Shopping Trip To Bandung

Kali ke 2 ke Bandung. Sally telah menguruskan satu trip Shopping Raya Puspanita ke Bandung pada 26 - 28 Jun 2011. hahahhaaaa.. kali ni tak der tour leader yang ikut sama.. Semua Sally uruskan sendiri. Maklumlah kali ke 2 pergi. Dah tau dah hot spot kat mana.. lagi pun, tak der ler nak g jenjalan beria pun.. motif utama adalah SHOPPING. Seramai 28 orang menyertai trip kali ni. Sally cukup excited nak ke Bandung.. bukan aper.. nak shopping baju raya Adelina.

Seawal 9 pagi we ols dah berkumpul untuk naik bas BSN ke KLIA. Best sgt bercuti bersama-sama kawan ofis.. bercuti sambil bershopping... hehehee

Bawak ahli Puspanita shopping memang best. Shopping sakan.. beg sampai beranak 2, 3 sorang... Exceed luggage ada yang RM1000 ler.. mak aiii.. tu untuk 6 org.. huhuu.. Sally sendiri kena RM102 untuk exceed luggage.. huhu.. shopping beria mak oiii...

Kat sana we ols menginap di Anggrek Shopping Hotel. Sally memang recommend ler pada saper2 yang nak pergi Bandung duk hotel ni. Hotel ni memang sebelah shopping complex. Turun jer hotel bleh shopping sepanjang jalan Riau.. Jalan kaki jer babe.. bleh g The Secret, Stamp, Heritage, Cascade dan banyak lagi butik2 lain... Kalau tak cukup duit pun bleh withdraw opposite hotel jer..ada Bank kat situ.. Kat jalan Riau ni gak ada rumah urut. Oleh sebab giler shopping sangat, tak sempat nak menyinggah. Kak Arida dan husband ke sana. Katanya, mmg best dan murah giler.. Rugi lak rasanya... takper la.. next time.. cewahhh.. ada niat nak g lagi tuuuu...

Hari ke dua, we ols ke Pasar Baru. We ols sewa bas untuk hari ke 2 yang dibiayai sepenuhnya oleh Puspanita BSN.. bestkan... Kat sini Sally tak ler shopping sgt coz kain pasang byk lagi yang tak berjahit. Sally just teman kengkawan jer.. Sambil teman tu, tersangkut ler jugak 2 pasang.. heheheee... Then, we ols ke Toko Tiga.. Shopping levis ler.. 2 utk Sally, 2 utk Hubby.. then, we ols ke Rumah Mode.. Mmg ni pun target Sally.. Shopping sakan kat sini. Swipe ajer... Pastu, tak abis di situ, we ols ke Jalan Dago laks.. Kat sini ada Grande, Donatello, Blossom dan byk lagi ler... tak ingat dah..

Esoknyer, sempat ler ke shopping complex sebelah hotel. Menghabiskan duit yang mana ada.. Cantik2 gak baju kat sini. Sempat beli 2 ekor angry bird untuk Adelina... hehehee.. Then, we ols ke Kartika Sari. Borong brownies.. ada mocha, ada cheese, dan ada chocolate.

Kali ni Sally tak bergambar langsung.. Tak der masa nak bergambar babe.. Sibuk shopping jer.. Nasib baik ada Yuh.. So, Sally copy gmbr dr FB Yuh untuk share dgn u guys...

Sebhgian barang shopping

Suasana bilik Anggrek.. Angle lagi satu lebih nampak seluruh tapi ada Puteri Neeny plak duk bergolek.. tak leh nak tunjuk kat u ols...

sihat nyer penganjur tri Bandung ni.. huhuuu
di depan hotel Anggrek

beg yg dah beranak pinak.. tak muat tempat beg kat bawah bas tu..
ni dah letak kat tempatduduk belakang bas..
mmg dahsyat ahli Puspanita BSN ni..

Tempat beli brownies kukus dan bakar. sally recommend brownies bakar Mocha.. besttt..

on d way nak balik. Sally & Neeny bimbit brownies naik flight

Sally & Neeny pakai t-shirt yang sama..
T-shirt Bandung..

Antara butik yang dikunjungi...
Semua butik masuk mesti tersangkut apa-apa..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Launching CPI branch @ Pengkalan Kubur

Penatnya masih terasa.. tapi happy.. puas dan berbaloi balik Kelantan. Short notice from boss untuk aku balik Kelantan sempena Launching CPI branch kat Pengkalan Kubur, terus dipersetujui oleh Sally.. Mana tak nye.. balik Kelantan babe... Event pada 20 Jun 2011, tapi Sally dah balik Kelantan pada 18 Jun 2011 lagi. Ada chan balik Rantau Panjang dulu...

Flight kul 7.50 pagi Sabtu 18 Jun 2011 telah menjadi sejarah pada diri Sally. Apa tak nyer.. pukul 7.30 baru Sally sampai airport. huhuhuuu... kaunter check in pun dah tutup. Nasib baik ler rayuan Sally diterima oleh abang ticketing MAS tu. akhirnya Sally berjaya naik penerbangan MAS kul 7.50 tapi hanya hand luggage yg dibenarkan. Kotak yang berisi barang2 keperluan event tak dapat dibawa bersama. Sally terus call Kama, minta tolong dia bawa pada hari esok.. nasib baik ada Kama... huhuuhuu... sebagai balasannya.. Sally akan jemput Kama di airport KB esok nak bawa ke Rantau Panjang. Alhamdulillah Kama bersetuju... Thanks Kama.

Sampai jer KB, Sally dijemput Abe dan Sally terus ambik kancil Abe drive balik ke RP.. tak sabar nak jumpa mama. Sampai je RP, sally singgah kat warung mama dulu.. aper lagi melantak ler.. sedap sgt.. makan semua lauk yang ada... yummy... Sehari berada di rumah mama rasa mcm sekejap sgt. Malam tu tidur dengan mama jer.. tanpa Adelina.. tanpa hubby.. memori as anak bongsu Puan Siti kembali lagi.. best sgt... by d way, jauh di sudut hati, mama rindu adelina sangat sangatttt....

Esok nyer.. Sally ke KB jemput Kama dan kembali ke RP lagi coz dah janji dengan mak cik tukang urut.. Balik Kelantan.. aper lagi.. massage ler.. then, bawa Kama jalan-jalan kat pasar RP. Then, malam tu we ols bertolak ke KB. Sampai KB, check in Renaissance.. jumpa staff BSN Kelantan yang lain. Lepas check in, we ols tak ler join staff BSN yang lain, tapi pergi umah abe, selain drp hantar keter, abe bawak we ols dinner. Malam tu puas nak cari tempat makan.. semua penuh.. almaklumlah malam Father's Day.. Abe plak tak booking mana2.. main terjah jer.. akhirnya.. malam tu we ols makan kat Restaurant Chiangmai.. best gak makanan dia.. thanks abe for the dinner.

Esoknyer.. event day. Sally & Kama dijemput oleh En Fauzi untuk ke Pengkalan Kubur. Hari ni Sally berimej muslimah.. Cawangan Perbankan Islam ler katakan... share with u guys my picture:





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bil letrik melambongggg... macam Mail Lambong ler..


Mukadimah blog, Sally copy paste apa yang ada kat utusan online:

"Tarikh: 01/06/2011
Tarif elektrik tidak membebankan
TARIF elektrik telah dinaikkan sebanyak 7.1 peratus mulai 1 Jun yang lalu. Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) 75 peratus pengguna tidak akan terlibat dengan kenaikan ini. Hanya pengguna isi rumah yang tinggi penggunaannya dan pengguna industri yang akan membayar lebih.

Maknanya majoriti rakyat tidak akan merasa kesan daripada kenaikan tarif tersebut. Sambil kita bercakap tentang mereka yang mengikat perut memastikan bil bulanan mereka tidak melebihi RM20 sebulan, kita dapati memang terdapat banyak pembaziran elektrik yang berlaku.

bla..bla...blaaa..."


huhuuuu... 1 Jun hari tu Sally ada dengar kat hotfm.. celoteh Fara Fauzana pasal harga elektrik naik.. Ramai yang cakap kena berjimat la.. catu letrik ler.. ada gak yang bagi suggestion instead of pasang air cond, dia letak baldi berisi air bawah kipas untuk merasa hawa sejuk dalam keadaan Malaysia yang agak panas sekarang ni..., ada gak yang rebus air pakai gas semata2 nak jimat tak nak guna water heater... ada gak yg bgtau balik kerja terus tido.. so, jimat letrik... tidur pun dalam gelap.. huhuu.. bagi Sally semua tu mengarut..

Petikan lagi:
"pengguna domestik yang menggunakan elektrik dengan bil RM20 ke bawah adalah PERCUMA dan mereka yang dikenakan bil di bawak RM77 tidak mengalami sebarang kenaikan.

Pengguna yang dikenakan bil berharga RM77 ke atas pula cuma mengalami kenaikan sekitar RM6 sahaja manakala berlaku kenaikan dalam gas industri dan penjana tenaga bebas (IPP)," kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Rujuk petikan kat atas, Pak Menteri kata kenaikan tarif elektrik ni tak menjejaskan sesiapa yang guna elektrik bawah RM77…huhuuu  Dengan kepanasan global yang melampau ni siapalah agaknya yang bernasib baik tak terkena tempias kenaikan tarif elektrik ni.

"bagi pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membantu memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada mereka yang bil elektrik RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember ini. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun bagi membiayai pemberian bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di semenanjung,” kata Chin. Petikan dari MyMetro

Yang bil bawah RM20 plak tak yah bayar...ada subsidi... RM122 juta ditanggung... fuyooo.. banyak tu.. tapi at the end of the year.. TNB untung RM200 juta... opsss..

Ubah gaya hidup!...ubah gaya hidup… ubah gaya hidup… macam pernah dengar je ayat ni…   Susah nak diungkapkan dengan kata-kata.
Ada yang kata… ubah gaya kepimpinan… dan yang lebih dahsyat… ubah pemerintahan… tu orang ler yang kata.. Sally tak kata apa-apa.. huhuu

Mula-mula sejak dgr hotfm pagi tu ler.. macam tak nak ambik kisah sangat.. nak naik ke nak apa ke.. suka hati ler.. berbuih mulut sampai sawan khinzir pun, keputusan dan kenaikan tak berubah gak... Tapi.. sehingga ler semalam.. sampai bil letrik.. huhuuuu... Sally macam terpanggil untuk nak bagi luahan perasaan... Naik siottt.. bil letrik umah aku.. gilo apooooo...


Sally ni bukan aper.. kalau aku duk banglow 2 tingkat tak der ler kisah sangat... tapi aku ni duk apartment jer.. Nape orang duk apartment?? Coz tak mampu nak beli hartanah atas tanah yang naik lebih dari Mail Lambong.. Baper orang kat umah apartment yang luasnya 1000 kaki ni?? 3 orang jer babe.. Sally, Hubby dan si kecil... Siang gi kerja, malam je kat umah. Air cond pun satu jer.. Tu pun bukak bila nak tido.. Iron baju pun 2 minggu sekali time bawak balik temporary bibik.. cam mana bil leh sampai RM170??? Tak masuk akal betul ler.. Kalau nak compare dengan umah teres.. cthnya masa duk umah kat Keramat.. bil around RM150 tapi ada 4 air cond, ada kolam ikan, duk pun ramai2.. ada freezer... huhuu... Kata orang duk apartment ni kadar taksiran air dan elektrik adalah lebih tinggi dari kediaman biasa. Apartment berservis begini akan mengikut kadar taksiran kormersial. Tapi naper yer??? Sedangkan kita yang duk apartment ni ler harus diberi penjimatan lebih supaya leh kumpul duit nak beli rumah lain yang ada halaman... huhuhuu..

Tu ler.. Sally doa sangat2 supaya urusan pembelian rumah baru we ols disegerakan... En Mr Lawyer... tolong ler percepatkan proses pemilikan rumah kami... u ols pun doa-doakan ler yer.. Nnt Sally buat housewarming,... masyak sedap2... tak sabar rasanya....

Pada pihak-pihak berwajib.. tolong ler tgk2 apa yang patut... apa yang bleh dibuat.. pandang ler sket org2 yg duk kat apartment ni.. nape nak diketepikan.. nape bil we ols mahal dari yang lain..?????


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Mood masak bila berpuasa makin menyerlah

Hari ni Sally puasa lagi. Biasa ler, bila berpuasa tengah hari tu dah duk pikir nak makan apa... huhuuuu... teringat kat ketam dalam peti ais, terus rasa nak makan Butter Crab.. huhuuu.. hancus diet.

Tengah hari tadi, Sally join Kak Arida and Kama pergi KLCC. Singgah Cold Storage jap, dapatkan ready made mantou bread. Coz, kalau nak buat sendiri mantau bread tu tak sempat ler... mesti sahur baru bleh makan.. huhuuu...

Balik jer dari ofis tadi, terus masak Butter Crab and goreng mantou bread. Sungguh menyelerakan. Cam biasa, tak sah klu tak ambik gambar. Sally sertakan gambar butter crab from Sally's kitchen... Bagi yang nak mencuba, hari ni Sally dengan senang hati nyer nak share resipi yang paling senang di dunia ni.... heheheee... Selamat mencuba...


Bahan2nya:
2 ekor ketam. (Ketam nipah lagi sedap)
Minyak menggoreng
1/2 bungkus buttercup
15 biji cili padi di potong halus
Segenggam daun kari
1 sudu tepung jagung dibancuh dgn air sikit jer
1 tin susu cair (Sally suka Ideal) - klu makan ngan nasi sikit jer susu, kalau makan dgn mantou bread.. mmg nak kena byk.. sedap cicah2...
1 sudu sos ikan cap sotong (nam pla sauce)


Cara2 membuatnya:
Bersihkan ketam
Goreng ketam dalam minyak yang panas dan banyak. (Deep Fried)
1 minit jer goreng dah tu angkat dan ketepikan.

Then, dalam kuali yang lain,
cairkan butter
Masukkan cili padi dan daun kari
Setelah naik bau, masukkan nam pla sauce
Masukkan susu cair
Masukkan tepung jagung
Last sekali masukkan ketam.
Biar hingga mendidih dan buih menenggelamkan ketam.
Angkat dan boleh makan panas2.. sedap..

Mantou Bread fav Sally:

Mantou bread ni bleh di kukus ataupun goreng.
Sally suka goreng.. hehehee..
kalu nak goreng, masuk microwave dulu..
kasi lembut..
pastu baru goreng..
Kalau tidak dia akan serap minyak banyak..
dah tak best...

ok ... daaaaa.. selamat mencuba..


Opss.. lupa lak nak citer.. hari ni bawa balik bibik dari opis. Untuk 2 hari... berkilat le rumah kak Sally... bukan apa.. baju penuh bilik nak di iron.. yeaahaa... bleh ler study untuk exam dengan aman damai... Nasib baik ada part time maid... kalau nak tgu yg betul2.. bila ler agaknya dapat.. payment dah bayar penuh... agent...agent.... janji tinggal janji...



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Puasa Nazar Seminggu

"Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah berperoleh ataupun berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu. Jika apa yang kita nazarkan itu tidak berjaya maka tidaklah wajib keatas kita untuk menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa." - petikan daripada satu laman web (http://halaqah.net)

4 tahun yang lalu, Sally telah bernazar untuk berpuasa seminggu jika Allah kurniakan seorang anak. Maklumlah masa tu memang nak sangat anak.. Dah hampir 2 tahun kahwin tapi belum lagi ada tanda-tanda untuk menimang cahaya mata. Pertanyaan demi pertanyaan daripada saudara mara dan rakan taulan membuatkan diri ini lebih tertekan. Tambahan pula adik ipar yang baru sahaja kahwin telah pun berbadan dua. Dengan itu, Sally bernazar untuk berpuasa seminggu sekiranya Sally dianugerah Tuhan seorang cahaya mata.

Kenapa Sally berniat untuk berpuasa?? Puasa merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa."
(Hadis riwayat Bukhari).

Setelah mendapat cahaya mata, Sally lupa akan nazar yang dibuat. 1 tahun lebih selepas kelahiran Adelina, Sally didatangi oleh seorang lelaki berjubah putih disaat Sally risau akan Adelina yang lambat untuk berjalan. Katanya.. "puasalah". Sally bangun dari mimpi dengan keadaan berpeluh dan teringat akan nazar Sally dulu. Keesokkan harinya Sally terus berpuasa. Tapi sempat 2 hari jer coz sebelum itu Sally hendaklah selesaikan semua puasa ganti dahulu sebanyak 8 hari. Bila masuk hari ke 3 puasa nazar, uzur pulak. Selepas itu sambung pula dengan puasa Ramadhan. Selepas habis raya, Sally mesti habiskan ppuasa ganti untuk Ramadhan yang baru pula. 7 hari puasa ganti telah Sally lunaskan semalam.

So, hari ni boleh lah diteruskan dengan puasa nazar yang berbaik lagi 5 hari. Hari ni selamt sudah sehari. Another 4 days to go. semoga tiada halangan lagi selepas ini untuk Sally lunaskan hutang dan janji Sally pada Allah s.w.t. Next time, Sally akan lebih berhati-hati untuk nazar puasa. Dulu, Sally selalu nazar puasa jika dapat keputusan exam yang baik. Dengan senang sahaja Sally langsaikan puasa nazar.. tapi sekarang kenapa rasa susah sangat nak habiskan puasa seminggu.. huhuuu..

Dan, seperti biasa.. hari ni.. menu berbuka daripada Sally's kitchen adalah Siakap Samrod dan juga Kangkung Goreng. Selamat menjamu mata. Sally sharekan jugak resipi Siakap Samrod bagi yang ingin mencuba.... selamat mencuba.. :)



Cara2 Memasak Siakap Samrod
Seekor ikan siakap digoreng garing
Angkat dan asingkan
Tinggalkan minyak menggoreng tadi sedikit di dalam kuali
Cincang 15 ulas bawang putih
Cincang 10 biji cili padi
Ketuk akar ketumbar yang sudah dibersihkan
Goreng bawang putih, cili padi dan akar ketumbar
Masukkan 4 helai daun limau purut yang dikoyak2kan ke dalam kuali
Masukkan 4 sudu sos ikan
Masukkan 5 sudu madu
Masukkan air perahan 1 1/2 biji limau nipis
Masukkan tomato (tomato cherry lagi sedap)
Angkat sos dan tuang ke atas ikan siakap.
Taburkan daun ketumbar.
Siap..
Sodappp...
*kalau ada mangga muda, bleh parut dan masukkan together.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Last Puasa Ganti

Hari ni Sally puasa.. last puasa ganti untuk tahun ni. Tinggal nhyer 7 hari... Januari hari tu Sally dah puasa dah.. pastu tetiba jer red flag setelah puasa berbaki 1 hari jer lagi. So berenti tu nak sambung susah ler sket..

Minggu lepas lagi dah berpakat ngan Kak Arida untuk ganti puasa together-gether ari ni. Kalau tak janji puasa sama, dugaan kuat sket.. Diorg kuar makan best2.. takkan Sally nak melangok kat opis jer.. Tak leh jadi.. So, jalan selamat ajak sekali Ketua Ajk makan2 berpuasa... hahahhaaa... ampun kakk....

Bila puasa ni, mmg nak berbuka best2 jer... Tak der yang paling best kat dunia ni yang kena dengan selera tekak Sally selain daripada masakan daripada Sally's kitchen.. hahahaa.. berlagak siot. So, petang tadi, Sally rushing balik umah terus rendam lauk dan masak nasi. Hari ni Sally berbuka dengan Tom Yam Putih ikan jenahak dan juga ayam goreng kunyit... Hmmm... yummy sangat. Lama tak buat Tom Yam putih. Tom Yam ikan jenahak memang best.. Tapi tak bleh ler makan slalu.. mahal siottt.. satu slice jer RM10.50. Sally beli kat Jusco. Tapi mmg segar lagi ikan tu... Ikan baru sampai. Semalam Sally beli. Tak nak simpan lama dalam peti ais nnt dah tak fresh lagi.. tu yang terus masak tu.. hubby makan berpeluh... hubby kata sedap... masam, manis, pedas.. cukup rasa ler.. korang jamu mata jer la yer... hehheehhee... dan akhirnya habis sudah puasa ganti Sally untuk tahun ni.. alhamdulillah.... Tinggal 5 hari puasa nazar yang akan dihabiskan secepat mungkin... Nazar apa tu??? Tunggu blog Sally esok kalau rajin... heheheee....

Gambar menu berbuka hari ni:




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Pirates of the Caribbean 4: On Stranger Tides

Seperti yang dijanjikan, hari ni cam ada mood nak berblog.. so, Sally nak story sket pasal Pirates of the Caribbean 4 yg we ols tgk masa anniversary ari tu. As usual, this series tak pernah menghampakan... every series ada kekuatan jalan citer dan Johnny Depp si Jack Sparrow mmg superb... i likeeee..

Siri kali ni memberi kelainan yang ketara berbanding 1st film: The Curse of the Black Pearl, 2nd Film: Dead Man's Chest and 3rd Film: At World's End....dalam On Stranger Tides, tak der lagi William or Captain Will Turner si hensem Orlando Bloom, Elizabeth Swann, and a few crew ntah ape nama yg kurus si mata sebelah dan beberapa yg lain.. yg tinggal cuma si Gibs tu dan the Black Pearl pun x der.. bukan tak der.. cuma tak function ler berbanding 3 film sebelum ini yang menekankan sumpahan si Black Pearl.. dalam film ni Black Pearl ditakluk dan terkurung dalam botol.. huhuuu...

Jack & Barbossa

Filem ini bermula ketika Jack Sparrow cuba untuk menyelamatkan crew Black Pearl, Mr Gibbs dari King George dan kemudian ditangkap. Banyak ler aksi lawak dan dapat menarik minat penonton dalam wayang tu untuk terus stay dan menunggu aksi seterusnya... Dalam fasa pertama citer ni, kita dah bleh tahu motif cerita yang berkisar tentang pencarian telaga awet muda ler lebih kurang.. Pada awal nyer juga, film ni buat penonton tertanya-tanya siapakah gerangan yang menyamar sebagai Jack untuk mengumpul crew kapal dalam operasi mencari "fountain of youth". Penampilan Captain Barbossa yang dah bersekongkol dengan King George juga menarik minat Sally untuk terus menontan... dan pada mula lagi Sally dah dapat agak mesti ada yang tak kena dengan Barbosa ni.. Lanun... mesti ler ada yang dia nak sampai bleh masuk the other side. Dalam fasa pertama ni, Jack berjaya melepaskan diri dari askar2 King George, tapi Gibbs terus ditawan tapi dia sempat curi peta ke telaga tu drp Jack. So, dipendekkan citer, dia mejadi penunjuk arah kepada Barbossa dalam pencarian telaga awet muda.. (hahahaa.. telaga awet muda pun boleh lerr)

 Masa dalam proses nak lepaskan diri tu, Jack terserempak dengan penyamar Jack Sparrow yang rupa-rupanya kekasih lama... Angelica.. Angelica merupakan anak Blackbeard yang mengumpul crew untuk mendapatkan telaga awet muda untuk ayahnya. Jack dibawa sekali dalam misi pencarian itu.

Tidak seperti film2 sebelum ini, Jack selalu dua langkah di depan semua orang tetapi film ini, dia kebanyakannya hanya menjadi orang suruhan yang dikawaql oleh Blackbeard. Tetapi dia mempunyai misi yang tersendiri. Tapi yang Sally tak bleh nak agak, adakah Angelica tu anak sebenar Blackbeard ataupun bukan. Dan yang paling memberi kesan adalah penampilan duyung. Ia telah mengubah persepsi Sally terhadap duyung... Cantik gilos tapi bleh bertukar ganas.. Garapan tentang duyung itu berjaya membawa penonton ke alam fantasi duyung dan sedikit sebanyak mempengaruhi tentang sikap ganas spesies itu. Yang meninggal tanda tanya jugak.. aper kes dengan si pemuda alim itu? Mati? Jadi duyung gak? atau kenapa?? huhuuuu..

Pengakhirannya mengatakan Jack seorang lanun yang berperikemanusiaan dan penuh dengan romatika walaupun dia meninggalkan Angelica di pulau kesorangan.. tapi dia dah selamatkan Angelica dari maut dengan memberi peluang kepada wanita itu untuk minim air telaga awet muda walaupun sebenarnya dia boleh menikmati air itu..

Hahahaa.. nak tahu details.. pi ler tgk kat wayang... Tu jer kut yang Sally bleh imbas.. tapi.. apa2 pun.. POTC 4 mmg best... Jack tak pernah menghampakan...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Our 5th Anniversary : Sally & Sabri

Today is our wedding anniversary. It’s our fifth years of marriage. We didn’t realize it when we picked that day to be married, 1st June 2006 (01.06.2006).. actually we want it to be 02.06.2006... but it is just nicely display on invitation card for our reception day.. Akad nikah malam sebelum reception.. which is 1.6.2006... heheheee.... so.. ok ler 1st june pungggg...

When I woke this morning, I whispered at my hubby's ear, “Happy anniversary abang.” and he reply with a morning kiss... hehehee... senang bangat donggg.. Mmm.. today mmg sengaja ambik cuti for us spend time together. Adelina dihantar ke rumah tok ma.. Cian Nina.. bagi mama & abah chan ari ni yer sayang... Dating berdua...

Mmm... 5 years together. That’s 1825 days with the same person. It didn’t seem that long! heheheee... Thinking back about the wedding day, I guess it was pretty perfect in my eyes. Mmm.. cam nak ulang balik jer saat ituuu..

I truly believe that I am more in love with Sabri today than 5 years ago. I am excited thinking about life, and what the future holds for us. Marriage has taught me to be less selfish. Since I am the youngest child in my family (with my 2 other siblings)…I’ve been a little ‘pampered’. (Not complaining! I COMPLETELY enjoy being pampered. Hehe). I tend to sit back and expect things to happen or someone to do the hard work for me. But Sabri made sure that I became more independent and responsible for my actions. It definitely takes a conscious effort to think of others first before yourself, but I think I’ve improved. :)

What makes a 5th anniversary?

We have days we cannot forget. There were quite a few of them. The first day we moved into our first house, day that we know we will welcome adelina in our life, d day little angle arrived, days we celebrate my bday, his bday and our little angel's bday; and also days we went for holiday together...

Days we hated each other. Not many, but I remember a few things were destroyed bcoz of me, sleeping in different rooms, not talking for a few hours. These were days we wondered how we could carry on as a couple. Kata orang, lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri.. but we manage to solve it and end by big hug and kisses and it makes our relationship more close.. and definately i love him more and more.... masa untuk muhasabah diri sebenarnya..

Huhhh... pahit maung bersama as husband and wife... but i am still want to say that "I make a wish and you came true... u are d one hubby... love you more.. and more..."

Cuti untuk celebrate anniversary?? I dun know either you guys will do d same or not.. but for me... tak salah ambik cuti sehari spend time together.. Eventhough, both of us mmg busy akhir2 ni.. banyak benda plak dtg tetiba.. so, plan awal tak menjadi. Last minutes, Sally plan nak booking honeymoon package kat nearest hotel area KL.. or Cruise Tasik trip (suggested by Hazelinda.. mm.. mcm best) tapi memandangkan hubby ada hal penting malam ni.. so, we ols just tgk wayang jer.. citer aper lagi.. "Pirates of the carribbean 4"... citer tu mmg best giler... mm.... next blog Sally citer ok.. my personal view about this film...

Lepas wayang then, we just went to Chinoz for lunch..


Lepas lunch nak pilih present.. tapi tak berkesempatan coz need to fetch adelina from tok ma's house.. Tok Ma ada hal... huhuuu... So, hubby ckp weekend nnt beli present... C.... masing2 busy x der masa nak beli present.. Sally pun busy sgt... biasa mmg Sally prepared awal for this.. tapi this year.. terbabas sket...

5.30pm, jemput adelina from tok ma house... Adelina cam biasa.. if ader cousins lain kat umah tok ma.. tak tido dia.. leka bermain.. ambik jer bawa balik.. terus tido dlm keter.. cian anak mama...

Aper2 pun... abah n mama have fun today and we love you adelina khayra ahmad sabri... :) 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops