Suami pilih pondan - Harian Metro

Astagfirullahhalazim...

Hari ni Sally terbaca satu berita di Harian Metro. Baca tajuk nyer saja dah boleh membayangkan.. "Ada jugak org mcm tu kak dunia ni..huhuu.." Gilos. Sally terpanggil untuk menulis/'mengomen'... hehe.. ttg berita itu. Kat bawah ni Sally copy berita daripada Harian Metro..

Suami pilih pondan

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD

KUALA LUMPUR: Dia berkahwin atas dasar suka sama suka. Namun apabila usia perkahwinan mencecah lima tahun dan selepas melahirkan anak kedua, suaminya melakukan kejutan apabila mendakwa berkahwin lain secara sembunyi di Thailand.

Walaupun hatinya luluh, dia tetap menerima berita itu dengan rela selepas dimaklumkan madunya yatim piatu dan hidup dalam kesusahan.
Namun, selepas setahun setengah hidup ‘bermadu’, dia menerima kejutan lebih besar apabila watak isteri kedua yang didakwa suaminya langsung tidak wujud.

Malah, ‘isteri kedua’ itu rupa-rupanya pondan yang sering dijadikan teman tidur suaminya apabila kononnya tiba giliran bermalam di rumah isteri baru.

Menceritakan kisahnya ketika ditemui Metro Ahad di sini baru-baru ini, Sara mendakwa, sebelum rahsia itu terbongkar, selama 18 bulan hidup ‘bermadu’, suaminya menunjukkan kelakuan pelik apabila kerap meminta melakukan seks luar tabii.

“Mula-mula dia kata hanya mencuba, tetapi bila tiap kali ingin bersama, cara itu yang diminta dengan alasan cara biasa tidak memberi kesan kepadanya.

“Walaupun tidak mahu kerana saya tahu ia salah, sama ada daripada segi undang-undang mahupun agama, saya terpaksa akur kepada permintaannya, lebih-lebih lagi apabila dia kerap merayu,” katanya.

Bukan itu saja, kerana percayakan hidup ‘bermadu’, dia juga sanggup menghulurkan RM500 hingga RM1,000 kepada suaminya yang memberi alasan kekurangan wang untuk membeli barangan dapur untuk ‘isteri keduanya’.

Malah kerana kasihan, dia pernah memberi wang simpanan RM15,000 kepada suaminya yang menyatakan ia digunakan untuk membayar hutang perumahan ‘madu’nya yang tertunggak dan jika gagal, akan dilelong oleh pihak bank.

“Sebenarnya, sebelum tembelangnya terbongkar, saya menerima aduan daripada beberapa kenalan yang menyatakan pernah terserempak dengan wanita lain.

“Kerana itu saya sering desak suami memberitahu perkara sebenar hinggalah dia (suami) menyatakan sudah tiga bulan berkahwin dengan wanita yang dinikahi di sempadan Thailand.

“Malah, alasan diberinya iaitu untuk menolong wanita itu yang hidup yatim piatu dan susah, sedikit sebanyak turut melembutkan hati saya,” katanya.

Oleh kerana tidak mahu bergaduh dan simpati dengan ‘wanita’ itu, Sara, mengakui merelakan ‘perkahwinan kedua’ suaminya dengan syarat dapat berlaku adil.

“Soal duit tidak menjadi masalah kerana saya memiliki sebuah perniagaan runcit. Jadi, bila suami memberitahu ‘wanita’ itu hidup susah, saya jadi sejuk hati selain berhasrat membantunya,” katanya.

Selama tempoh itu, akui Sara, dia tidak mengesyaki ada sesuatu cuba disembunyikan suaminya walaupun permintaan untuk berjumpa ‘madu’ sering ditolak dengan alasan ‘isteri kedua’nya bekerja hingga lewat malam selain menunggu masa sesuai.

“Disebabkan suami asyik menyatakan madu saya sibuk kerja dan terpaksa membuat kerja lebih masa hingga lewat malam bagi menambah pendapatan, saya pendamkan niat untuk berjumpa,” katanya.

Bagaimanapun selepas 18 bulan hidup bermadu, dia menerima panggilan telefon daripada pegawai agama yang memintanya menjamin keluar suaminya kerana ditangkap berkhalwat.

“Malam ketika menerima panggilan berkenaan, memang giliran suami bermalam di rumah ‘isteri kedua’nya yang dikenali dengan nama Linda. Jadi, memang saya sangat terkejut kerana menyangka suami tidak pergi ke rumah madu, tetapi wanita lain.

“Namun, bila anggota penguat kuasa serta polis memaklumkan suami ditahan bersama pondan, saya terus sebak. Manakan tidak, sudah ‘beristeri dua’ tapi masih kemaruk nafsu seks hingga sanggup bersama pondan,” katanya.

Menurutnya, sebaik meminta penjelasan, suaminya mengakui tidak pernah mempunyai madu, sebaliknya pergi bermalam di rumah pondan.

“Madu itu hanya rekaannya supaya saya tidak lagi menyoal dengan siapa dia keluar dan bermalam.

“Bukan setakat itu saja, suami juga menyatakan pondan berkenaan mampu melayan dirinya lebih baik daripada saya dan itu yang membuatkan saya kecewa serta patah hati dengan suami,” katanya.

Lebih menyakitkan hatinya, sebaik diikat jamin, suaminya terus mengambil kunci kereta dan meninggalkannya di pejabat agama itu serta tidak pulang ke rumah.

Malah, berdasarkan maklumat diterima Sara, suaminya turut membawa rakan lain pada hari sama bagi menjamin keluar pondan berkenaan.

“Saya tidak tahu dia tidur di mana selepas itu dan hanya selepas dua minggu baru dia balik ke rumah untuk mengambil pakaiannya.

“Saya ada menegurnya untuk berbincang tetapi disebabkan sikapnya yang dingin, saya diamkan diri kerana takut terjadi pertengkaran,” katanya.

Menurutnya, kerana tidak tahan ditinggalkan dan kesal dengan penipuan suaminya, dia akhirnya memfailkan tuntutan taklik dan disahkan bercerai pada April tahun lalu.

“Sebenarnya, ini pengajaran bagi saya supaya tidak terlalu percaya kata-kata suami. Saya ingatkan dapat berbuat amal, sebaliknya ditipu suami. Malah, suami mengakui sudah tawar hati dengan saya,” katanya.

hmmm... gilos betul. Tak bersykur lagi dapat isteri sebaik Sara.. Siap kasi duit lagi bila laki dia ckp tak cukup duit nak membiayai kehidupan dgn madunya... Tapi, klu nak tgk pondan2 skrg mmg... lagi cantik daripada kita sebagai wanita sejati.. Kulit halus mulus.. perwatakan dijaga sebaik mungkin.. lemah lembut... dan segala2nya ler... Ada yg mmg cun melecun.. kalah miss world. Lelaki yg mata keranjang mmg tak boleh mengelak dr godaan mereka ni..

Hahaha... tetiba teringat kisah di kelas Law baru2 ni... Daripada awal semester, we ols tertanya2... ttg seorg wanita ini.. Wajah cun.. bertumit tinggi.. wangi.. rambut disisir rapi.. kulit putih gebu.. berbaju wanita dan make up yg natural dan mmg Sally mengakuinya.. dia wanita cantik. My fren yg laki pun tak bleh bezakannya... cuma suara jer garau sikit... Tapi.. ramai gaks pompuan suara garau.. kan..kan... so.. kompius kat situ.. laki ke pompuan minah ni....then... Sampai le hari terakhir kelas Law.. presentation day.. Wanita ni bersama group nyer ke depan kelas.. bukak slide presentation.. klu nak ikutkan ahli group ada 6 org.. nama yang terpampang di slide pun ada 6.. tetapi ada 2 nama lelaki dan 4 nama perempuan... sedangkan pada zahirnya ada 5 perempuan dan seorg lelaki.. mmm.. we ols berpandangan sesama sendiri.. sah.. mmg dia lelaki cantik... huhuu.. terjawab sudah segala persoalan selama ini.. tapi dia mmg cantik.. dan Sally masih ingat Kak Zah kata "Mak aii.. tinggi nyer kasut dia... aku pakai selipar tak bertumit pun jatuh.. ni kan plak pakai kasut tinggi.... " hehehe...



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Akhirnya...Settle jugak semua kejer rumah.... fuhhh

Dah 10 hari bibik lari dari rumah.. tapi Sally masih lagi terbayang2 dan terpikir sedang buat apakah dia?? Dah makan ke belum?? sihat ke tidak?? dilayan baik ataupun tidak?? Walau apa jua yg telah dia lakukan pada Sally... Sally sentiasa mendoakan kesejahteraan dia dan harap bibik berada di dalam keadaan baik...

Dah lama tak buat kejer rumah... penatnya sungguh terasa... Mlm tadi, pukul 4.30 pagi Sally dah jaga bila dengar Adelina merengek.. bibirnya merah.. matanya berair.. sally angkat Adelina daripada katilnya.. mak aiii.. panas nyer badan anak mama.. Adelina demam.. Sally kejut hubby... we ols bawa Adelina ke depan.. badannya menggigil... mlm tadi elok saje dia.. tutup aircond dan kipas.. kasi ubat.. dan dia terus baring dalam keadaan tak bermaya. kesian anak mama.... Sally ambik air asam jawa... rendam towel.. hubby tolong lap badan dia.. hubby temankan Adelina.. sally sambung tidur jap.. mlm tadi we ols semua tido depan tv ditemani dengan lagu2 Barney..

Pukul 7 Sally jaga, hubby terbaring lagi.. Adelina celik sambil layan Barney.. baru Sally ingat dari tadi Sally mmg jaga bila Adelina minta tukar cd.. tapi semuanya berlaku seperti mimpi.. masukkan cd ke dvd player sambil tido... hahaa.. penat sungguh badan ni..

Seawal 7 pagi, Sally masukkan kain ke dlm washing machine.. start basuh pinggan mlm tadi yg x sempat berbasuh... hubby janji nak basuh tapi tak basuh pun... huhuuuu.... selesai basuh pinggan, kemas rumah, kemas mainan Adelina, lap cabinet dan sliding door.. pastu vacuum carpet... then mop lantai... masa tu hubby dah berpindah tmpt tido.. dr depan tv, dia dah masuk ke bilik... alangkah best nyer klu dpat rebahkan badan di tilam dgn air cond... huhuuu.. itu semua boleh terjadi kalau ada bibik... tapi skrg.. byk lg kerja Sally nak settlekan... semasa Sally mop lantai, sally letak Adelina di baby chair tinggi depan tv.. dia layan Barney ler aper lagi... 2 cd berlalu.. Adelina tertidur di kerusi.. ciannya... Sally alihkan dia ke tilam.. nyenyak sungguh dia tidur.. then, Sally sambung kejer ..

Lepas mop lantai, kain siap di basuh, sesi jemur kain plak... then basuh baju Adelina. Yg mana basuh pakai mesin, masuk mesin.. yg mana nak basuh tangan... basuh tangan.. penatnya...keringat seorg ibu mula meleleh di tepi pipi... huhu...  lepas basuh.. sekali lagi jemur kain.. then tugas seterusnya ke dapur... breakfast dah skip dah... coz hubby pun tido.. Sally sekadar minum segelas soya dan 2 keping roti pagi tadi... mkm dulu kut pengsan plak... tengok jam dah pukul 10 pagi... huhuuu.. dah 3 jam tak duduk.. ke sana ke mari.. letihnya...

Hari ni.. memandangkan Adelina pun demam.. Sally masak bubur nasi dengan hidangan lauk ayam soy souce, tumis bilis, beancurd, mushroom dan lobak cina... mmm.. mmg best.. tgh duk masak.. hubby bgn.. dia tgk Adelina menggigil... panas badannya datang lagi.. Sally terus kasi ubat demam... hubby mandi dan bawa Adelina ke klinik.

Sally hidang lauk pauk dan bubur nasi.. hubby balik je dr klinik terus mamam.. sedap katanya.,... huhhh hilang kejap penat yg dirasakan tadi... Adelina pun makan banyak jugak.. mcm biasa.. walaupun demam anak mama makan tak tolak... lepas makan hubby keluar.. ada keje tak settle katanya.. takpe lah.. Sally pun niat nak rehat kat umah je ari ni.. ptg nnt nak lipat dan iron baju plaks.. fuhhh... lepas makan ubat, Adelina tido lagi... masa ni ler Sally bleh mandi... gilos.. kul 12.30 baru bleh mandi... lepas mandi tengok pinggan yg mkn tadi tak basuh lagi.. tapi.. biar ler.. dah tak daya... rehat jap... layan fb dan blog dulu.. jap lagi basuh... huhhh.. sungguh penat..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Tido Ofis Hubby

Mlm tadi tido kat ofis my hubby... buat paper Corporate Finance punya pasal... take home exam pun ambik masa 12 jam nak siap... gilos.. kalau closed exam.. tak tahu ler nak ckp aper... pengsan terus kat dlm exam hall... Nasib baik my hubby ada gaks tolong sket2... thanks dear.

Soalan dia mmg susah giler.. Adelina mmg dr tengahhari hantar kat umah mama... Ingatkan petang tu bleh siap ler... tapi.. susah siot... sampai ke malam... pun tak siap lagi.. last2.. aku decide tido kat opis jer la.. sbb nak print pun senang... dua nak hantar paper tu ari ni kul 5 petang... So.. nak tak nak kena siapkan jugaks... pukul 5.30 pagi tadi baru siap... alhamdulillah.... akhirnya....

Lelapkan mata jap kat sofa bilik aboh... pagi bgn kul 7.30 kejut hubby... dia pun berdengkur baik punya kat surau ofis... sally pun aper lg.. sambung tido lagi.. bangun dah kul 9.30.. basuh muka jer.. terus gi umah mama nak ambik adelina... sampai umah mama dah siap ada bfast... (thanks my dear mum in law..).. pastu samb tido balik... hubby keluar ke TV3 jap.. tgu dia balik.. lunch pun kat umah mama... pastu kul 4.30 we ols gerak pergi UUM hntr paper Corp Finance.. akhirnya...

Balik ke rumah.. rileks jap.. mandi2... baru mandi ari ni... seharian busuk.. huhuuu... darurat... pastu keluar jemput mama... makan2 kat Little Penang KLCC... sebagai menghargai jasa mama jaga adelina walaupun sally tahu ianya mmg tak terbalas... thanks mum.. i love you so much...

dan.. akhirnya... habis sudah semester 3... 5 Mac dah masuk sem 4. Bulan Oct dijangka habis MBA sally.... tak sabarnya....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Paper Law agak OK and d presentation OK gaks..

Fuhhhh.. lega rasanya. Ari ni sally exam paper Law. Agaks OK ler.. better than yesterday.. Presentation pun agak mengagumkan... i likes... maybe teh combination of grp members.. Kak Zah, kak Roy & Shahril... u ols mmg best...

Ada 1 lagi paper Corp Finance... Take home exam.. tapi tgk kan soalan mmg gempaks.. mana nak rujuk ni.. huhuuuu


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Exam Eco hari ni hampeh...

Dengan pelbagai masalah yang dihadapi.. otak aku pun weng duk ingat kat bibik.. mmg tak masuk ler study... huhu... 6 soalan yg diberi.. aku rasa 1 jer kut confirm betul.. yang lain haram...

Prof plak strict giler... cam exam dulu2 plak.. tak peluang langsung nak menoyol... stationary jer kat atas meja.. handphone semua tak boleh... huhu.. mintak2 pass ler.. malas nak pikir... otak serabut.. esok lagi 2 paper...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bibik Ku Lari...

Hari ni kesedihan masih lagi menyelubungiku... Masih terbayang di ruang mata ini setiap pergerakannya... dan setiap pelusuk rumah mmg nampak gerak gerinya... tambah menyedihkan lagi bila tengok keadaan Adelina... Sungguh memilukan hati aku... Kenkadang terpikir jugak kenapa aku perlu tangisi kehilangannya... tapi... hubungan kami yang erat.. dan kasih sayang dan kepercayaan yang aku berikan membuatkan aku terasa sangat sedih dan terluka dengan apa yang dia lakukan... Mungkin orang lain tidak merasai apa yang aku alami..
Bibik bagiku sebahagian daripada keluarga kami.. Kehadirannya 2 tahun yang lalu, banyak membantuku... Dia mendampingi Adelina sejak berumur 6 bulan sehingga Adelina menjangkau umur 2 tahun lebih... Aku nampak kasih sayangnya terhadap Adelina.. dan sememangnya dia bibik yang baik... tetapi kenapa dia sanggup melarikan diri begitu sahaja tanpa berkata sepatah pun kepadaku.. Sekiranya mahu berhenti kerja, bgtau saja.. jgn ler lari macam ni... kelam kabut aku dibuatnya.. dan sememangnya aku masih lagi terkejut dengan kejadian ini... Tanggal 9 Feb 2011, pukul 9 mlm.... bibik lari dari rumahku..
Passport.. ic dia.. semuanya ada dgnku. Baki gajinya juga masih ada dgn ku... Agak pelik dengan pemergiannya... mungkinkah ikut lelaki lain... ada boyfrenkah dia??? sehingga tekad meninggalkan rumahku... meninggalkan semuanya... Dia bawak baju pun sket jer..
Kejadian bermula pada pukul 9 mlm... dia kluar untuk membuang sampah.. hari tu aku balik lambat.... hujan lebat..smpi rumah dalam pukul 8, masa nak g mandi, aku minta dia teman adelina di ruang tamu.. layan barney bersama...lepas mandi, aku ke dapur nak masak.. dia tanya, puan, nak potong bawang ke?? aku ckp.. tak pyh ler.. kamu layan adelina jer.. coz, mmg tak suka dia menyibuk kat dapur time aku masak.. biasa dia akan kemas jer nnt... masa tgh potong2 ayam tu dah terasa dah.. macam aku nak kena basuh sendiri jer bekas2 ni.... dah rasa cam lain jer.. pastu tetiba dia ckp nak g buang sampah... oklah.. cam biasa.. dia g lepas tu balik ler.. buang sampah pun level yg sama.. tak jauh pun... pastu, lepas masak 1 lauk... dia tak balik lg, dah masak 3 lauk pun blum balik lg... tgk dah 20 minit kuar... nak tinggal pi tgk kan susah ngan adelina.. pastu tetiba my hubby balik.. ckp ngan dia.. bibik g buang sampah tak balik.. tgk adelina jap.. nak g tgk bibik.. pergi tgk tmpt sampah tak der... hubby turun bawah, tanya guard.. tgk kat jalan.. mmg sah x der.. masa tu aku terus masuk bilik dia... baju pun dah kurang.. bilik kemas giler.. semua kerja dah beres... baju semua dah lipat.. dah iron.. tgk kat blkg pun... kain semua dah di basuh.. tak tertinggal satu pun kain kotor.. dia dah settlekan semua kejer sebelum lari.. mmg dia dah plan.. aku masuk bilik, cek passport dia.. cek brg2 berharga lain.. semua ada.. Alhamdulillah... huhuuu... akhirnya.. habis sudah riwayat bibik bersama ku... 2 tahun bersama.. dia bibik yg baik.. rajin.. dah pandai masak.. aku memang sayang dia.. x sangka dia bleh buat mcm ni.. sedih giler... hari tu nak makan pun dah tak leh telan... then, we all terus ler bersiap nak gi buat polis report... yg sedihnya... mama cari stokin adelina pun tak jumpa... hahahaaaa... dah biasa semua bibik sediakan... nmpknya.. program kurus akan menjadi kenyataan... huhuuuuu....
Tapi hari ni, sendirian bersama adelina jer di rumah... dr pagi tak berenti lagi.. masak, sapu, basuh pinggan... sepatutnya aku study for exam.. tapi satu apa pun tak masuk kat kepala otak ni... dia pun dah tahu yg aku akan cuti 2 hari... dan yg aku paling bersyukur, nasib baik ler dia pergi tidak tinggalkan adelina seorg diri di rumah waktu aku kat ofis... dia tunggu jugak aku balik... Alhamdulillah.. syukur sgt... Adelina hari ni.. banyak termenung.. tgk Barney pun tak nyanyi... diam jer.. banyak menyendiri.. dan ada ketika.. dia akan ke bilik bibik dan ketuk bilik yg tertutup rapat sambil panggil..."Abik...Abik..." hati ibu mana yang tak sayu... hari ni mmg bengkak mata mama nangis bila tgk adelina... bestfrennya dah tak der... harap adelina tak demam...
bibik.. mana ler ko lari??? Sampai hatimu...
Tinggal kenangan....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Strawberry Chocolate Brownies with ice cream..

Hari ni sehari duk tgk Junior MasterChef Australia. Which is an Australian competitive cooking game show. Mmg betul2 hebat dan tergugat rasanya..  which eight to twelve year olds must compete to be crowned Junior MasterChef.

Tgk banyak dessert yg hebat2 they ols buat, aku rasa nak buat something ari ni... Pergi dapur tgk brg2 ada.. so aku buat ler Choc Brownies... Ptg nyer nak nak g klcc park bawak adelina jenjalan... boleh ler beli strawberry and ice cream kat cold storage...

Akhirnya... jadi ler choc brownies... Adelina said "yummy mama"... Org lain xpuji, adelina puji pun hati mama dah berbunga... Will bake more for u syg...

Guys.. ni dia resipi brownies yg paling simple.. gerenti jadi:















Bahan-bahan
200 g mentega
200g dark choc
170 g tepung gandum
30 g serbuk koko
4 biji telur saiz A
170 g gula halus
Secubit garam
1 sudu teh soda bicarbonat


Cara-cara
1.Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
2.Tepung dan koko diayak bersama.
3.Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
4.Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula. 5.Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
6.Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
8.Hias brownies ikut selera. Sally tabur almond hiris yg dipanggang.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops