,
Lot 226, 2nd Floor
6, Jalan PJU7/3, Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya, Malaysia
Tel: 03-77105585

You have to take the lift area Ayam Penyet to 2nd floor. Nice decor and the service was outstanding.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


BERSIH

Hari ni org duk kecoh pasal BERSIH... tapi we ols duk beriadah kat umah,.. dan umah puan Sally memang BERSIH sgt dengan kehadiran bibik baru. Yeehhhaaa.. akhirnya. Nak dgr citer bibik baru tak u ols?? Ke nak dgr citer perhimpunan BERSIH tu.. yang telah menyebabkan jalan raya kat KL ni jam berhari-hari.. pagi2 ada road block.. rakyat KL menyumpah seranah sana sono coz lambat nak g kerja.. tapi alhamdulillah.. jalan yang Sally lalui OK.. tak terlibat dan sampai di ofis dengan jayanya... Malas nak citer pasal BERSIH ler.. u ols search ler sendiri blog2 lain yang fanatik or patriotik.. or any other tik... Sally nak citer pasal bibik lagi bagus..

Bibik baru ni Sally dapat semalam. Setelah hampir 4 bulan menanti dengan si Datin Liana ni. Nampak cam ok. Masih muda. Ida namanya. orangnya nampak lembut. Mula2 rasa, ok tak dia ni kerja ni.. cam lembik jer.. org nyer pun pendiam.. Malam tu, Sally tanya dia samada nak kol org di Indon atau tak? Mana tau mahu khabarkan yg dia dah selamat dapat majikan yang baik.. hahahhaaaa...  Tapi akhirnya terbongkarlah cerita...

Si Ida ni lari dari rumah ikut mak ciknya yang memang dah bekerja di Malaysia gara-gara family nya suh dia kahwin dgn sorng lelaki. Tapi sebelum dia turun dari rumah mak nyer dapat tahu.. so, kiranya mak dia dah berkomplot ler.. Hanya bapak nyer saja yang tak tahu.. tu yang membuatkan dia tak nak kol rumah. Bagus jugak. Cuma dia hubungi mak cik nyer sajer.. Harapnya semua ok.

Hari pertama, Sally dah bagi briefing serba sedikit. Dan nampaknya Ida ni jenis yang senang diajar dan ikut apa yang disuruh. alhamdulillah.. moga-moga sampai 2 tahun ler... Semalam hantar ke rumah mama, mama ckp Ida ok. pandai main dengan Adelina dan makan minum, pakai dn mandi Adelina terjaga.. lega rasanya.. Dia pun nampak happy duk umah mama.. alhamdulillah...

Hari ni, pagi Sally bangun, rumah memang dah kemas.. bersih.. siap mop lagi... bilik air pun dah dicuci..bagus. Baju yang melambak dilipat dan di'iron' semua sudah teratur.. sedap mata memandang. Sally pantau dia mandikan adelina dan suap Adelina. Memang boleh diharap. Semoga dia kekal bekerja dengan Sally. Puan Sally bleh ler aktif blog balik.. yeeehaaa.. cuma dia mmg tak tau masak. Tak per laa... Ilmia dulu pun tak tau gak..lama2 nnt pandai ler.. lagi pun Sally mmg suka masak sendiri.. dia tukang kemas ajer udah.. tukang potong2 pun ok..

Hari ni Sally masak Tom Yam ayam + fish ball.. Masuk ajer bahan yang mana ada.. coz tak g shopping barang dapur yang banyak abis.. kata hubby malas nak kuar... malas nak layan BERSIH.. Maybe esok baru we ols keluar.. Sajer nak share gmbr tom yam hari ni.. :)





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah


I think...this is the first novel from Siti Rosmizah I had read. Aku ni pun bukan ingat sangat nama penulis dan jugak title novel. Tapi novel ni memang best..  recommended by Nasha..

I took 3 days to finish it disamping anasir luar yang mengganggu.. Anasir luar??? no laa... urusan ofis.. urusan family... urusan princess adelina.. Nasha bagi dah hampir 2 minggu tapi sally tak berkesempatan untuk memulakannya...

Cerita ni pasal apa?
Mai sini, aku kongsikan serba sedikit sinopsisnya.. selebihnya korang beli dan baca ler sendiri... cerita semua kat sini nnt tak abis plak buku kat rak MPH,Popular, etc..etc...

Lafazkan Kalimah Cintamu.. Sinopsisnya:

Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus.Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada dirinya?
Apa yang melekat kat kepala Sally:
  • Nak baca sediakan tisu.. kalau baca nak tido, selimut pun leh buat lap hingus... hahahaaa...
  • Klu baca tgh duduk kat sofa, ada bab leh gelak sorang2.. hebat sunggu Siti Rosmizah..
  • Qila dengan perangai lawak dan bersahajanya..
  • Tengku Ryan yang memang manusia ensem yang ego... huhuuu.. naik lamborghini kuning.. mmg terbayang kat mata ni.. syoknya..
  • Cinta Qila yang tak berbelah bagi.
  • Lelaki ego yang jatuh ketangannya jua..
  • Adanya pembalasan.. masing2  rasa sikit sorang.. baik Natasha, ataupun bapaknya, ataupun Qila sendiri, Ryan jugak dan tak ketinggalan si Syikin kawan si Tasha... memang abis akar umbi diceritakan.. mmg superb.. tak der yang tergantung.
  • Azrul botak dgn Farhana... 
  • Kisah Kak Kembung dan Tutti pun tak ketinggalan..
  • Tapi cinta yang paling agung adalah cinta Ryan dan Qila... sama-sama memendam rasa dan akhirnya aku si pembaca yang terasa.. cam hati ni dihiris-hiris gitu..
  • u ols baca ler sendiri.. mmg best... :)  


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops